Saya bukanlah seseni allahyarham P. Ramlee yang boleh menulis lirik dan lagu...jauh sekali. Tetapi saya sangat berminat mendengar bait-bait dalam lagu dan lirik yang berkumandang di corong radio dan skrin tv. Percaya tidak...setiap hari saya akan mengambil masa mendengar lagu Pergi, Hanya Kau Yang Mampu, Dan Sebenarnya dan Big-big World dan lain-lain. Kerana apa ?..kerana lirik dan melodinya yang menyentuh perasaan saya.
Sejarahnya...saya adalah insan yang sedikit berseni. Semasa di kampus...bilik saya pusat kegiatan kesenian...buat jambangan bunga daripada tisulah, kertas dan sebagainya. Tempat buat kenduri pun ye jugak. Port supper lepas study...tapi bukan saya yang study...dia orang la..!Tempat mendengar lagu..sedikit nyanyian daripada Awa yang berasal dari Sarawak... seringkali jadi bahan usikan dan ketawa. Saya amat rindukan kenangan manis itu. Lagi-lagi Bad yang bergambar dengan saya di atas. Nerd tak nerdnya...ada lawak...orang dah habis ketawa baru dia perasan dan dia ketawa...hehehe
Saya mendengar lagu dan menghayati baris-baris baitnya. Ada masanya lagu -lagu ini mengembalikan banyak kenangan...kekadang membawa saya hanyut mencipta angan-angan dan membawa sedikit harapan masa depan. Terbawa-bawa sehingga kini...dah nak masuk 46 tahun pun. Masih belum sedar lagi tu...hehehehe
Masa yang berlalu banyak membawa perubahan dalam hidup. Daripada seorang yang sangat periang.. saya baru sedar bahawa di pertengahan usia.. saya berubah menjadi seorang perengus dan perasa. Menjadi perfectionist yang extrem...tak tentu pasalnya.
Saya sedang berusaha kini mengembalikan semula kehidupan riang yang pernah saya lalui...supaya jiwa saya...jika masih ada... hidup semula seperti remaja dahulu. Saya mahu mengundang keriangan melewati hujung-hujung usia. Teruja semula kepada kasih sayang dan kemanjaan...walaupun tak pasti bila kan kunjung tiba detik semanis itu.
Kerana itu...janganlah hairan jika saya sering mendengar lagu bermelodi sayu di kubikal...Saya cuma menghayati intipati liriknya dan menghayati keindahan iramanya. Mengenang apa yang patut saya kenang...bagai kata Aizat dalam lagunya...biarkan kenangan berbunga di ranting usia...biarkan...
wah dah layan lagu lama lak....join the group.
BalasPadamSalam....wah Da kau n memang sentmental. Aku ngat aku Dayang Kenangan rupanya kau Noor Kenagan. Anyway akupun serng terngat saat-saat mans semasa d UKM dulu. Apa khabar agaknya Kak An kak Yana,Ita, Syam, Badar dan rakan-rakan kta yg lain. Rndu rasanya.
BalasPadam