Rabu, 19 Mei 2010

TELUS..

Pelajar baru telah memulakan sesi 2010/2011. Sebagaimana biasa... pelajar baru..pelbagai rupa..pelbagai ragam..Semester ni aku akan menghadapi 9 kelas..kalau genap 30 orang bermaksud..270 orang pelajar...alahai..tak tau lah macamana nanti.

Aku dah masuk 7 kelas..tinggal 2 kelas lagi esok...double period..Cuaca agak panas sekarang..aku pun kekadang rasa tak terharung 2 jam beterusan begitu..tetapi macam biasa..mulut ni memang jahat..dok sebut..tak larat tak larat..tetapi apabila mula mengajar..tak terasa masa berlalu...

Ada yang indah..ada yang gundah.. Bila tiba part imej diri..tajuk yang agak berat..aku mengambil peluang menduga..Minta 3 orang pelajar secara sukarela memperkenalkan diri..ada kelas yang berebut-rebut warganya mahu memperkenalkan diri...ada yang kalau ada cengkerang seperti sang penyu pasti menyorokkan kepalanya ke dalam..ada yang selambe badak buat tak dengar je...ada yang pura-pura mencatat..tak dongak kepala pun..dan dari situ aku kenal isi hati warganya..siapa mereka...rumusannya ada positif terhadap diri..ada sebaliknya...sangat negatif...tidak percayakan diri sendiri...

Kisah yang agak menarik dan menyentuh hati aku adalah kisah seorang pelajar lelaki dari Kelantan. Dia mengangkat tangan ingin memperkenalkan diri dengan sukarela. Wajah polos..kaya dengan senyuman. Rambut ala Naruto..bila ditegur dia tersenyum..gigi bersumbi manis.

Setelah menyebut nama...berkisahlah dia...inti bicara:

bapa saya seorang buruh binaan..
ibu... surirumahtangga...
adik beradik 6 orang..
anak kedua...
5 lelaki seorang perempuan..

haaah?...ramainya!...(spontan keluar dari mulut aku kerana aku memikirkan keadaan kewangan mereka yang tidak setara dengan bilangan ahli keluarga)

mak saya muda lagi puan..

aku tak dapat menahan ketawa...
betul telus budak ni...kata hati aku.

ok...ok...teruskan..hehe

cita-cita nak jadi jurutera...

dan ada hentian seketika..dia toleh ke arah aku
terasa aku nak tahu lagi tentang dia..

haaa...apa peristiwa paling manis yang pernah anda alami?

dapat keluar outing dengan kekawan hujung minggu hari tu..betul puan..saya seronok betul!

aku tak dapat menahan ketawa besar dan rakan sekelas pun ketawa berdekah-dekah..namun terasa berdetap dijantungku seketika itu juga...hai outing pun dia rasa sesuatu yang paling manis?

haaa...apa peristiwa yang paling pahit pulak.?

peristiwa saya terlanggar cermin di pasaraya dan terjatuh ketika naik eskulator di Pulau Pinang...

bergegar sekali lagi kelas...aku tersenyum menemani hilai dan ketawa rakan-rakan sekelasnya...saya minta mereka memberi tepukan dan bergemuruhlah sekelas. Aku ucapkan terima kasih dan tahniah atas ketelusannya... kepercayaannya terhadap diri sendiri dan kesudiannya berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan.

Sambil mengatur langkah meninggalkan bilik tutorial kepala aku ligat berfikir...ya Allah..telusnya anak ini...keluarganya tentu susah..baju dia pun aku lihat macam baju pinjam je..ketat dan sendat...sampai terbuka dibelahan dan butang.. . Mungkin dia tidak pernah keluar outing seperti orang lain..ni Pekan Changlun saje..bukan bandaraya Kuala Lumpur..tetapi rasa seronoknya terlalu.

Sampai ke kubikal aku terus melayani hati...betapa bersyukurnya aku...Allah menyedarkan aku bahawa ada insan naif yang akan bersama-sama aku sepanjang satu semester ini...yang perlu aku didik agar perjalanan hidupnya kelak setara dengan orang lain... dan semoga Allah memberi aku kekuatan membina tembok kematangan dalam diri 'mereka' ini...insyaallah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...