Ahad, 30 Mei 2010

KAKI

Kaki aku terasa semakin berdenyut petang tadi.. dalam beberapa hari ini aku terpaksa sembahyang duduk sahaja. Entah kenapa..aku pun tak tau. Dah seminggu rasa macamni..mungkin sebab kasut..haih..nak beli kasut baru pun budget tak de...

Petang tadi dalam perjalanan pulang dari hantar Deeha ...aku memikirkan kaki yang sakit ni ...macam biasa aku aku mula galak mengimbas...mengenang masa kecil dan remaja aku..sangat nakalnya..hidup bebas..berlari merentasi kampung dan kawasan perumahan murah kami. Hidup sederhana..tetapi aku tak pernah fikir ape-ape yang negatif dan buruk. Yang aku fikir seronok..ke sekolah..berkawan dan bersukan...segala jenis sukan..jatuh ...aku bangun semula. Tulang kering diketuk kayu hoki ..bengkak ketotong..aku sorok di balik kain dan seluar panjang..hem..sampai sekarang tulang kering aku berlekuk..tak siapa tahu. Dilenyek tayar kereta..aku tak pernah cerita kepada emak dan abah...sampai sekarang...emak pun dah lama meninggalkan kami....takut dimarahi kerana aku yg salah...berlari merentasi kereta. Makcik bawa kereta tu panik..aku lagi panik dan selamba berjalan pergi. Bengkak ketotong juga..sampai sekarang berdetup detap bunyi bila digerak-gerakkan. Kaki yang sama..kanan ni lah. Mungkin itulah punca sakit sekarang..dah tua..baru terasa...

Selamat melahirkan puteri sulung...dua minggu aku tak boleh berjalan...berpeluh abah melihat aku balik ke kampung kerana sepatutnya aku berpantang di rumah mertua sahaja. Tersilap urut dek bidan. Mak mertua aku risau..takut kami terlanggar pantang ape-ape..dia hantar aku pulang ke kampung...kaki aku yang sebelah kanan ni jugak tak boleh diangkat..terpaksa dipimpin ke tandas ke mana...sampaikan nak pakai underwear pun terpaksa suami aku bantu...terdetik juga di hati..akan lumpuhkah aku? Tetapi macam biasa...kebalnya perasaan aku..makcik aku menangis tengok aku...berpeluh-peluh melihat aku terbaring..tapi aku masih bertahan..."tak pe Ateh..nanti ok la tu"...redha di hati. Bidan Wan Simah dipanggil..hanya dengan doa dan sapuan di kaki dan perut..alhamdulillah aku pulih...Namun selepas peristiwa itu..setiap kali dalam pantang...aku terpaksa cari dinding untuk bertahan...kaki aku ni..tak kuat lagi...

Rupanya..segala kesakitan itu kembali lagi menjengah...tanpa menunggu aku bersalin lagi...
Wan Simah telah tiada di dunia ini..
abah tiada di sisi..
suami sibuk setiap hari...
anak-anak berpergian jauh 'mengaji'...
yang tinggal hanya aku di sini...

memikirkan seterusnya..
apa yang akan terjadi lagi..
dalam hidup yang bersegi-segi ini..
aku termanggu sendiri...
tanpa airmata lagi..
hanya sepotong pertanyaan di hati...
bagaimana seterusnya ...akan aku harungi hidup ini?

Khamis, 27 Mei 2010

M.A.K. ANGAH

Jam 8.30 kami berdua dah sampai ke Sek. Men. Sains Syed Putra Kangar...menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Angah. Sesampainya di sana kami mengambil seat di tepi dewan..supaya lebih jelas nampak nanti. Beberapa minit kemudian Angah datang dan menciumi aku dan ayahnya. Ini kali kedua dia menerima anugerah sejak berada di sana...alhamdulillah.

Majlis berjalan lancar...ringkas tetapi menarik...terutama part koir dalam pelbagai bahasa yang disertai oleh pelajar menengah rendah. Aku ambil gambar..tetapi kelabu la pulak. Sebab aku zoom dari awal...tak teringat nak crop je...gambar lebih ok kot..

Foto yang ini pun agak kelabu...kawan Angah snap kan...apapun jadilah sebagai kenangan. Ish..Angah dapat RM100.00 ...dia nak beli ape tu? Anakku ini sangat berjimat orangnya...sampai tak tau nak buat ape duit orang bagi...sampai boleh belikan adik kasut lagi...

