Rabu, 15 Julai 2009

LUNCURAN....


Episod berbengkel sudah tamat petang tadi. Terasa sedikit lega..tetapi menghambat pula yang lain..PTK..surat masih belum tiba..online pun masih tiada kepastian. Tuan pengarah memberi taklimat..menakutkan,,,semua peserta bengkel kelihatan down selepas taklimat jam 12.30 tadi. Menyesal pulak saya menjemput pengarah hadir jam 11.30 pagi... bila down..suasana jadi tegang dan muram..tak sangka la pulak

Saya..macam biasa...tension juga.. tetapi ada perkara lain yang lebih berat dalam hati dan fikiran saya. Melayani fikiran sendiri lebih menarik perhatian saya daripada hal PTK ni...Jadi..saya hanya tersenyum sahaja melihat ada kekawan yang bercadang menangguhkan kepergian dan ada pula berkira-kira tak mahu pergi langsung. Dalam hati saya berkata...hai kalau nak bagi naik pangkat..bagi sahaja la..kenapa nak siksa kami seperti ini...betul la.. bukan senang nak jadi senang rupanya...

Cubic saya akan menjalani proses renovation...mungkin nak dianjak dan dikecilkan...banglo tu kan! Orang tengok pun kecik hati...jadi biarlah setara dengan orang lain. Rumah teres. Saya terpaksa berkemas esok. Pindahkan banyak barangan kesayangan saya..hem satu kerja pulak.Dalam cuti nanti kerja akan dimulakan...letih saya fikir...tak habis satu..satu yang lain

Komputer saya juga akan ditukarkan ..senior la katakan ...kena bagi komputer yang baru. Nanti merajuk pulak ooiii.... Sebenarnya sebelum sesi yang baru lagi dah nak ditukarkan ..tetapi saya menolak..kali ini takkan nak tolak lagi..nanti marah pulak orang. Orang berebut nak yang baru...saya berebut mempertahankan yang ada...Saya bukan berlagak tidak mahu yang baru..tetapi kedengaran banyak rungutan flat screen komputer ini bermasalah. Kaadang-kala masalah mencetak, virus dan sebagainya. Cuti ni pulak mungkin bermulalah kerja menyediakan slide dan kertas kerja...kalau meragam nanti...hem tanggung sendiri la oiii!!!!

Dalam perjalanan pulang saya singgah di kolam air terjun berhampiran serambi pelajar. Si bongsu masuk ke banquet..jadi saya mencuri peluang duduk di birai kolam buatan itu. Air yang meluncur laju kelihatan sangat jernih...dan ikan di dalamnya berenang manja menghampiri saya. Terlintas nak snap gambar dan dalam sekelip mata ikan-ikan tu hilang menyorok ke dalam batu. Nampak sejuk dan nyaman berada di dalam kolam. Alangkah baiknya kalau saya dapat berenang sama..tidak perlu fikirkan kerja...masalah dan segala-galanya. Ikan sangat sinonim dengan diri saya ...kan saya berbintang pieces...ikan yang sangat sensitif dan perasa.

Air yang meluncur laju itu saya rasa bertambah deras deruannya apabila saya duduk di tepian kolam sambil merenung jauh...kelihatan berkilauan, sesuci dan sejernih kasih...saya terpana sendirian...ya allah....aiyaa apek...tolong saira!!!!!

2 ulasan:

  1. gudluck Long dgn cubic baru.hehe. gudluck gak dgn PTK. naik pgkt, blanje chik ye.hehe..=)

    BalasPadam
  2. cubic tak jadi renovate...le
    ga. Harap PTK tunda...not prepared...banyak benda tengah fikir...insyaallah kenduri lagi..kahkahkah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...