Selasa, 26 Mei 2009

KAD ATM


Kad ATM saya yang baru...bikin haru biru...


En Fuad...big boss bengkel...setia berkhidmat

Jumaat lepas hari terakhir mencatat...dalam keadaan ribut dan rindu..hish...ape ni???. Perasaan ni bukan boleh dilayan-layan sangat...badan rasa penat dan fikiran membuntu. Broadband pulak buat hal...geram...

Minggu ni sibuk berbengkel dan hari Khamis ni akan diadakan sambungan bengkel. Pagi tadi jumpa Pn. Timbalan Pengarah dan dia dah maklumkan sambungan bengkel pelan strategik perlu diadakan setiap minggu sampai siap. ..bimbang peserta terlupa intipati. Saya mengeluh dalam kereta. Penat fikirkan semua ini...saya memang kurang berminat dengan kerja seperti ini. Berat kepala fikir. Tapi semuanya di atas batu jemala .

Kelmarin memang meletihkan. Gaji dah masuk...si bongsu merengek nak beli bathrobe yang diidamkan. Dengan harapan yang tinggi kami ke C-mart. Malangnya kad saya stuck tak boleh masuk dan kami meluru ke Jitra. Bukan apa...saya nak bawa anak pergi holiday this weekend...kalau kad atm tak boleh digunakan...macamana pulak. Alhamdulillah boleh dan saya keluarkan banyak jugaklah...takut tak boleh guna pulak esoknya..

Hari ini selepas mesyuarat unit saya ke bank rakyat buat kad baru ... rosak kot. Dalam hati kata begitu. Sampai di kaunter saya maklumkan masalah dan pegawai bank dimaklumkan dan dia jumpa saya dan kata kad tu tak ada masalah. Saya kata...kalau tak ada masalah kenapa tak boleh guna di 3 atm bankcard di Changlun? Dia jawab...tapi di sini boleh kan?...u try...memang lah boleh guna...saya menyambut...tapi takkan setiap kali nak keluarkan duit saya terpaksa ke Jitra untuk keluarkan duit...suara saya mula meninggi..Tak boleh tukar kad baru ke?...tanya saya....boleh guna lagi kad ni...ini version yang lama...kalau nak yang baru kena bayar...suara saya semakin meninggi...buat sajelah yang baru...berapa pun saya bayar..asalkan saya boleh gunakan di mana-mana atm bankcard...takut emergency... dia bersetuju dan serahkan borang.

Saya mengisi borang dengan hati yang lega. Dalam menunggu saya baru perasan ramainya orang dalam bank tu..hehehe. Dahlah suara saya ni kuat. Mesti semua orang dengar apa saya cakap. Pensyarah la katakan...tak bersyarah...tak sah. Ada seorang lelaki tu senyum-senyum kambing pandang saya...tentu dalam hati dia berkata...ishhh...ganasnya...kahkahkah. Menyesal pun ada...pegawai tu cakap lembut je...tapi saya ni...yelah ...kerana saya rasa cakap dia tu tak ada rasionalnya. Setakat rm8 takkan saya tak terbayar...daripada saya terpaksa buang duit minyak kereta berulang alik ke Jitra.

Ingat-ingat geli hati pun ada sakit hati pun ada. Sampai kat kolej teringat pulak dia tak pulangkan kad atm saya yang asal sedangkan masih boleh digunakan dan saya dah masukkan password yang sama. Alahai...saya pun rushing pulak ke atm dan tukar pin number. Aiii...duit kan banyak...tunggakkan DG48..hahaha. Tu nak holiday tu...beli sikit benda untuk anak-anak. Tak boleh holiday panjang...akak dan angah nak periksa...saya semakin takut sekarang.

Banyak benda lagi perlu di selesaikan. Audit ISO (real punye) ...17hb dan 18 Jun ni...kertas kerja bengkel nak buat...backdated pulaknya... minit ... banyak lagi tak selesai...aaaaaaaaaaahhhhhhhh...boleh sakit jiwa dibuatnya. Nasib baiklah ada blog ni. Boleh gak curah perasaan....

Namun...alhamdulillah... saya bersyukur kepada allah...kerana semakin hari...cabaran dan rintangan ini semakin mendewasakan saya. Banyak kerja yang tak pernah saya buat sebelum ni dah terlaksana dengan baik. Ada hikmah di sebaliknya....Yang saya pohon... allah terus memberi saya ketabahan dan kesihatan menghadapi segala dugaan...dalam gelumang dosa...kurniakanlah kepada saya sedikit pahala....aminnnnn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...