Ahad, 10 Mei 2009

KAD BIRU dan SMS...

love...syifaa'

mother's

kad biru..pengganti diri..padat berisi

Menjelang jam 8.30 malam baru saya berkesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu buat ibu saya di kampung walaupun ibu saya itu adalah ibu tiri. Kasih saya kepadanya sejak 18 tahun lalu seperti kasih kepada ibu sendiri. Tiada taranya. Saya tak peduli apa orang kata, yang penting dia telah menjaga ayah saya dengan baik.

Saya terlalu sibuk dan lelah hari ini. Esok pelajar baru akan mendaftar..tapi saya ingin juga melakar cerita dalam blog. Selagi tak dapat...tak senang hati. Hari ini bermulalah tugas saya menganjurkan ceramah dan LDK bersama rakan-rakan AJK dan pembantu fasilitator. Tugas yang paling berat saya rasa. Tetapi bila telah diberi kepercayaan saya akan berusaha melaksanakannya dengan baik.


Bermula jam 1.22 pagi dah ada x student yang sms sempena hari ibu. Bertalu-talu masuk pagi tadi. Sambil dengar ucapan sambil balas sms. Buat template 'tq. luv u too'. Kadang-kadang bernama..kadang-kadang tak tau siapa. pukul rata student. Ada panggil mama, ibu, bonda dan tambah dikasihi, disayangi, dihormati...dan ada satu...digeruni tapi disayangi...hahaha..merahai gelak saya.


Hampir jam 7.00 pagi seorang rakan jauh menyampaikan ucapan dan hampir jam 10.00 seorang lagi rakan lama menyampaikan ucapan yang sama. Petang jam 3.00 seorang lagi melayangkan ucapan. Hem...ramai rupanya yang masih menyimpan saya dalam ingatan mereka. Saya rasa sayu mengenangkan anak-anak didik saya...yang gerun tu...pasal apa tak tau...pasai apa lagi...hang kan kembar sang harimau!..mengaum je dalam kelas....tapi ada hikmah jugak...mereka ingat sampai kini...hehehe


Petang tadi hampir jam 5.00 si bongsu merajuk. Saya terlalu sibuk sampai terlupa dia menanti saya di cubic. Dia turun dengan muka masam dan deraian airmata, bawa bungkusan berisi dodol belacan dan beras kering melaka, kiriman rakan saya. Saya memberi alasan memujuk. Tetapi dia tetap bermasam muka samnbil mengesat airmata...nasib baik angin saya ok. Dah lah letih anak buat perangai pulak.

Di luar bilik kaunseling dia hulurkan kad buatan sendiri berona biru. Tadi adik buat cepat-cepat takut ibu nampak. Tapi ibu naik lambat...sambil menitiskan airmata. Hati saya tersentuh...Saya peluk erat sambil mencipta kata-kata lawak supaya dia tidak terbawa-bawa kesedihan itu.
Apabila ku lahir
Ibu menjagaku dengan penuh kasih sayang
Apabila ku meminta sesuatu ibu akan tunaikan
Betapa sayangnya ibu kepada anaknya
Mengasuh dengan penuh kasih sayang.
Hanya kasih mesra dibalasnya
SELAMAT HARI IBU

Okey tak poem adik tu? Saya tersenyum dan mengangguk. Apapun itulah suara hati anak saya. Yang sangat saya kasihi dan teman saya satu-satunya yang tinggal di rumah kini. Kawan bergaduh dan bermanja...
Jam 8.13 malam masuk sms...dari student lah ni...tak ada nama pun..desis hati...nice words
Lovely msg 4 lovely person from lovely frenze 4 a lovely reason at a lovely time from a lovely mind by a lovely mood in a lovely style wiz a lovely smile...for a lovely people..that is my beloved mother... Happy Mother's Day..from your beloved son -ANGAH-
Denyutnya sampai urat nadi saya. Saya sangat terharu... saya hanya mampu menjawab...tq dear. I luv u just the way u are. Be ready for your PMR, ok. Thanx again... miss u n always be..
Daripada putera saya yang sangat banyak memerhati...miss him so much...Jam 9.00 malam si bongsu pulang dengan hubby...senyum meleret membawa bungkusan berisi blouse ungu...hadiah daripada mereka berdua. Hubby saya...itu lah dia sejak azali..menghulur hadiah...sering sahaja, tidak terkira banyaknya...tapi yang pasti...tanpa kata-kata...tidakkah mahu dia berkata-kata bagaikan isi kad biru dan sms angah..hem..yang termampu oleh saya hanyalah menarik nafas panjang dan mengeluh...anyway... thanx a lot dear for those present..SELAMAT HARI IBU buat semua...

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...