Ahad, 31 Mei 2009

CORETAN PAGI

Jam.... di jambatan Pulau Pinang
Pemandangan dari jendela hotel...yg biru..bangunan wawasan open univer...

Si bongu...seronok ...di tab jakuzi...



dalam perjalanan pulang..atas feri bersama Aiman...


Selamat tinggal Pulau Mutiara

Pagi ini saya keletihan ya amat. Kelmarin baru pulang bercuti di Penang. Bersama anak-anak dan bawa seorang anak saudara, Aiman. Mengharapkan pagi ini ceria dan riang dan boleh membuatkan saya melupakan keletihan itu. Namun ada berita seawal jam 7.45 lagi...rakan saya akan berangkat ke Mekah menunaikan umrah hari ini.


Apa yang disedihkan???. Sepatutnya saya berkongsi kegembiraan ...berpeluang sekali lagi menjejakkan kaki ke tanah suci. Cuma saya sedih kerana rasa banyak sangat dosa saya kepadanya dan kepadaNya juga. Saya cuma mampu mendoakan semoga rakan saya bersama keluarga selamat pergi dan selamat kembali dan diberkati Allah segala amal yang telah dilakukannya...insyaallah.


Cerita ke Pulau Pinang tak banyak. Cuma saya dapat merehatkan fikiran daripada berfikir hal kerja yang bertapuk-tapuk. Mengharapkan anak-anak dapat melapangkan fikiran daripada buku dan peperiksaan sedikit walaupun nampak suami saya sangat letih memandu. Al maklumlah...di sana jam senantiasa.


Menginap di Northam Hotel. Bilik cantik...agak mahal kerana hotel yang lain..fully booked. Sampai hampir jam 7 malam. Rehat sebentar dan keluar makan dan ke night market...jamu mata. Si bongsu dan Alang saje yang membeli. Saya seperti biasa..pegang itu lepas..pegang ini lepas...Suami cari tempat parking dan kami sahaja yang survey sana sini.


Check out jam 12 tengahari terus ke Gurney Plaza. Shopping...sebenarnya nak beli jam tangan hadiah buat Angah. Ulang tahun ke 15 pada 11.06.2009. Dapatlah jam tangan idamannya o.d.m.Tapi ye lah...macam biasa...saya ni mula melilau beli macam-macam. Untuk anak yang ini dan yang itu...kesian pulak. Suami saya tak larat nak ikut dan dia pergi shopping seorang diri.


Jam 6 baru keluar dari shopping complex. Yelah masing-masing menunggu dan menunggu giliran membeli..letih...Beli 12 biji doughnut dan anak-anak nampak keriangan makan dalam kereta sementara menunggu giliran naik feri..


Apapun..itu lah saya..cuba memenuhi permintaan anak-anak sedaya yang mungkin...walaupun malam itu saya demam. Telan panadol dah berapa biji... sedangkan saya memang tidak digalakkan makan ubatan begitu. Hem..tak sarapan lagi ni...mungkin terkenangkan sesuatu..yang amat-amat mengganggu fikiran....mengapa?


1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...