menyulam rasa.. mengungkap cerita... di lembaran hati yang semakin kusam.. namun tetap setia meniti masa
Jumaat, 31 Julai 2009
YANG DEKAT...
Isnin, 27 Julai 2009
DI SUDUT HATI...
Isnin, 20 Julai 2009
PERSOALANNYA?
Puan..ada berapa orang anak?
K.ida...dah makan?
K.ida jangan nak sorok....tau semua..jangan nak tipu...
K.ida cantik tak baju baru kami?
K.ida jom makan tengahari...
K.ida dah berapa kali sebut nama Azmal hari ni ha?
Ibu...beli apa ari ni...
(soalan yang paling malas saya nak jawap...)
Ibu...kesian ibu kalau tinggal sorang dengan ayah je nanti kan...adik masuk asrama..ibu nak cakap dengan siapa nanti?
Ibu...ibu sayang kat adik tak?
Ibu...adik nak duit beli makanan kat kafe..
Ibu... sekarang nampak ibu selalu ketawa bila cakap tepon dengan ayah..dulu tak...
HARRY POTTER...
Sabtu, 18 Julai 2009
KOSONG...
Rabu, 15 Julai 2009
LUNCURAN....
Saya..macam biasa...tension juga.. tetapi ada perkara lain yang lebih berat dalam hati dan fikiran saya. Melayani fikiran sendiri lebih menarik perhatian saya daripada hal PTK ni...Jadi..saya hanya tersenyum sahaja melihat ada kekawan yang bercadang menangguhkan kepergian dan ada pula berkira-kira tak mahu pergi langsung. Dalam hati saya berkata...hai kalau nak bagi naik pangkat..bagi sahaja la..kenapa nak siksa kami seperti ini...betul la.. bukan senang nak jadi senang rupanya...
Cubic saya akan menjalani proses renovation...mungkin nak dianjak dan dikecilkan...banglo tu kan! Orang tengok pun kecik hati...jadi biarlah setara dengan orang lain. Rumah teres. Saya terpaksa berkemas esok. Pindahkan banyak barangan kesayangan saya..hem satu kerja pulak.Dalam cuti nanti kerja akan dimulakan...letih saya fikir...tak habis satu..satu yang lain
Komputer saya juga akan ditukarkan ..senior la katakan ...kena bagi komputer yang baru. Nanti merajuk pulak ooiii.... Sebenarnya sebelum sesi yang baru lagi dah nak ditukarkan ..tetapi saya menolak..kali ini takkan nak tolak lagi..nanti marah pulak orang. Orang berebut nak yang baru...saya berebut mempertahankan yang ada...Saya bukan berlagak tidak mahu yang baru..tetapi kedengaran banyak rungutan flat screen komputer ini bermasalah. Kaadang-kala masalah mencetak, virus dan sebagainya. Cuti ni pulak mungkin bermulalah kerja menyediakan slide dan kertas kerja...kalau meragam nanti...hem tanggung sendiri la oiii!!!!
Isnin, 13 Julai 2009
KEHILANGAN...
Ahad, 12 Julai 2009
PELABUHAN...
Sabtu, 11 Julai 2009
MUNGKIN...
mungkin...
medan penamat ini
memecah benak haru dan resah
nan saban hari bermain jauh
menyelusuk ke lembah nurani
nakalnya menyentuh kalbu yang semakin lebu
mungkin...
jangan mencari selongkar kenangan onar lagi
kerana pengakhirnya tetap bakal melakar ratap
mungkin...
kata hati patut diperhati
kata akal supaya tidak sesal
tinggallah helah pembawa lelah
dilurah fitrah
3.25pm 11 JULAI 2009
Jumaat, 10 Julai 2009
DEMAM...
Selasa, 7 Julai 2009
TERINGIN JADI ORANG MISKIN....
Tapi saya membisu sahaja..biarlah dia curahkan apa yang dia rasa.
Khamis, 2 Julai 2009
BAS... OOO... BAS..
Rabu, 1 Julai 2009
LAGU DAN IRAMA...
Saya bukanlah seseni allahyarham P. Ramlee yang boleh menulis lirik dan lagu...jauh sekali. Tetapi saya sangat berminat mendengar bait-bait dalam lagu dan lirik yang berkumandang di corong radio dan skrin tv. Percaya tidak...setiap hari saya akan mengambil masa mendengar lagu Pergi, Hanya Kau Yang Mampu, Dan Sebenarnya dan Big-big World dan lain-lain. Kerana apa ?..kerana lirik dan melodinya yang menyentuh perasaan saya.
Sejarahnya...saya adalah insan yang sedikit berseni. Semasa di kampus...bilik saya pusat kegiatan kesenian...buat jambangan bunga daripada tisulah, kertas dan sebagainya. Tempat buat kenduri pun ye jugak. Port supper lepas study...tapi bukan saya yang study...dia orang la..!Tempat mendengar lagu..sedikit nyanyian daripada Awa yang berasal dari Sarawak... seringkali jadi bahan usikan dan ketawa. Saya amat rindukan kenangan manis itu. Lagi-lagi Bad yang bergambar dengan saya di atas. Nerd tak nerdnya...ada lawak...orang dah habis ketawa baru dia perasan dan dia ketawa...hehehe
Saya mendengar lagu dan menghayati baris-baris baitnya. Ada masanya lagu -lagu ini mengembalikan banyak kenangan...kekadang membawa saya hanyut mencipta angan-angan dan membawa sedikit harapan masa depan. Terbawa-bawa sehingga kini...dah nak masuk 46 tahun pun. Masih belum sedar lagi tu...hehehehe
Masa yang berlalu banyak membawa perubahan dalam hidup. Daripada seorang yang sangat periang.. saya baru sedar bahawa di pertengahan usia.. saya berubah menjadi seorang perengus dan perasa. Menjadi perfectionist yang extrem...tak tentu pasalnya.
Saya sedang berusaha kini mengembalikan semula kehidupan riang yang pernah saya lalui...supaya jiwa saya...jika masih ada... hidup semula seperti remaja dahulu. Saya mahu mengundang keriangan melewati hujung-hujung usia. Teruja semula kepada kasih sayang dan kemanjaan...walaupun tak pasti bila kan kunjung tiba detik semanis itu.
Kerana itu...janganlah hairan jika saya sering mendengar lagu bermelodi sayu di kubikal...Saya cuma menghayati intipati liriknya dan menghayati keindahan iramanya. Mengenang apa yang patut saya kenang...bagai kata Aizat dalam lagunya...biarkan kenangan berbunga di ranting usia...biarkan...