Ahad, 12 Julai 2009

PELABUHAN...


Terlalu banyak perkara yang berlaku lewat minggu ini..membuat saya begitu lelah. Terasa hingga ke urat nadi sakitnya.

Pagi tadi ke pejabat dalam keadaan bungkam..mengenang apa yang telah berlaku penghujung minggu. Kejadian Angah pengsan, Akak pun di bawa balik kerana demam, Alang ke hospital ditemani guru kerana diserang athsma...PTK pula tak lama lagi akan menjelang...yang mahu tak mahu terpaksa saya harungi jua. Akak masih di rumah hari ini. Sebelum senja menjelang tadi baru tiba dari menghantar Angah pulang semula ke asrama. Akak akan saya hantar pulang esok kerana dia masih belum sihat. Petang tadi Akak menangis kerana saya pasrah menasihati tanpa selindung lagi tentang kedudukan pelajarannya sekarang. Wahai anakku..ibu cuma mengusaha yang terbaik buatmu...

Saya fikir setelah anak saya meningkat remaja fikiran akan menjadi semakin ringan. Saya tidak pernah menduga..detik-detik cemas kembali melingkari hidup saya. Apabila mereka jatuh sakit saya terpaksa berjaga malam..menjadi super woman seperti dahulu dan juga road runner berkejar ke hospital dan klinik selang beberapa hari.

Entah yang ke berapa kali saya mahu menyatakan allah sedang menguji saya... saya yang sedang hanyut diamuk keghairahan duniawi. Mungkin tiba masanya saya berundur setapak demi setapak kerana amaran keras allah sudah semakin jelas. Kerana allah menyayangi saya...saya kira...

Pintu taubat senantiasa terbuka...saya harus beransur kembali ke pelabuhan. Jalani hidup seperti biasa walau sedikit derita...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...