Rabu, 20 Mei 2009

KESAKITAN...

Si bongsu...dalam sakit hati sempat merakamkan gambar saya yang sedang berperang dengan dokumen...


Ekspresi wajah...menggambarkan perasaan sakit hati...hahaha

Kelmarin merupakan hari yang sangat menyengat. Gastrik saya menyerang semula....dah MC pun hari Isnin. Saya tak boleh bangun pagi itu...sakit yang sangat-sangat menyengat...hubby ke KL dan yang ada hanya si bongsu. Pagi itu tergambar kerisauan yang melanda perasaan si bongsu....kesian...terpaksa ponteng sekolah. Dia menjaga saya sesungguh...sampai nak bangun ke tandas pun ditanyai nak ke mana..hahaha

Dah berminggu-minggu saya tension. Kemuncaknya minggu lepas. Belum sempat berakhir datang pula yang baru...saya dilantik pula jadi setiausaha bengkel pelan perancangan strategik KMK. Ya allah...saya tidak terkata apa. Segala yang berat saya rasa terbeban di atas batu jemala. Hujung minggu ke sana ke sini dan ada tamu...hubby pula hantar fasilitator balik KL. Saya rasa dunia ni terlalu cepat berputar dan saya terbuai di dalamnya dengan memikul beban yang sangat berat. Akhirnya perut saya mula meragam. Tiada lagi keindahan dalam hidup...Sakitnya teramat...hanya tuhan yang tahu.

Hari ini audit dalaman ISO..dalam menyediakan apa yang patut..surat menyurat dan agihan tugasan kumpulan..terpaksa difikirkan. Buat kerja sambil menyambil. Teringat yang ini buat yang ini...teringat yang itu buat yang itu. Teringat pulak akak pagi tadi menelefon...nak exam...result yang lepas..teruk bukan main...Rasa nak pengsan dibuatnya...buat yang sihat mungkin tak mengapa tetapi bagi saya...al maklum sahaja

Si bongsu pula asyik menyungut nak cycling keliling kolej. Macamana nak penuhi tuntutan...perut saya sakit...puas pujuk suruh dia berbasikal sendirian sambil saya duduk di tepi longkang tengokkan dia. Saya bimbang akan keselamatan dia. Petang ni tak tau macamana. Saya sedang mencatat dalam blog ini dan dia menyiapkan kerja sekolah...tak sampai hati menghampakan. Sebelum balik nak masukkan memo di punch card. Alhamdulillah Yati ,Yan ,Odah n Ita sanggup membantu jadi AJK. Semua cekap belaka...thanx a lot kerana memahami..

Harapan saya...pihak pengurusan fahamilah keadaan saya..saya boleh bekerja tetapi ada had dan batasannya. Kalau saya tumbang nanti...siapa nak tengokkan si bongsu yang manja tu..hubby pun tak pernah tak sibuk..sibuk memanjang. Dahlah saudara mara jauh di sana. Keluhan hanya boleh saya lontarkan di sini.. kemana lagi...siapa yang mahu mendengar dan percaya...tiada siapa...kecuali Allah jua...doakan saya terus tabah menghadapi dugaan ini...insyaallah...

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...