Yati dan Razak sedang memantau persiapan dewan...saya curi snap...Razak tu malu...sebelah tu Kak Yati je..malu apa...sedang bincang nak carikan jodoh untuk u la kotnya...hehehe
Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KMK 2009
Hooray!!!!!..tamat lagi sebuah bab kerja buat saya yang kerdil ini...alhamdulillah. Rakan-rakan yang berjaya mencipta nama sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sudah pun menerima anugerah masing-masing hampir jam 4.00 petang tadi dan saya tumpang gembira kerana ini menandakan tamatnya tugas saya sebagai penolong pengurus penerima anugerah. Bantu rakan saya Noryati. Nampak kelibat bas ni..teringat adegan kejar mengejar bas tadi. Saya dan Yati ditinggalkan bas...sepatutnya kami pun naik mengiringi penerima anugerah...malangnya driver bawa terus mereka dan Yati terlompat-lompat...dan saya berkejaran ke patio ..saya puas gamit ...macam orang gila...siapa pun tak perasan. Last-last saya dan Yati jalan terkocoh-kocoh bagai nak rak ke dewan...hehehe. Adegan ni sampai mati pun boleh ingat ooo... Sebenarnya..setiap kali kami berdua digandingkan bekerja ada sahaja peristiwa lucu...dengan sinsing kainnya cari sofanya ...air water fountain membuak keluar sejurus sebelum taklimat bermula...macam-macam hal...semua last minute . Ini kes bas pulak....Pengarah dan Ketua Jabatan pun gelakkan kami...kahkahkah
Terima kasih saya ucapkan kepada Nora Dan Rose kerana membantu menyampaikan cenderahati. Hei...saya yang buat jambangan bunga tu tau sampai jam 12.00 tengah malam. Habis luka ibu jari tercarik dawai...tapi bak kata orang...luka di jari nampak berdarah...luka di hati siapa yang tahu...ewah-ewah. Anyway thanks...mmmmuuuahhh luv both of u...
Ni...gambar sensasi rakan seblog saya ummi...yang tudung meroon tu. Anak 8 tapi cum melecun lagi. Nak jugak tau rahsia dia. Kalau nak tau dia ni dah tak tau berapa kali naik stage terima anugerah. Di sekolah dulu dan tahun ni di sini pulak. Ye lah..kalau kerja dengan hati yang ikhlas...insyaallah ganjarannya berlipat kali ganda. Sebelah ummi tu Raihan dan Rusman...muda lagi tapi sumbangan dan bakti dah melimpah ruah. Raihan tu anak buah saya semasa saya jadi penyelaras jadual waktu...sekarang tak lagi...saya dah di poskan ke stesen lain. Stesen apa???Macam-macam...tak tahu nak sebut yang mana..hahaha. Ish...lupa sebut nama Kinah..kat hujung senyum dari telinga ke telinga tu la dia. Banyak bantu saya semasa mempengerusikan jk LDK dulu.
Ucapan tahniah saya titipkan buat semua...penat lelah rasa berbaloi hari ini melihat kekawan gembira. Sayang gambar saya dan Yati terdelete semasa saya edit gambar dalam handset...hish..al maklum...telefon baru...boleh edit mengedit gitu..sampai terdelete habis semua... Semoga bakti suci terus disemai...saya pohon mengundur diri...ni baru balik shopping...tension hubby pergi Penang tak balik-balik lagi ni...huhuhuhu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan