Memulakan langkah pertama memang gayat. Begitulah perasaan anak kecil yang baru mula berjalan jatuh. Antara mahu berdiri dan berjalan...tersilap langkah ...tersadung lalu jatuh...mengakhirinya dengan tangisan. Terlepaslah segala rasa sakit dan gayat itu
Saya juga baru memulakan langkah pertama..dengan hati yang sangat berat hari ini. Apa lagi setelah beberapa malam tidak dapat tidur lena..menjaga anak-anak yang sakit itu dan bermimpi pula yang bukan-bukan...mencari sesuatu di dalam mimpi...amat meletihkan apabila bangun di pagi hari.
Dari jam 8.30 pagi dan berakhir jam 4.15 lebih kurang kami berbengkel dan akan berterusan selama dua hari lagi. Saya pula terpaksa bergerak ke sana ke mari menyediakan peralatan yang perlu..memanggil peserta yang kelewatan dan keciciran maklumat...aduhai sangat-sangat memenatkan. Saya terpaksa melupakan kesakitan yang saya rasa sehinggalah denyutnya menyentap ulu hati saya petang tadi tatkala menghantar akak pulang. Saya diamkan sahaja...seperti biasa malas mengambil hirau..meminta hubby singgah di farmasi membeli ubat yang telah habis bekalan...sampai bila saya harus bergantung kepada ubatan??..hanya allah yang tahu. Saya sedar kesannya agak negatif..namun saya tiada pilihan lain...
Setibanya di rumah saya tidak berdaya nak berkata lagi..walau si bongsu merengek nak membeli itu dan ini.. saya berhenti melayani. Saya cuma mengadoi sedikit supaya dia segera sedar..saya tidak sihat. Sebaik selesai sembahyang asar saya baring sebentar mencari ruang melepaskan rasa sakit yang menjalar ke seluruh tubuh. Tanpa disedari airmata jatuh setitis demi setitis...
Sepanjang perjalanan menghantar Akak tadi saya terpaksa menahan apa yang dirasa..merenung keluar jendela kereta..melihat kehijauan alam..mencuri pandang dari cermin sisi akan Akak yang saya kasihi. Harapan tersandar kini di celah daunan yang sangat lembut terbuai ditiup angin...hanya takdir allah yang menentukan..saya amat bimbang...
Badan yang letih..sakit...terasa terbuai sahaja apabila melangkah ...yang tergambarkan hanya lorong yang gersang dan panas..sunyi dan sepi. Itulah perasaan saya kini...mencatat jua..ingin berbicara...tanpa nada..tanpa suara...saya benar-benar kehilangan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan