Isnin, 30 November 2009

MABUK LAUT....


HISH...
ari ni entry gambar sendiri..
sebab dah mabuk laut dari tengahari tadi..
terkena badi..
anak jawap soalan exam tak jadi-jadi..
Saya jadi mabuk..sangat-sangat mabuk bila Akak menelefon paper 2 biologi susah.sekerat boleh jawap sekerat tidak..eh eh eh ...dia ingat pantun dua kerat ke?????? Masa tu saya ada kelas..jadi down..nada pun semakin rendah ..sedangkan sebelum tu macam harimau mengaum kerana teori perucapan umum..kena tunjuk cara berucap yang baik dan berkesan..ai cewah...betul lah tu...
Sudah berapa paper berlalu..semuanya serba tidak pasti baginya buat saya semakin down dari sehari ke sehari...namun tak pernah berputus asa berdoa dan berdoa buatnya..macam saya kata saya tidak boleh bantu dia lagi..saya serahkan segalanya di tangan Allah. Saya harus bersedia mentally nanti bila keputusan peperiksaan diumumkan..hem....
Petang tadi..saya yang kemabukan ke kedai gunting rambut bersama Sipau...potong rambut sampai jadi tomboy..Sipau pun sama..saya stress dan kononnya nak bagi release..alih-alih..rambut tak menjadi...tension tambah lebih..kahkahkah..padan muka aku! Bagaimana lagi nak menghibur hati ni..jadi tadi booking notebook ..tulis entry ni..mana tau lega sedikit.
Alhamdulillah ..aku boleh jugak terkekeh gelak buka entry muchroom...betul..memang berbaloi buka blog sendiri ..insyaallah kalau virus tak makan ..kerana lipas tak terkunyah notebook ni..kalau ada rezeki sampai ke tua duduk di kerusi malas sambil meriba notebook ni buka cerita lama..masa saya berusia setengah abad baru mula menulis..ye lah..dah lambat.tapi tulis la jugak..
banyak kenangan manis terukir..
banyak kisah pahit terpahat..
segala-galanya di sini..
cucu sure bangga..
desas desus bakal berbunyi...
opah kami terer hampa tau tak..sejak dulu dah buka blog..hehehehe..
rupenya....
emak kami dulu kurus meleding..
emak kami dulu tembam macam pau..
emak kami dulu sebijik rupa opah kami..
ayah kami dulu hish..hensem ooooo... tapi hitam berdengut
dan paling best didengar..
atok kami dari dulu sampai sekarang hem..selamber badak..
kuang-kuang..
jangan marah ....
Hari ini juga..saya tengok dalam cermin..selain rambut dah kontot..pipi saya dah membulat dan lengan jadi lengan popeye.hidung jadi jambu air...saya tambah gemuk kerana makan dan asyik makan..tension..rasa perut dah berlipat..spare tyre dua tiga ketul..alamak..macam mana nak kuruskan badan ni.
Serba tak kena hari ini..jadi panas punggung je tiba-tiba ....dah makan mula nak membute..saya betul-betul mabuk laut.......

Jumaat, 27 November 2009

BOLEH MAKAN KE?


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..buat semua umat Islam dari seorang wanita setengah abad ni..hem..ingatkan tak sedar yang diri tu dah setengah abad hidup di muka bumi ni..hehehe

Baru sebentar tadi 'sahabat maya ' saya pulang. Dah lama ingin bertemu..akhirnya bertemu juga. Dalam situasi yang teruja..sangat sangat teruja. Banyak juga diperkatakan dari sofa ke meja makan..kembali ke sofa dan berakhir di parking lot..ada sahaja benda yang terbit dari hati dan mulut..alhamdulillah...diharapkan usai banyak perkara di kepala dan sarang hati..harapan saya begitulah..

Pertama kali kami sekeluarga beraya di perantauan..sedikit mendukacitakan. Penat saya memasak dari kelmarin hingga ke hari ini. Bukan saya nak makan sangat. Tetapi kesian kat anak-anak. Dalam letih..tegang urat kaki.. banyak yang menggelikan hati..."ishh..sedap ke ibu masak kuah kacang ni? ..tak berani adik nak rasa' ..'ibu...rendang ayam jadi..hahaha..tapi kuah kacang tak jadi macam opah buat'..pokoknya macam-macam komen. Angah tolong buat coklat moist cake..alhamdulillah jadi..dan pagi tadi saya buat seketul lagi...dah habis mereka makan yang satu tu...

Saya tak pernah masak bersendirian untuk menyambut lebaran. Saya banyak membantu..tetapi adik dan mak yang memasak. Jadi kelmarin online dengan mereka..gelihati mengingatkan.

Apapun sekali lagi syukur ke hadrat illahi kerana memberi saya kekuatan untuk memasak walaupun kecurigaan melanda di hati anak-anak saya..boleh makan ke ni?????? Hahahaha itu lah nasib seorang ibu yang tidak pandai memasak....ibu mithali..segala-galanya beli....

Sabtu, 21 November 2009

2012

Petang kelmarin saya meluangkan sedikit masa bersama Deeha, Haziq dan Pipa' menonton filem 2012 yang dikatakan sangat menarik. Beli tiket 2.30 petang..4.40 baru dapat masuk panggung. Hem..letih tunggu..tapi sempat shopping sikit ..have tea..solat asar..tamat jam 7.00 malam terus
solat maghrib di Jitra dan makan malam di Changlun. Letih..tetapi anak-anak nampak gembira. Tapi saya tetap terkilan kerana hubby dan Nabilah tiada bersama. Hubby meeting di Langkawi dan Nabilah kuarintin di sekolah..exam kan...

Tak banyak saya nak komen tentang filem ni. Apabila ramai yang suggest saya tengok filem ini..saya mengandaikan ianya yang terbaik. Melonjak juga harapan..tetapi bermula sahaja kisah..saya seperti dapat mengagak apa yang akan berlaku seterusnya..bermakna tiada apa yang luarbiasa tentangnya. Sebuah filem yang menggambarkan kemusnahan yang akan berlaku kelak..ala-ala menghadapi hari kiamat..segala effect filem ok. Menggerunkan. Cuma plotnya biasa sahaja..watak utama pun biasa..cuma sedikit menonjol anak presiden amerika..lupa saya namanya..menghayati watak dengan baik.

Saya cuma tertarik kepada ciptaan kenderaan penyelamat umat manusia..sebuah bahtera..bukan roket dan seumpamanya...Pada pandangan saya umpama bahtera nabi Nuh yang menyelamatkan umatnya ..begitulah...tetapi dalam kisah ini yang terselamat adalah mereka yang ada kepentingan seperti teka teki..siapa yang perlu dibawa ke planet lain sekiranya berlaku kemusnahan di bumi..saintis..ibu mengandung..doktor..gitulah...Jadinya..kisah biasa..tapi adunan penggambarannya yang menarik..bukan kisahnya. Mesejnya tentang kasih sayang keluarga, pemimpin, rakan ..pendeknya sesama manusia. Beberapa kali menguap di dalam panggung..itu petanda negatif..plotnya agak longgar...Itu pada pendapat saya.

Kemungkinan ianya akan berlaku secara realiti..bukan mustahil..hari kiamat akan menjelma
dan kita semua akan musnah bersama isi bumi ini. Saya ingin menyarankan kepada mereka-mereka yang mementingkan diri..yang sangat gilakan kuasa..sangat suka mengganggu gugat kesejahteraan orang lain..yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga..pergilah menonton. Supaya terbit sedikit keinsafan dalam diri..tiba suatu detik dan masa...wang, harta kekayaan dan kuasa sudah tidak berguna lagi..hanya kasih sayang yang kekal abadi.....fikir-fikirkanlah.

Rabu, 18 November 2009

SAHABAT...


SMS pagi kelmarin membuat saya benar-benar sedar..sedar banyaknya kekurangan diri. Bukan sekerat dua lagi..berkerat-kerat..yang mungkin tak pernah saya fikirkan.

Beberapa hari ini fikiran dan perasaan saya sangat celaru dan tidak menentu...begitu juga tindakan saya kerana terlalu banyak yang perlu difikirkan termasuklah tentang Akak yang akan menduduki peperiksaan pagi ni. Banyak perkara lain lagi yang terpendam sebenarnya..seperti dulu...saya memang berusaha berubah tetapi saya kembali dan kembali lagi. Saya semakin sedar yang saya tidak berdaya merubah hidup sendiri rupanya.

Adakala rakan baik boleh membantu. Memberi nasihat..sedikit cebisan jenaka buat saya tersenyum sendiri dan adakalanya boleh ketawa terkekeh-kekeh. Saya sering mendoakan keadaan ini berlarutan kerana ianya adalah suntikan semangat untuk saya terus menikmati hidup yang tidak pasti tinggal berapa detik lagi agaknya. Namun goyahnya mengatasi segalanya. Membuat dia semakin tidak mengerti tentang saya dan semakin bosan melayani kerenah saya .


Entri ini saya tujukan buat sahabat yang banyak bersabar tu..bersabar mendengar rungutan dan luahan rasa..bersabar dengan api kemarahan dan lautan airmata yang sering menyimbah luka di hati saya. Terima kasih sebanyak-banyaknya..tak ternilaikan budi itu. Saya pohoni seribu kemaafan kerana membebankan hidupnya dengan pelbagai kisah nestapa, jenaka ceria, kadangkala sindiran yang tidak pernah saya sedar itu adalah suatu sindiran..sehinggalah tibanya SMS kelmarin.Saya mengambil masa merenung diri saya..fikir dan fikir..benarlah katanya...dan saya perlu buat sesuatu..supaya tidak lagi mengheret sesiapa lagi ke dalam lubang gelap hidup saya.

Sahabat...maafkan saya kerana kelukaan-kelukaan itu. Maafkan saya kerana tidak pandai menjaga hati..maafkan saya kerana kemurungan diri tidak berasas..maafkan saya kerana cerita-cerita lara membosankan dan meletihkan itu..maafkan saya kerana segala-galanya. Apapun saya harus mengharungi hidup ini..mungkin tanpa diiringi seorang sahabat lagi ..kerana dia saya kira sudah semakin tidak memahami..segala-galanya telah tertulis buat saya..Apapun ..terima kasih sekali lagi..semoga bahagia , sihat dan ceria selalu...

Isnin, 16 November 2009

DISISIMU...


Semakin hari semakin hampir dan semakin mendebarkan. Akak akan mengharungi peperangan besar dalam hidupnya..SPM...yang menentukan ke mana dia akan melayari kehidupannya kelak.

Saya melihat segalanya dari mata hati saya. Melihat wajah anak yang sangat polos ini..anakku yang sangat sering naik angin..sering ketawa berdekah-dekah dan adakala menunjukkan kemanjaan tiada taranya..saya sangat terharu.

Akak mengharungi banyak dugaan dalam hidup seperti mana yang pernah saya kisahkan dulu. Airmatanya sudah banyak tumpah..begitu juga saya. Hati saya menangis bersamanya.. dan saya ...sekiranya ada izin allah saya tidak mahu lagi melihat dia menangis lagi. Biarlah dia ketawa dan tersenyum..saya impikan segala kebahagiaan buatnya.

Tamatlah sudah usaha saya membantu..yang terdaya saya buat kini hanya doa dan terus berdoa. Hanya allah yang maha mengetahui betapa celarunya perasaan saya..hanya allah yang tahu betapa saya ingin bersama..di sampingnya menghadapi segala dugaan dalam hidupnya..tetapi apakan daya..mustahil saya boleh berbuat begini selama-lamanya...tangannya harus saya lepaskan sedikit demi sedikit..dia semakin dewasa..

Akak..ibu doakan segala yang terbaik buat Akak. Ibu halalkan segala-galanya yang datangnya dari ibu buatmu yang dikasihi...ibu maafkan segala yang pernah mengguris hati...berjuanglah anakku..yang pastinya Akak bukan sendirian..kerana ...ibu senantiasa berada di sampingmu..berdoa dan terus berdoa disisimu...semoga allah memberi segala kemudahan buatmu anakku...insyaallah...

Jumaat, 13 November 2009

TERLUKA....

Beberapa hari kebelakangan ini saya jadi resah..dan letih...mungkin kerana kurang sihat ...mungkin sahaja kerana banyak berfikir. Akak akan menghadapi peperiksaan beberapa hari sahaja lagi dan saya sudah tidak berupaya membantu . Tamatlah sudah misi membantu..yang tinggal hanya peluang untuk terus berdoa dan berdoa untuknya.
Petang tadi saya pergi melawat. Dia pun lambat turun kerana ketiduran...Pipa kejutkan. Saya lihat kerisauan jelas diwajahnya. Saya mengelak bertanya banyak. Cerita tentang Pipa dan ketawa senda tanpa hubby. Dia ke P.Pinang pulak. Baru pulang dari Langkawi pindah pula ke sana. Kesunyian melanda. Alhamdulillah Angah dan Deeha balik...buat suasana meriah sedikit.Sebelum melangkah balik..saya peluk Akak erat..cium dahinya..ucapkan goodluck dan wajahnya keruh..bergenangan airmata..saya cuma mampu membisikkan supaya dia study dan insyallah dia akan berjaya.
Pagi tadi jam 8 hampir 9 hubby pergi. Saya yang baru selesai sarapan..baring dan ketiduran sehingga hampir jam 11 baru betul-betul terjaga...mengapa saya boleh tertidur awal pagi begitu...kerana malamnya asyik terjaga..bermimpi macam-macam..letih mencari dalam mimpi. Mencari ape????saya pun terlupa
Dunia agak muram kebelakangan ini bersama cuaca nan muram..sejuk..dan kelam. Balik tadi ..kelihatan kiri dan kanan jalan dipenuhi air...setara dengan hati saya yang semakin dipenuhi airmata ...kerana saya kini...durja dan benar-benar terluka.....

Rabu, 11 November 2009

BANJIR....








BANJIR DI MATA...BANJIR DI HATI.....

Jumaat, 6 November 2009

HUJAN PAGI...


dinginnya menusuk ke lembah nurani
jiwa parah lara
sengsara tiada terkira

sebentar reda..
sebentar menggila..
bagai peristiwa dalam dada
olang oleng di lautan duga tanpa muara
ganas lalu lemas

hujan pagi..
membawa seribu erti
buat empunya diri...
satu-satunya yang mengerti..
cacti5000
11.30a.m

Khamis, 5 November 2009

NO.16...

Anak gadis bongsuku yang paling suka bergaya...Nur Syifaa' 'Izzah (Pipa@Sipau..mcm pau!)

Anakandaku yang dikasihi ,Pipa..hari ini bawa berita bahagia...naik sahaja kereta mulalah mulut dia berkicauan bagi burung murai...tak lah sampai tercabut ekor...ibu..i have a good news for u..wow..good news..mesti pasal exam..hati saya berkata..pura-pura bertanya..good news???..what is it? tanya saya..selamba badak sambil menjeling kepadanya. Adik dapat no. 16 ibu..dan cikgu kata ada harapan nak masuk kelas elite tahun depan ...seronoknya!!!!. Ok la tu..big improvement..saya ciumi dia..kita kena celebrate ni..nak makan kat mana? dan kami makan di Jo Cendul...Hosba

Mungkin no 16 tidak memberi erti kepada orang lain ..tetapi kepada Pipa sangat bererti...kerana dia pernah mencecah no 32 dalam kelas..tapi kelas A la...saya sangat bimbang sebenarnya kerana yang lain-lain taklah kutip no. sebanyak tu...hehehe.

Mungkin silap saya tidak menghantar dia ke tuisyen lebih awal..dia rayu ..rayu dan rayu..saya abaikan kerana saya tidk berdaya nak menghantar jika ayahnya tiada..tapi tiga bulan kebelakangan ini saya terpaksa juga berbuat demikian kerana tengok result teruk sangat. Bulan terakhir ini saya hantar ke kelas intensif...agaknya ibu nak suruh adik mati..tuisyen hari2...kata-kata itu pernah terkeluar dari mulut dia. Tapi saya terharu juga tadi..bila dia ucapkan terima kasih hari ini kerana usaha saya menghantar dia ke tuisyen intensif tu banyak membantu dia terutama dalam mata pelajaran sains dan nak terus pergi tuisyen.

Nak tau..saya jarang mengajar anak-anak saya..mereka belajar sandiri..tapi Pipa mungkin slow banyak..kerana dia memanjakan diri..malas fikir dan mengira..sampai ke dapur bawa buku..sedangkan saya pun tidak master ilmu math n sains ni.

Apapun saya panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana usaha kami menemukan kejayaan walaupun sekadar no.16. Tak tau apa Along kata tadi bila dia beriya-iya seronok menyampaikan berita semasa Along menelefon..Along tentu sakat dia lagi..esok Along dan Angah balik..mesti bergegar dengan tawa cerita tentang no .16 tu...tak sabar nak menanti esok..hem..Pipa..dah masuk tido tu..mungkin hatinya tenang kerana ancaman saya sudah tidak bermakna lagi...dia dah buktikan sesuatu....dia tidaklah seteruk yang saya sangkakan..hanya perlu sedikit suntikan semangat..dan tentunyaaa ....ancaman!!!!!..hahaha...alhamdulillah...

Rabu, 4 November 2009

NAK BUAT APE....

Foto di atas ni rasanya adalah foto terteruk saya snap..hahaha...kerana memang situasi pun sedang teruk sekarang ni. Tah jam berapa tadi...saya sangat letih dari pagi selesaikan kerja kat cubic sorang-sorang. Tu ...telunjuk tanda amaran..
Sejak pagi printer buat hal..letih..mula-mula boleh print dah kul 11.00 camtu tak leh pulak..buat bengang je. Ina jadi mangsa saya call dan call ratusan kali...nasiblah dia tu penyabar...jawab slow and steady. Dia bagi tips macam-macam..try n error...jam 12.15 camtu saya dah surrender...tapi fikir 2 kali..kerja bila nak siap..orang lain siap dah..hari Ahad dah nak masuk kelas..tak leh jadi ni.
Akhirnya saya tekad redah je...log off.. masuk balik dan try install balik..testprint..patutlah tak boleh print saya tersilap default printer..sampai kiamat pun tak boleh print..hehehe..saya senyum sorang-sorang..dalam cerdik..ada jugak bodohnya aku ni...dah boleh print seronok lak..print macam-macam sorang-sorang sampai ke petang. Apa pun saya puas hati banyak benda dah siap. Lain kali kalau ada masalah printer..dah tau nak buat ape..best nyeeeee!!!!
Kebelakangan ini saya buat kerja yang sangat rencam..bagai mak datin cari bunga 'nampak kaya ',jadi pekerja landscape..dok cangkung tengah panas tanam pokok dan tanam batu..jadi juruhias dalaman pilih cat dan susun sofa..hem..macam-macam..seronok tapi kalau nak tau..tido pun tak lena..esok nak buat ape dan ape dan ape...
Dipendekkan cerita...hidup ini sedikit terisi..mula semester nanti tentu kebosanan melanda..but itu core business saya..kena ikhlas bekerja..hish..buang jejauh perkataan bosan tu...anak-anak makan rezeki tu la...hem..Pipa dah tak sabar nak guna notebook ni...mundar mandir situ sana sini..nanti ada pulak yang merajuk..orang asyik merajuk..merajuk dan merajuk... kalau kita buat tak kena angin dia ..kite??? umpama tidak punya hati lagi...menanti dan menanti...

Selasa, 3 November 2009

UBAT HATI..



Pagi ini saya memulakan hari di hospital..biasalah drive sendiri..dari rumah jam 8.15..sampai KMC jam 8.45..speed giler..lepas reg. saya turun beli air mineral..berdebar pulak rasanya. Hari ini kira ok. Jam 9.30 dapat jumpa doktor. Berat naik 1 kg..lebih dari bulan ramadhan ..saya kira ok..but Dr. Riduan marah...dia suruh saya puasa balik..appoinment akan datang dia kata nak saya turunkan berat. Hem..kekadang terasa jugak di hati..hem...ada jugak orang nak ambil berat
tentang saya..walaupun terpaksa dibayar...kahkahkah..anyway thanx doc..dengan sembang pasal anak yang periksa..pasal merit ke IPTA..dengan pesanan akhir lagi tu..."anak nak periksa..emak dia jangan tension sangat tau" dalam lawak..tapi..alangkah memahaminya dia...TQ! Itu saje perkataan yang keluar dari mulut saya. Balik singgah shopping sikit..ubat hati..kerana doktor tak ada ubat untuk hati ni..kahkahkah

Jam 2.15 petang ke serambi ofis semula. Touch up sikit laman batu...gunting pokok yang dah relai kelebihan air..baru ditanam..pekerja sembur air 2-3 jam sehari...habis mati..rasa sangat kesal. Bila saya tolong...mereka kata..rajin puan no..hish...sakit hati saya..dah la buat trouble..perli kita lak. Lan datang habiskan kerja mereka. jam 3.30 semua dah blah..kira nak balik..kerja tak habis..ya allah..itu rezeki yang mereka bagi anak isteri makan...tak terfikirkah mereka...kerja lah dengan ikhlas dan siapkan..seminit dua lebih kerja ape salahnya..Lan macam biasa..dalam senyum siapkan dan tolong atur semula batu yang mereka dah punggah ke tepi..letak balik tak pandai...dan kami tanam pasu dalam tanah..idea baru muncul. Dalam tawa senda..kerja siap..esok Lan n pekerjanya akan tabur batu lain...semoga allah akan melimpahkan rezeki untuk mereka...doa ikhlas daripada saya...

Saya siapkan gantungan daun di frame kayu..pindahkan pasu bunga dari bilik mesyuarat ke banquet semula...kesimpulannya kerja hampir siap. Cuma harap Lan akan siapkan touch up cat dia sebelum semester bermula. Esok saya nak ke cubic...nak siapkan fail meja yang sepatutnya dah siap sebelum cuti.

Di bawah.. saya snap gambar yang tak begitu jelas rasanya..kerana pencahayaan...jadilah..cuci mata dan kenangan untuk saya...pengubat hati. Gunakan apa yang ada sahaja..recycle..ok ke tak..itu sahaja yang mampu dibuat. Sesiapa yang nak buat majlis kahwin ala garden tropika..boleh la..pelaminnya nanti kami cari akar sintok berjumbai..lain sikit dari yang lain..chik boleh tolong shoot..ish..tentu glamour..hehehe..apapun sambil leka buat kerja..hati terkenang..jiwa menyebut..cuba padam dan padam..bagai memadam api yang sedang hebat bernyala..padam..tapi baranya tetap ada...hem...bebas bermain di hati...




Isnin, 2 November 2009

BATU...

Dua insan satu jiwa...

Jam 9.30 pagi saya ke serambi ofis..continue kerja terbengkalai kelmarin. Tengok tepi bangunan banyak batu. Kerja kami hanya recycle apa yang ada sahaja. Frame kayu dah siap dan Mek Rose tolong sangkutkan daun..boleh laaa..nanti saya snap dan upload bila sume dah siap nanti.
Saya dan Yati teruskan kerja hampir jam 1 tghr. Letih jugak..tapi seronok...tumpuan fikiran saya dah berpindah ke batu dan pokok..saya rasa lebih tenang. Tak serabut sangat..benarlah zaman Arab kuno dahulu..mereka yang ada masalah serabut jiwa ni dikerah bekerja keras di ladang sehingga pulih dan ramai yang pulih..jiwa memang terubat rupanya. Bila balik semua masalah menyerbu masuk..resign jd lecturer kot..jadi pekerja kontrak lanscape mungkin lebih membahagiakan saya. Itu pun..Lan, Rafi, Dak, Ari, Min gelakkan kami..tak pernah tengok orang kerja sampai bersila atas simen kotor dan Yati duduk atas batu baru varnish lagi..hehehe
Apapun saya rasa puas hati...habis kerja duduk di kerusi taman..dengar bunyi percikan air..sangat nyaman dan mempersonakan..hilang rasa letih..esok masih ada kerja lagi...tadi mereka minta Min sapu varnish lagi kat frame yang dulu..jadi kena sangkut semula daunnya..sampai bila nak habis kerja tak tahulah...tapi saya rasa sangat release...tak pernah harap balasan...janji puas hati tengok keindahan dan hasil kerja sendiri...semoga allah merestui usaha kami...insyaalah

Ahad, 1 November 2009

BIASA....

Cuti mid sem dah bermula..tapi macam biasa cuti macam tak cuti..anak-anak sekolah dan saya pula ada kerja yang masih belum beres hingga ke hari ini. Mood cuti pun tak ada kerana fikirkan masih ada seorang lagi akan menghadapi peperiksaan.
Petang tadi saya keletihan..kat serambi ofis sampai ke tengahari dan petang cari beberapa barangan lagi di Hosba dan Jitra bersama Yatie...tunggu Min sangkutkan frame kayu..tak sampai-sampai hingga jam 4.30 petang. Saya terpaksa beredar kerana terpaksa hantar Angah balik ke hostel. Balik..solat asar dan saya tertonggeng ketiduran sampai maghrib..hish...
Esok terpaksa sambung kerja sedikit lagi. Kalau frame siap kena sangkutkan daun dan ubah sikit layout pokok kat tiang besar. Banyak kali tukar pokok..tetapi masih tak sesuai..hai tiang..tiang..saje buat hal hang ni tau! Letak dan angkat pelbagai jenis pokok..tak kena juga nampaknya..Saya macam biasa..sampai malam memikirkan pokok ape yang sesuai agaknya..semoga esok datang idea berkarat dan melengkapkan kerja ini. Dah drag sampai berminggu..tak larat nak fikir lagi ..
Otak saya dah jam barangkali..banyak sel dah mati..sel otak tak boleh hidup semula..ye ke???tanya doktor la untuk kepastiannya...mula-mula malas buat kerja rumah..melarat kerja pejabat..sekarang malas nak fikir ape-ape..ape ni?...hoi..bangun le!.buat kerja sikit..jadilah ida
yang dulu..ida yang kerja sampai larut malam..mop lantai di tengah malam..susun kain baju jam 2-3 pagi..tanam pokok bunga jam 10 malam..banyak yang luar biasa..sehingga segala yang luar biasa jadi biasa...semuanya sudah jadi serba membosankan...dapat penyakit baru...blogger giler lak....dan semakin biasa menggile ...hahaha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...