Apapun ..alhamdulillah..dah tamat satu fasa lagi galangan dalam hidupnya..aku bermohon kepadamu ya Allah ..peliharalah anakku ini...semoga terus berjaya dan sejahtera... semoga dapat menyumbang bakti kepada agama, nusa dan bangsa....

Selasa, 25 Mei 2010

TIDUR PUNYA PASAL...

Inilah anakku..satu-satunya puteraku...ketiduran di mana-mana jua...menjadi masalah besar buat aku dan hari ini terbukti...tekanan darah aku naik akibat tabiatnya yang asyik tidur dan tidur...hahaha..

Pagi-pagi lagi..lebih kurang 8.45 pagi aku dah sampai ke KMC untuk check-up..sejuknya aircond di KMC hanya Allah yang tahu. Kebiasaannya doktor akan tiba jam 9.30 pg. Giliran aku yang keenam...jadi aku asyik berulang ke toilet dan sebelum pergi aku terus berpesan...Angah..tolong dengar kot nurse panggil ibu..aku berpesan setiap kali pergi dan setiap kali aku pulang ke seat aku dapati dia tertidur...oh..ya..aku bawa dia kerana aku aku ambil balik dari asrama kerana disyaki kena kayap..jadi aku nak bawa ke klinik Hj Aiyaz..memang terkenal di Alor Setar.

Nak diJadikan cerita aku tunggu sampai dekat jam 11.30 pg..tak panggil-panggil..aku fikir dr Riduan kot ada kes..akhirnya aku bangun dan masuk tanya nurse...ya Allah...rupanya dia dah cari dan panggil aku tapi tak jumpa. Kesimpulannya...memang Angah tak sedar kerana dia asyik tidooo...ishishish..nak marah pun ada...gelihati pun ada..dr. pun kata dia heran aku ke mana kerana giliran aku no.6..tak masuk pun...check tekanan darah naiklah sikit dari biasa dan dr pun share ketawa kisah anak aku ni sambil dia bercerita kisah anaknya yang masuk ke matrikulasi di Penang.

Akibat dah jam 12.00..aku minta kaunter ubat hold ubat aku kerana terlalu ramai orang menunggu dan aku bawa Angah ke klinik dulu. Nasib baik tak ramai orang...masuk dan jumpa drnya..dah berumur..janggut putih pendek..wajah..pakistan..sangat friendly..jemput duduk dan tanya apa masalah dan suruh Angah buka baju...dia mula bicara..(seat satu..jadi aku berdiri je la)

ye...kenapa ni?

anak saya ni kena kayap kot..

ok..buka baju...dan dia tengok semua tempat tu..
hem...mana kiri mana kanan?

sini kiri..sini kanan

sambil mengangguk dia terus bertanya dua kali..

kayap akan jadi sebelah tempat sahaja..tapi adik jadi dua-dua belah..betul?

haa..(aku Angah sambil mengangguk)

kayap kalau jadi dua-dua belah mati tau...sekarang beritahu saya..adik mati ke hidup?

hidup..jawab Angah sambil senyum simpul

jadi ini bukan kayaplah..dia ketawa...

ok...pakai naju dik..tak makan ke ...nak tunjuk ape?..kurus je nih...
nama adik..Haziq ye..nama anak saya pun Haziq tapi Hazik.
mana yang betul dr? tanya aku...
sepatutnya Hazique...baru sebutannya betul...anak saya dulu dia orang tulis k dihujungnya...maksudnya baik ni dik...
adik sekolah kat mana?

sekolah sains syed putra

kat mana tu?

kat Kangar

darjah berapa sekarang?

form 4

saya tanya darjah berapa?

tingkatan 4

saya tanya darjah berapa?

darjah sepuluh..

haaa...baru betul
baguslah tu ...dua kali tanya dah boleh jawab..ada yang sampai sudah tak boleh jawab
PMR..adik dapat berapa A ?

8A

bagus...adik boleh baca tulisan jawi tak?

boleh! (Angah jawab dengan yakin)

cuba baca ni..

Angah merenung potongan ayat tulisan jawi di atas mejanya..lama jugak..tapi tak dapat-dapat..aku tumpang baca..make no sense...dalam arabpun tak bawa makna..hanya dihujungnya ada perkataan doa'..dia terkekeh ketawa.

tak boleh ke dik?...ni bahasa urdu..hehehe..doa ni untuk mereka yang selalu susah hati dan orang yang banyak berhutang...

laaa..patutlah tak dapat aku nak agak cara menyebutnya tapi yang menyentuh hatiku...macam dia tau aku ni selalu je susah hati..masa tu macam aku nak minta je doa tu..tapi malu pulak...

adik...nabi kita yang pertama siapa?

nabi adam..

bukan adik...nabi muhammad..kita orang Islam betul tak dan nabi kita nabi muhammad..
nabi kita yang terakhir?

Nabi Muhammad SAW

sembahyang subuh berapa rakaat dik?

dua rakaat

haaa...betul...dan Nabi Muhammad SAW sembahyang subuh dua rakaat dan Allah menyuruh umat manusia ini mengikut suruhan Nabi Muhammad SAW... dia sembahyang subuh dua rakaat dan kita kena ikut...
hahahaha...ok lah dik...adik akan berjaya insyaallah...ish...nanti orang kat luar marah pulak..ok..la...nak cuti ke?

Angah menggelengkan kepala...

Ok..thats good...dia tersenyum lebar

sebenarnya badan dia kene apa ni? teringat pulak aku bertanya

kene binatang...(ulat la maksudnya)

Terima kasih dr...kata aku sambil ketawa kecil

Dah ambil ubat aku bergegas pulak ke KMC semula nak ambil ubat aku...Angah mengeluh kecil...letih menunggu di sana dan di sini...nasib baik...ubat dah sedia di kauter dan kami pulang. Sipau aku minta hubby yang ambil...tak sempat.

Dalam perjalanan aku tersenyum sendirian..tak pernah aku jumpa dr macam ni...rupanya ...lebih banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu daripada yang kita tahu di dunia ni...walaupun benda yang ditanyanya mudah..tapi tricky jugak...Aku dok tazkirah kat Angah dalam kereta...suruh dia berusaha dan belajar bersungguh-sungguh dan tegaskan bahawa banyak ilmu di dunia ni yang perlu kita pelajari untuk menjadi insan yang pandai dan berguna...aku terus bercakap dan bercakap sampai ke Jitra...dan Angah berdiam diri je...aku fikir tentu dia sedang memikirkan apa yang aku cakap...

Sampai kat trafic light hampir di Jenan ..aku toleh ke kiri...rupa-rupanya aku bercakap sorang tak tau dah berapa lama...kerana dia tidur dan terus tidur...alahai...penat je bercakap...hanya Allah yang tahu....

Ahad, 23 Mei 2010

DEKAT SERASA JAUH


Tersentuh hati baca blog Ummi beberapa minit yang lalu...terasa menyelinap ke segala pelusuk dan ruang sanubari aku..anaknya dah mendaftar masuk ke UIA mengikuti kursus Asasi Kejuruteraan. Aku doakan semoga berjaya.

Aku renung-renung dalam diri sendiri...Ummi dah ada dua anak yang berjauhan darinya..aku..tiga..dan Akak dah kembali ke pangkuan..namun dekat serasa jauh...entah kenapa aku terasa sangat hari ini. Mungkin Akak tidak jengok muka kat cubic hari ni kot ..minggu lepas..tiap-tiap hari dia jengokkan muka. Rasa kehilangan pulak...tak nampak senyuman dia hari ni...

Aku tengah mengadap laptop ni..rasa airmata nak luruh sahaja...aku sebenarnya sangat takut...mengalahkan Akak. Takut...mempertaruhkan harapan...kerana aku sendiri tak dapat mengagak setakat mana kemampuannya menghadapi pelajaran di sini..setakat mana dia boleh bersaing dengan pelajar-pelajar lain...hem..entahlah..macam-macam aku fikir setiap hari... sampai termimpi-mimpi.

Jumaat lepas kami dah shopping buku rujukan ..bolehlah nak ganti bantal kalau bantal tak de...hahaha....kami sama-sama pilih dan aku bincang dan sembang pulak dengan tuan punya kedai secara terperinci kandungan buku ... pro dan kontra pilihan buku-buku tu. Macam aku yang nak study...sampai hari ini aku terbayang ion negatif yang berwarna hijau dalam buku chemy tuh...hehehe..hem...seronok pulak rasanya.

Apapun...aku terasa semakin hari hati aku semakin dekat dengan Akak...dia pun semakin hari semakin manja...asyik..mama! ...sana sini (memang anak-anak aku ada masa panggil mama ada masa panggil ibu).... Cuma bak aku kata tadi... hati aku semakin hari semakin dekat dengannya..tapi terpaksa pulak berasingan tempat tinggal...dekat serasa jauh je lah..huhuhu

Sabtu, 22 Mei 2010

INBOX....

Salam.interviewed 7 candidates
from matrik kedah.knows and love
dinamika lecturer pn. noorlida.congrats

20 may 2010 11:12

Still in my INBOX..bila dibaca hati tersentuh...thanx untuk anak-anak itu dan tidak lupa untuk pengirimnya juga...

Rabu, 19 Mei 2010

TELUS..

Pelajar baru telah memulakan sesi 2010/2011. Sebagaimana biasa... pelajar baru..pelbagai rupa..pelbagai ragam..Semester ni aku akan menghadapi 9 kelas..kalau genap 30 orang bermaksud..270 orang pelajar...alahai..tak tau lah macamana nanti.

Aku dah masuk 7 kelas..tinggal 2 kelas lagi esok...double period..Cuaca agak panas sekarang..aku pun kekadang rasa tak terharung 2 jam beterusan begitu..tetapi macam biasa..mulut ni memang jahat..dok sebut..tak larat tak larat..tetapi apabila mula mengajar..tak terasa masa berlalu...

Ada yang indah..ada yang gundah.. Bila tiba part imej diri..tajuk yang agak berat..aku mengambil peluang menduga..Minta 3 orang pelajar secara sukarela memperkenalkan diri..ada kelas yang berebut-rebut warganya mahu memperkenalkan diri...ada yang kalau ada cengkerang seperti sang penyu pasti menyorokkan kepalanya ke dalam..ada yang selambe badak buat tak dengar je...ada yang pura-pura mencatat..tak dongak kepala pun..dan dari situ aku kenal isi hati warganya..siapa mereka...rumusannya ada positif terhadap diri..ada sebaliknya...sangat negatif...tidak percayakan diri sendiri...

Kisah yang agak menarik dan menyentuh hati aku adalah kisah seorang pelajar lelaki dari Kelantan. Dia mengangkat tangan ingin memperkenalkan diri dengan sukarela. Wajah polos..kaya dengan senyuman. Rambut ala Naruto..bila ditegur dia tersenyum..gigi bersumbi manis.

Setelah menyebut nama...berkisahlah dia...inti bicara:

bapa saya seorang buruh binaan..
ibu... surirumahtangga...
adik beradik 6 orang..
anak kedua...
5 lelaki seorang perempuan..

haaah?...ramainya!...(spontan keluar dari mulut aku kerana aku memikirkan keadaan kewangan mereka yang tidak setara dengan bilangan ahli keluarga)

mak saya muda lagi puan..

aku tak dapat menahan ketawa...
betul telus budak ni...kata hati aku.

ok...ok...teruskan..hehe

cita-cita nak jadi jurutera...

dan ada hentian seketika..dia toleh ke arah aku
terasa aku nak tahu lagi tentang dia..

haaa...apa peristiwa paling manis yang pernah anda alami?

dapat keluar outing dengan kekawan hujung minggu hari tu..betul puan..saya seronok betul!

aku tak dapat menahan ketawa besar dan rakan sekelas pun ketawa berdekah-dekah..namun terasa berdetap dijantungku seketika itu juga...hai outing pun dia rasa sesuatu yang paling manis?

haaa...apa peristiwa yang paling pahit pulak.?

peristiwa saya terlanggar cermin di pasaraya dan terjatuh ketika naik eskulator di Pulau Pinang...

bergegar sekali lagi kelas...aku tersenyum menemani hilai dan ketawa rakan-rakan sekelasnya...saya minta mereka memberi tepukan dan bergemuruhlah sekelas. Aku ucapkan terima kasih dan tahniah atas ketelusannya... kepercayaannya terhadap diri sendiri dan kesudiannya berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan.

Sambil mengatur langkah meninggalkan bilik tutorial kepala aku ligat berfikir...ya Allah..telusnya anak ini...keluarganya tentu susah..baju dia pun aku lihat macam baju pinjam je..ketat dan sendat...sampai terbuka dibelahan dan butang.. . Mungkin dia tidak pernah keluar outing seperti orang lain..ni Pekan Changlun saje..bukan bandaraya Kuala Lumpur..tetapi rasa seronoknya terlalu.

Sampai ke kubikal aku terus melayani hati...betapa bersyukurnya aku...Allah menyedarkan aku bahawa ada insan naif yang akan bersama-sama aku sepanjang satu semester ini...yang perlu aku didik agar perjalanan hidupnya kelak setara dengan orang lain... dan semoga Allah memberi aku kekuatan membina tembok kematangan dalam diri 'mereka' ini...insyaallah..

Isnin, 17 Mei 2010

RUPA-RUPANYA..

Along n Alang(amboi..jelir lidah die ye!)

rupa-rupanya..
bukan mudah
untuk aku cuba melakar hidup
anak gadisku yang bermata redup
dengan tawanya nan senantiasa meletup...sayup


rupa-rupanya...
bukan sukar
untuk aku meniup semula semangat segar
mengembalikan impian tegar
dia...anakku.. kawanku bertengkar..membakar


rupa-rupanya..
bukan tiada jalan
untuk aku membina semula ikatan
yang sekali dua tiada keruan
kerana jurang perasaan yang tidak pernah cuba dimengertikan


rupa-rupanya...
wahai anakku Nurul 'Ain Nabilah
ibu kasih kamu dengan hati yang tidak pernah berbelah
dan diharapkan..mengertilah...

Ahad, 16 Mei 2010

SI KEMBANG HARI GURU...


Hahaha..biarlah aku ketawa dulu sebelum terus menulis..tajuk agak pelik..tapi tak pe lah..aku suka tajuk ni.
Sebenarnya bunga orkid aku ni dah bertahun-tahun aku bela. Tetapi macam aku kata hari tu..pokok bunga aku ni je yang sayang kat aku..aku kerap mengabaikan..harapkan hati je sayang..tapi jarang dibelai. Semakin hari semakin banyak kerja yang perlu dibereskan sampai aku ni kepenatan sesangat. Nak buat entry baru pun kusut....tak de idea...atau..'taraaaaa'...aku dah tak banyak bermain perasaan barangkali...alhamdulillah..kalau betul gitu.
Mungkin dah banyak hari berputik dan berbunga..ye lah..logiknya kena berputik dulu..baru kembang jadi bunga..tapi mungkin dek warnanya sama dengan daun ..baru kelmarin aku perasan..ish..ish..ish.. Pagi tadi kuncup tapi kembang semula bila matahari menyinar..hehehe..macam semalu pulak. Tadi semasa membelek foto dalam handset..aku terkenang hari ini Hari Guru..bunga ni seolah-olah meraikan hari guru 2010 la pulak..jadi aku pun panggil dia Si Kembang Hari Guru.
Seperti biasa sempena Hari Guru ...sejak awal subuh hingga ke jam 4.00 petang tadi masuk sms daripada anak-anak murid aku. Ada yang aku ingat..ada yang bernama tapi aku tak ingat rupa..dan ada yang no phone sahaja..apapun ..terima kasih bebanyak aku ucapkan buat mereka kerana ingatan tulus ikhlas itu. Itu tandanya masih ada yang sayang dan aku turut mendoakan kesejahteraan dan kejayaan mereka... dan semoga mereka tabah menghadapi segala cabaran dan rintangan sepanjang perjalanan hidup ini...insyaallah..
Aku nak catat kata-kata adik bongsuku yang juga seorang guru di sini..dia buat sendiri ke.. ciplak ke taklah ketahuan olehku..hehehe.
Orang kata nak jadi CIKGU kena pandai CAKAP, sebab pandai cakap, kita pandai CERITA. Bila budak degil kite pandai BERLETER. Yang paling BEST, ada masa terluang, kita suka GOSIP..tu yang best tu...hehehe..Selamat Hari Guru.
Wei..tak baik GOSIP selalu tau..dosa tuh...hakhakhak...

Jumaat, 14 Mei 2010

TERIMA KASIH DAUN KELADI...


Malam ini hampir tamatlah ombak dan badai yang melanda kerjaya aku sebagai seorang pensyarah DG48..kerana apa aku masukkan DG tu..kerana orang begini tidak boleh dibiarkan 'goyang kaki'...kerana kalau kami 'goyang kaki'... mahu kot bergegar bangunan pentadbiran kolej...kihkihkih...

Apapun aku bersyukur sesangat kerana malam ini adalah malam kemuncak LDK dan taklimat pelajar baru...Forum alumni...dan aku tumpang berbangga melihat empat anak murid aku telah berjaya dalam kerjaya mereka...Syazwan dah jadi PTD...Shahir dah bergelar doktor...Fatni dah dipanggil pensyarah dan Ayu hampir mengenggam segulung ijazah bernama Phd...alhamdulillah...meremang bulu roma aku mendengar mereka petah berbicara...yang aku ajar sedikit sahaja...tetapi nah...berganda-ganda ilmu yang mereka ada dan kutip rupanya sepanjang perjalanan hidup ini. Tepuk sorak pelajar-pelajar itu sama-sama menaikkan semangat aku untuk terus berjuang mendidik rupanya..dan dalam diam aku menanam tekad untuk terus menabur ilmu yang ada...terima kasih aku rakamkan di sini buat anak-anak didikku itu yang sudi berkorban..ambil cuti dan hadir ke sini. Terima kasih daun keladi. Yang dikesali..aku terlupa untuk bergambar dengan mereka kerana kegembiraan yang terlampau..ish...nanti aku minta unit dokumentasi send gambar mereka ..bolehlah anda tengok..

Akak telah pun bergelar pelajar matrikulasi sekarang. Tak tahu lah macamana nanti. Tadi dia call kata tengah minum...aku tanya ..dia catat tak apa yang abang dan kakak tu kata tadi? Dia boleh jawab..tak catat pun sebab tulisan akak tak elok...alahai...ilmu yang ada tak sebanyak mana...mencari yang baru tidak pernah mahu..entahlah..hilang upaya dan aku sedikit kecewa...apapun...aku hanya mampu berdoa untuknya...semoga sikapnya kelak berubah...

Aku terpaksa berhenti di sini..mata aku dah tak boleh nak celik lagi..ngantuk..kaki pun bengkak..ke hulu ke hilir seminggu ni...esok majlis ikrar pulak..terpaksa amik Angah pulang dari asrama lagi..tak tau mana nak cekau dulu...doakan aku semoga sihat dan tabah menerima apa jua dugaan yang mendatang..zzzzzzz...fewwwwwww.....jom tido..esok keje daaa....

Ahad, 9 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU

Selamat Hari Ibu
saya ucapkan buat:
ibu-ibu yang pernah melahirkan atau tidak pernah melahirkan
ibu-ibu yang bahagia atau tidak bahagia
ibu-ibu yang dikasihi atau tidak dikasihi
ibu-ibu yang mencintai atau tidak pernah mencintai
ibu-ibu yang mewah atau miskin
ibu-ibu yang berkorban sepenuhnya atau separuh penuh
ibu-ibu yang sering memasak di rumah atau sering memasak di kedai...hahaha
pendek kata ...
ucapan ini ditujukan untuk semua wanita yang bergelar ibu..
sesungguhnya diri kalian wajar dihargai...
walaupun apa jua pandangan kalian terhadap diri sendiri atau insan lain terhadap kalian...
kerana:
Syurga Tetap di Bawah Telapak Kaki Ibu

*mak saya tetap ingati dan kasihi mak walaupun mak telah meninggalkan kami 20 tahun yang lalu...dan untuk mak yang ada kini...terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kerana sudi menjaga abah dengan baik dan memberi nilai kasih yang hampir setara dengan si ibu kandung kepada kami 4 beradik...tidak terbalas sampai bila-bila...terima kasih sekali lagi..

Sabtu, 8 Mei 2010

DUA RONA..


Sipau peneman setia aku...

Aku dan Akak hanya ada esok sahaja lagi untuk bersama dan bermula 10 Mei ..tinggallah aku dengan Sipau yang tembam ni sahaja..tentu aku kesunyian...hilang sudah kawan aku berkelahi..hehehe. Satu darah tetapi dua rona yang berbeza...

Dalam seminggu ini ..setiap hari aku menyuruh dia mengemas baju dan barang nak dibawa ke asrama..seperti selalu bagai mencurah air ke daun keladi..tak melekat setitis pun. Hingga ke hari ini banyak lagi benda perlu dibuat. Aku pun sebenarnya banyak benda nak difikirkan untuk LDK. Cakera kepala aku dah cukup padat dan bersimpang siur nih.

Sepatutnya aku tak perlu buat apa dah. Dia pun dah 18 tahun..boleh fikir dan siapkan diri sendiri. Tak taulah macamana nak dibuat...awal pagi dah suruh iron baju..tapi bilik dok berkunci tak buat apapun lagi. Aku sampai siap masak sume dah...

Hish...aku teringin nak jadi orang lain..jangan dok kisah sangat..biar je lah..pandai lah dia nanti.. Tetapi hati aku ni tidak pernah menyampai nak buat macam tu..hem..sampai bila aku nak mengurusi segalanya? entah sampai bila...

Rabu, 5 Mei 2010

~PENANTIAN~

Bulan yang setia menemani malam

Beberapa hari kebelakangan ini aku asyik meronda shopping dengan Akak. Konon nak cari ganti kasut aku yang dah lusuh..ye lah..sesi pun bersilih ganti...kasut aku tak ganti-ganti. Teruk benar rupanya...celepak celepuk bila berjalan...namun macam biasalah..orang pompuan ni..lain dicari..lain yang jumpa..akhirnya kami beli 3 helai blouse..hehehe. Mother n daughter sama je..tak makan saman.

Sambil drive dengar lagu berkumandang..Hot FM..aku kan suka muzik..aku bukan tak sedar muzik dan lagu ni sebenarnya bukanlah elok sangat didengar dari sudut agama..hanya akan membawa rasa gundah dan kesedihan kerana irama dan liriknya yang kebanyakannya merayu..mau meroyan silap-silap haribulan..ade ke hah??? Tapi dah tabiat aku sejak remaja...suka dengar lagu dan amati liriknya..aku kan sasterawan...sampailah ke gerbang warga emas ni..dengar lagu dan aku dok kaji liriknya..kekadang pening kepala..fikir..depa ni nak sampaikan maksud ape sebenarnya.

Hot FM kala ni suka putar lagu dulu-dulu..lagu Siti - Jerat Percintaan..buat aku teringat masa aku mengandung Sipau..ya Allah..tiap-tiap hari aku dok tengok video clips Siti...tapi anak aku tu tak de iras Siti pun. Aku selalu baring dengan Deeha dan tengok...Deeha kan baik..dapat botol susu dia adap TV je..tak bunyi pun mulut dia tuh..baru sekarang ok sikit....

Pagi tadi tetiba pop up dari kepala aku kisah di SMIP 83 dulu...kami semua suka sangat lagu Penantian ni...bila dengar..teringat semasa tunggu result..penantian paling mengerikan dan menyiksakan. Masuk U pulak..aku ehemm...tunggu surat setiap hari macam ape lagi..hahaha...syyyy...Sepanjang hari ini aku teringat kat lagu ni..aku download kul 7.00 tadi...aku amati liriknya sekali lagi...sangat sesuai dengan situasi hidup aku sekarang..leh baca di bawah ni...dan kalau minat nak dengar layarilah 4 shared.com ...zubir ali .Penantian mp3.

berapa lama mesti kunanti
sinar cahaya matamu
gemerlap bagai bintang
menghiasi malam
malam yang menutup diriku

berapa lama perlu kutunggu
lontaran suara dari bibirmu
memecah hening taman
taman syurgawi
pada sebuah hati yang sepi

penantian suatu siksa
yang tidak tertanggung
oleh tubuhku yang kering dan layu

kepastian suatu penawar
dalam suka dan duka
yang meniti hidupku

Sekarang nih ..dalam usia begini ...rupanya aku ditakdirkan masih menanti sesuatu..sesuatu yang aku pun tak tahu bila akan menjadi kenyataan...hah!...debaran terasa di dada...berapa lama perlu kutunggu...dan aku semakin letih menanti...

Isnin, 3 Mei 2010

THANX


Sipau telah berjaya mencabut giginya sendiri..should be a dentist may be...hahaha...aku tengok giginya masih putih dan cantik...dia sibuk menunjukkan kat aku dan tanya nak buang kat mana..aku pulak tengah sibuk tengok Akak berfacebook... Aku suruh Sipau buang ke tanah..depan beranda rumah je..orang dulu-dulu suruh campak ke atas atap rumah ..sebab? tak tau la pulak..ade..tapi aku dah terdelete dari ingatan aku kot..

Tak beberapa hari lagi Akak akan pindah ke asrama semula..walaupun masih dalam pagar kuarters nih...hihihi. Sejak kebelakangan ini kami sering berdua...share banyak benda yang tergerak dan terfikir di minda dan hati. Ye lah aku pun cuti 3 minggu..tak pergi mana..habis-habis pun aku ke pejabat..mengemas cubic dan update apa yang patut. Aku dan Akak banyak menghabiskan masa berdua..aku tumpang sekaki bergelak ketawa semasa dia berfacebook..berjam lamanya dan kerap juga sampai ke pagi...tentu aku akan rindu semua ni nanti..huhuhu..oooiiitt..Pn. noorlida..anak tu hari-hari boleh jumpa daaa...ye ke???? Anyway thanx to Akak kerana sudi meluang masa bersama ibu beberapa bulan kebelakangan ini...n tolong iron baju...

Kelmarin juga ayah aku bagi tazkirah kat Akak dalam telefon. Dari pagi dia dah call nak nasihat Akak. Sampai lepas maghrib baru dia dapat cakap dengan cucunya...Akak aku tengok mengangguk-angguk kepala...terkeluar dari mulutnya hanya haa...haa.haa. Nak tergelak gak aku yang tengah masak masa tu.

Tamat communicating Akak bagi pernyataan...ibu...cakaplah kat atok..bila dia dah berenti kerja nanti..jadi kaunselor kat sekolah lah pulak...sebab dia tau semua ooo..kursus apa?..diploma berapa tahun ?...ijazah berapa tahun?...gaji...kerja apa semua..hahahaha...teror la atok nih...

Hah...that is my pa...tau serba serbi..bila dia start cakap..tak leh berenti dah..dan bila dia cakap semua ada bukti dan sokongan..dan yang pastinya Akak sangat respect opinion atoknya lebih dari aku...thanx to u Abah...kerana sehingga kini kau lah tempat aku bergantung semangat..tiada galang gantinya di dunia ni...huhuhu

Sabtu, 1 Mei 2010

GIGI...

Aku sedikit lega hari ini..Akak dah buat keputusan..untuk berkepit je bawah ketiak aku...hehehe...maksud aku meneruskan pelajaran di KMK sahaja...kerana kursus yg UPU tawarkan tu tak berapa nak sesuai...many thanx to her x teacher..nama?..aku pun tak tau..tapi Akak describe kat dapur tadi macam nak rak..tapi aku masih tak dapat membayangkan rupanya..at last Akak give up..Akak rasa ibu tak kenal kot..hah..lega aku! Gitulah ibubapa zaman sekarang..cikgu anak pun kurang dikenali...sibuk sakan..ishishish...

Lepas makan tengahari tadi..aku ..Sipau dan Akak sibuk siapkan borang maklumat pelajar Akak. Makan berjam jugak...urusan memotong..melekat..sambil Akak membebel..berapa kali daaa nak isi nama dan no matrik nih?..mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..kihkih. Al kisah siaplah kiranya..tunggu nak beratur daftar je lagi..

Sambil isi..Sipau tunjukkan giginya yang dah goyang..uiks..dah 11 tahun ada gigi bongsu lagi?? Aku dan Akak ketawa besar sambil perli dia..adik elok-elok na..takut tertelan gigi tu...Sipau geram betul dan mula sondol-sondol aku lagak nak menggigit. Aku buat teori bodo..budak-budak yang gigi rosak cepat..gigi kekalnya akan cantik tersusun...3 beradik tu sama..Sipau je gigi terlampau ok..gigi kekal tumbuh besar..yang gigi susu tak gugur..so berlapis sana sini...timbul lah cerita gigi Angah di gelar gigi ikan ..kecik sesangat..hahaha..berderaian ketawa kami...

Aku terus buka ceritera lama...kisah Sipau yang semasa kecilnya asyik nak aku kepit...kalau tertidur..tak sempat nasi dijerang kering dah bangun. Dia nak aku ada disisi..kepit dia..baru tidur...malam pun kekadang aku duduk peluk dia baru dia tidur..ngeri rasanya..terasa sangat siksa. Dia jugak tak mahu disentuh atau ditenung orang...terus meraung dan satu lagi kegiatannya yang masih aktif sehingga kini..menggigit aku..tak kira di mana..kami beli puting ganti badan aku...dia luahkan...dan Sipau terguling-guling ketawa mendengarnya.

Alang yang sedang sibuk..macam pekerja di ofis dengan facebooknya.. tumpang ketawa bila aku buka lembaran cerita lain...Alang tu 3 bulan pertama di rumah pengasuh..menangis je kerjanya..sampai pengasuh panik. Sakit selang 2 minggu sedut gas..asma..tak larat aku melawat hospital Jitra tuh.

Aku sambung pula cerita Angah...dia tak banyak kerenah. Tapi fizikalnya menyusahkan hati aku..betis sejengkal je..macam tak mahu besar dah..ingatkan nak jadi insan kerdil..hihihi. Tak cukup kalsium....jarang menangis..diam je...bulat dan hitam...jiran-jiran selalu puji dia... Aku bawa jumpa doktor..nasihatkan bagi minum susu Andec..baru ok...sekarang..tinggi melangit...kecik-kecik tak mau minum susu formula langsung...

Tak sempat nak cerita pasal Akak...tugasan kami dah siap...setelah solat zohor..sambil sangkutkan telekung dan sejadah..aku terasa sangat tersentuh bila teringat saat aku berkisah tadi..terimbau zaman aku memeluk terus-terusan anak-anak..asyik sakit..demam..dan dalam apa sahaja keadaan aku tetap di sisi ..sehingga aku terperok dan terperosok dalam dunia yang sangat sempit menghimpit. Rasa pilu mula menjengah...ngeri benar rasanya melalui zaman itu...hanya Allah yang maha mengetahui mengapa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...