SMS pagi kelmarin membuat saya benar-benar sedar..sedar banyaknya kekurangan diri. Bukan sekerat dua lagi..berkerat-kerat..yang mungkin tak pernah saya fikirkan.
Beberapa hari ini fikiran dan perasaan saya sangat celaru dan tidak menentu...begitu juga tindakan saya kerana terlalu banyak yang perlu difikirkan termasuklah tentang Akak yang akan menduduki peperiksaan pagi ni. Banyak perkara lain lagi yang terpendam sebenarnya..seperti dulu...saya memang berusaha berubah tetapi saya kembali dan kembali lagi. Saya semakin sedar yang saya tidak berdaya merubah hidup sendiri rupanya.
Adakala rakan baik boleh membantu. Memberi nasihat..sedikit cebisan jenaka buat saya tersenyum sendiri dan adakalanya boleh ketawa terkekeh-kekeh. Saya sering mendoakan keadaan ini berlarutan kerana ianya adalah suntikan semangat untuk saya terus menikmati hidup yang tidak pasti tinggal berapa detik lagi agaknya. Namun goyahnya mengatasi segalanya. Membuat dia semakin tidak mengerti tentang saya dan semakin bosan melayani kerenah saya .
Entri ini saya tujukan buat sahabat yang banyak bersabar tu..bersabar mendengar rungutan dan luahan rasa..bersabar dengan api kemarahan dan lautan airmata yang sering menyimbah luka di hati saya. Terima kasih sebanyak-banyaknya..tak ternilaikan budi itu. Saya pohoni seribu kemaafan kerana membebankan hidupnya dengan pelbagai kisah nestapa, jenaka ceria, kadangkala sindiran yang tidak pernah saya sedar itu adalah suatu sindiran..sehinggalah tibanya SMS kelmarin.Saya mengambil masa merenung diri saya..fikir dan fikir..benarlah katanya...dan saya perlu buat sesuatu..supaya tidak lagi mengheret sesiapa lagi ke dalam lubang gelap hidup saya.
Sahabat...maafkan saya kerana kelukaan-kelukaan itu. Maafkan saya kerana tidak pandai menjaga hati..maafkan saya kerana kemurungan diri tidak berasas..maafkan saya kerana cerita-cerita lara membosankan dan meletihkan itu..maafkan saya kerana segala-galanya. Apapun saya harus mengharungi hidup ini..mungkin tanpa diiringi seorang sahabat lagi ..kerana dia saya kira sudah semakin tidak memahami..segala-galanya telah tertulis buat saya..Apapun ..terima kasih sekali lagi..semoga bahagia , sihat dan ceria selalu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan