Jumaat, 22 Mei 2009

RIBUT



Gambar di atas saya rakamkan beberapa minggu yang lalu...bersama hati dan perasaan saya yang keributannya hampir seiras. Rasa sedih dan sayu..sejuk dan dingin...cuba memadamkan kehangatan yang sedia ada dalam diri.
Hari ini..kedinginan sedikit terasa...namun di dalamnya keributan masih lagi menguasai. Bila dikenangkan sms pelajar-pelajar saya yang berjaya mencapai pngs2 4.00 kelmarin...dinginnya mencecah kurang dari 0 darjah celcius...tapi bila mengenangkan puteri dan putera saya yang akan menduduki peperiksaan hujung tahun ni .. mendidih naik pulak ke 100 darjah celcius...ribut bertukar taufan tu..
Ungkapan manis akan kekal dalam ingatan..insyallah..dari Firdaus F5P2 tahun lalu...pelajar dalam blog saya yang lepas...
Sekalung budi sejuta penghargaan diucapkan kepada lecturer yang mengajar dan mendidik saya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Saya susun sepuluh batang jari minta ampun dan maaf...ucapan jutaan terima kasih - firdaus f5p2B pngk 3.89. pngs 1 3.79. . pngs 2 4.00.
Saya cuma mampu ucapankan tahniah dan minta dia keep in touch...dan dia menjawab
berkat doa puan la saya berjaya, terima kasih banyak2...
Dalam hati berkata, alangkah sucinya hati anak ini...terlebih lagi saya pun pernah bercerita panjang dengan dia sebelum peperiksaan akhir hari tu. Latar belakang keluarga...sekolah dan sebagainya saya ketahui...jelas usaha adalah tangga kejayaan...ditambah kerendahan hati dan menghormati insan yang mendidiknya...ada rezeki kita akan bertemu lagi insyaalah...buat yang lain yang mengirimkan sms...terima kasih kerana masih mengingati mak tiri ini...
Kelmarin juga mak telefon dari kampung mengisytiharkan saya kena saman lebih had laju di Bukit Mertajam ...rm 300. Mak kata 10 April...saya hairan jugak...kami tak ke mana masa tu. Rupanya bila adik saya amati...30 April. Betullah kami balik kampung...melayang rm300 pulak...belum gaji lagi ni. Alhamdulillah...abah kata tak mengapa dia akan selesaikan di sana. Terima kasih buat abah yang masih mengurusi hidup saya setua bangka ini. Kadang-kadang rasa malu...sepatutnya saya yang uruskan hidup dia..tetapi sebaliknya...
Petang ini nak melawat Akak dan Angah...tengah berfikir menyusun ungkapan manis supaya akak tak tersentuh...kerana hatinya saya fahami...sangat sensitif...semakin dekat peperiksaan...kerisauan saya semakin memuncak...apapun saya sedar saya harus meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya. Dia telah melalui banyak cabaran dan melepasinya...dan insyaallah begitu jua yang ini...penentu masa depannya...
Antara anak sendiri dan anak murid...bedanya cuma darah dan keturunan. Tanggungjawab yang dipikul tetap sama. Saya sangat berbangga punyai anak-anak murid yang menghormati..bijak pula...dan saya selalu membayangkan agar anak-anak saya juga dikasihi oleh guru sebagaimana saya mengasihi pelajar-pelajar saya...saya iringi doa dan restu supaya hidup anak-anak saya dan pelajar-pelajar saya diberkati dan menggapai mercu kejayaan...doa daripada seorang ibu dan sang guru...semoga diperkenankan Allah S.W.T.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...