Subuh kelmarin amat menggemparkan kami bertiga beranak...angah pengsan sewaktu hendak mengambil wuduk sembahyang subuh. Nasib baik saya berada bersamanya ketika itu. Sempat saya paut badannya...saya ingatkan saya masih boleh memapah keluar dia..saya terlupa yang dia dah semakin remaja...tinggi dan tak terdaya saya. Hubby segera datang dan saya tidak tahu nak buat apa selain menangis dan memanggil namanya...dia dalam keadaan sedar tak sedar dan hubby saya suruh basahkan towel dan jerlum dia...bila dia dah sedar kami bawa ke ruang tamu..suruh dia rehat...dalam pada tak berapa nak sedar..dia asyik berkata...tak pa ibu...tak pa...ok dah..sedih saya...Kami bawa ke hospital Jitra
Dia dah demam dua hari..tapi kali ini tidak ke hospital. Selalunya dia pergi sendiri...kerana bersekolah di Sek. Sains. Perlis. Memang sekarang pelajar di sana diserang demam campak. Saya lihat rashes dah penuh di muka dan badannya. Itupun dalam telefon dia kata dia saja nak call saya..nasib baik saya terdetik tanya..Angah demam ke?..baru dia mengaku dan saya buat keputusan untuk membawa dia pulang. Dan malam tu...demamnya memuncak. Nasib baik saya tidur bersamanya...saya amat bimbang.
Hari ini...alhamdulillah dah beransur pulih sedikit. Dr. suruh minum banyak. Ujian denggi negatif..alhamdulillah. Itu yang saya takutkan. Tengok dia masih demam panas kelmarin saya buatkan air yasin dan ayat lima belas...berkat doa ibu mungkin ...tak lah panas sangat badannya kelmarin dan rashes dah mula hilang. Pagi ni saya mandikan dia...menitis airmata saya...dah bujang rupanya anak saya ni dalam diamnya..dan dalam pada itu..ibu masih perlu menjagainya seperti zaman kanak-kanak dulu. Bagaimana dulu begitulah sekarang...bila sakit...dia berdiam diri je..mengadu sakit apa pun tidak...
Saya suruh dia rehat. Peperiksaan semakin hampir...Apapun saya bersyukur kerana segala-galanya ini ada hikmah di sebaliknya. Sekiranya terjadi semasa hampir peperiksaan PMR kan susah. Allah telah merancang yang terbaik untuk saya mungkin ...dugaanmu adalah peringatan besar buatku ya allah..ampunilah dosa-dosaku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan