Semoga hati semekar bunga di pagi hari...
Salam buat isi alam pada pagi Jumaat yang indah ini. Semoga hari ini terus cerah sehingga melewati senjanya
Kelmarin dunia serba kelam. Esei dah nak sampai 10 halaman dan saya stuck di situ sahaja. Cuba dan terus mencuba , memerah isi kepala dan menyelusuk ke segenap ruang otak tiada ketemu kelibat rahsia isi esei itu. Entah kenapa. Semangat ada.. dah saya pulak black out. Jam 10.00 saya matikan laptop...merenung laptop hitam ...macam biasa sambil mengesat airmata. Ya allah apa sebenarnya di sebalik semua ini. Saya tidak pernah mengalami kebuntuan begini. Lakaran isi semua lengkap berserta segala bahan...tetapi allah tidak mengizinkan saya terus menulis...
Saya bangun mencari soalan..tenung dan tenung segala isi soalan. Berpatah balik ke soalan satu yang pada mulanya ingin saya jawab tetapi kerana ketidakpastian saya tinggalkan sahaja. Bahan rujukan sedia terdampar di atas meja. Saya renung dan baca apa yang ada...terdetik dalam hati...mengapa saya mencari yang jauh sedangkan yang dekat ada...akhirnya saya ambil keputusan ...inilah soalan yang sebenarnya perlu saya jawab
Mungkin benar kata orang...kita senantiasa mencari-cari apa yang ada pada orang lain...sedangkan apa yang ada pada kita sendiri kelibatnya pun tidak kita pedulikan. Hari ini saya bertekad untuk menyiapkan tugasan itu...saya cuma mampu berdoa semoga allah terangkan hati saya..suluhlah jalan yang benar buat saya...hem..ngantuk ni...kelmarin jam satu baru tidur...nak take a nap sat...bye..salam sayang buat semua yang dikasihi...doakan saya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan