Isnin, 29 Mac 2010

ZALIM...

Saya menulis ni sambil mendengar lagu 'pergi' nyanyian Aizat. Cukup menyentuh hati...dari dulu lagi saya suka lagu ni..tak tau lah kenapa...

Terpanggil untuk menulis pagi ini. Baru jam 10.33 pagi..sebenarnya banyak kerja yang perlu dibuat sebelum bercuti...tetapi hari ini mood saya beralih...pagi tadi tolong ambil stok barang unit dan selepas itu pulak dok membelek pokok-pokok di kubikal Nora (cuti bersalin) dan saya sekali...dah kering air semuanya...kalaulah pokok tu boleh bercakap dah disumpah seranahnya saya..zalim sesangat pun..

Sekadar pokok tak mengapa lah kot..janganlah kepada manusia pun kita 'zalimi'. Menzalimi ini tidak perlukan pukul terajang sebenarnya...kerana ramai di kalangan kita yang masih berfikiran kuno yang memberi konotasi tersebut. Kini..semakin ramai manusia yang menzalimi oran lain dengan mendera mental mereka...memunahkan sebahagian daripada kepercayaan dan harapan yang mungkin diletakkan sepenuhnya kepada empunya diri.

Saya sangat suka memerhati..sangat suka berempati dan sebenarnya sangat sakit jika 'rajin' sangat berbuat begini. Banyak hati yang telah berkecai cuba dicantum semula...ada yang tercantum tetapi parutnya kekal ada...kalau parut ada dikulit luar ni ...bolehlah sapukan krim vitamin E supaya cepat pulih semula dan parut boleh hilang...kalau di hati...krim serba mak nenek tidak akan dapat memudarkan parut yang ada. Malah ada yang kembali berdarah jika dizalimi secara mentalnya.

Kekadang saya pun tidak faham ..adakah pelakunya tidak sedar atau buat-buat tidak sedar bahawa dia telah menzalimi seseorang yang pernah dikasihinya. Atau adakah..sebenarnya dia tidak kasih tetapi sengaja buat-buat kasih untuk tujuan tertentu..atau mangsa itu 'perasan' yang dia dikasihi padahal sebenarnya tidak wujud pun kasih itu di hati pelakunya..oooiiii...bersegi-segi kepala saya memikirkannya. Sebenarnya terlalu banyak tanda tanya bermain bebas di kepala saya...

Saya sering tersenyum sendirian apabila menyedari...aku sebenarnya berfikir 'atau'..atau..'
atau' yang bersegi-segi ni buat ape? seolah mahu menzalimi diri sendiri...cuba menyelesaikan masalah yang tak mungkin selesai selagi ada makhluk bernama manusia zalim di muka bumi ini...manusia yang suka mengambil peluang memperdaya dan menjerat perasaan insan yang sangat lemah...

Berhentilah daripada 'menzalimi' sesama insan. Cubalah kita letakkan diri kita ditempatnya..andainya terjadi kepada kita sendiri...bagaimana agaknya perasaan kita? Kalau rasanya kita sendiri tidak sanggup menghadapinya...jangan punah ranahkan hidup orang lain..jangan zalimi mereka...ececeh..amendenye ni mek wei????

Sabtu, 27 Mac 2010

CERITERA EKSEKUTIF MUDA






Kelmarin saya menghadiri majlis makan malam...Malam Eksekutif Muda Pelajar Perakaunan Sesi 2009/10 di Darulaman Suite.

Hem..majlis ringkas..tidak meleret..just nice. Yang saya tak sangka ada pulak Red Carpet menanti..terakam dan dipancarkan secara langsung. Sampai je..disambut suami..kerana dia pengerusinya..saya ,Akak dan Sipau masuk..ingat-ingat malu jugak...semua nampak kami dari dalam dewan..ye lah..student bukan tahu pun saya dan En. Azmal mereka tu suami isteri...alih-alih...suami saya sauk tangan saya...terkejut beruk pe? hehehehe.

Sampai ke hari ini Sipau asyik complain..mengapa ayam dia kecik sangat?..tak kenyang..heh..anakku..untuk makanan barat ...RM27.00 tu dah cukup murah..ada muchroom soup..salad..ayam grill...bun..nasi goreng...dessert lagi...ai adik..nak ape lagi?...kenyang dah tu. Saya sebenarnya pun tak berapa kenyang kerana jadi juri dan melilau cari prince and princess of the night...fening...

Pelajar-pelajar akaun bukan pelajar saya...jadi relax..tak payah bergambar sakan dengan mereka. Mereka nampak excited sangat..berbaju kebaya..kurung..suit dan semua nampak kacak dan bergaya...bergaya..bergaya lah jugak...buku dah baca ke???....Yang agak mengharukan adalah ucapan En. Fuad..rakan lama kami sejak dari di UUM pindah pula ke matrik Arau..dan task force pula di KMK...dia akan berpindah ke Perak..untuk mengisi jawatan Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas dan memangku jawatan Timbalan Pengarah di sana..tahniah saya ucapkan walau pun dalam sedih ni...huhuhuhu
Apapun saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana perjalanan majlis yang lancar ...walaupun petang tu suami saya naik berang settlekan banyak problem dengan pihak hotel...orang jarang marah..sekali marah..menakutkan rupenya...cit...idaaaaa..watch out! kuang..kuang..kuang

Khamis, 25 Mac 2010

YANG TIDAK DAPAT DIBELI...

Birthday girl..Sipau le..sape ke agi????


Minum pagi..sedapnya masih terasa hingga kini..Sipau bedal ayam goreng..masih panas..

Angah pun rancak makan..curi ayam goreng Sipau..hehehehe


Puas hati nampak!....di A&W...just burger sorang satu dan root beer 3 gelas

Baru aku sedar...hitam dan tuanya aku...aiyaa!!!!

Pengalaman hidup tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Pun tidak dapat ditimba dari cerita orang lain...walau didengar mahupun dibaca...tidak sama sebagaimana dilalui sendiri.

Sudah menjadi kebiasaan anak-anak saya menjamu selera di restoran. Daripada sebesar-besarnya sehingga sekecil-kecilnya..tetapi yang kecil pun adalah di restoran Ala Thai. Ibu mereka ni kan rajin masak di kedai..jadi mereka pun dah boleh adaptasi makan di kedai selalu..hehehe

Namun pengalaman urusan makan memakan di Kelantan hari tu agak unik sedikit...saya tersenyum lebar di hati tengok anak saya agak kekok..sering membesarkan biji mata mereka yang dah sedia besar tu kerana terpaksa sesuaikan diri dengan keadaan 'nak' makan di sana.

Soal menu dah sepasal. Nasi kerabu, dagang, berlauk...puding tembikai, akok, taik itik...satay perut ayam (saya tak berani mencuba yang ni), ayam percik, sotong sumbat, laksam...wei ada budu pulak..fuhh..memacam lagi yang tidak tersenaraikan.

Memalam buta first day sampai pergi cari makan...Pn. Timbalan..orang Kelantan..boleh lah jadi tourist guide..bawa makan kat 'pasar malam'..tempat kat tengah pekan..tapi kalau pergi sekali lagi saya tak akan jumpa kat mana..ish..berat tu. Nampak orang ramai..anak-anak sangat tidak selesa..masing-masing kerut dahi...saya buat-buat confident..padahal saya pun takut nak makan macam tu..selama bermastautin di Kelantan saya tidak pernah makan di pasar malam begitu..beli bawa balik adalah sekali sekala.

Lastly jumpa gerai jual pelbagai nasi dan nasib baiklah ibu mithali ni pernah ajar anaknya makan nasi kerabu. Kami membungkus seorang sebungkus..nak makan di mana? Pn. Timbalan kata..duduklah di mana-mana meja..boleh buka bungkus di situ dan makan..kami ternganga gak dengar...kalau di sebelah sini...dah lama kena halau. Betullah...kami makan dengan aman..suami saya makan nasi berlauk..begitu juga angah dan Sipau...Pn. Timbalan dan Kinah serta kami bertiga makan nasi kerabu. Kami order air dan mata saya melilau tengok orang yang lalu lalang..tak biasa dengan keadaan ni..apapun habis nasi sebungkus...sedap..makan sambil sembang panjang...kami beredar dan pergi tengok pakaian pulak di pasar malam..tetapi cuma sehelai tudung sahaja yang terbeli..cantik..tu..yang pink Sipau pakai...harga..lebih kurang di Kedah sahaja.

Pagi esoknya kami keluar cari makan lagi... saya sempat snap gambar. Kami ke gerai kecil di sudut deretan kedai..rendah dan saya terpaksa menundukkan kepala. Anak-anak saya bagai rusa masuk kampung...nak duduk macamana ni ibu?...saya geram juga..suruh duduk saje...di kedai tu cuma jual air , roti canai dan nasi lemak. Saya beli nasi di sudut jalan (kalau di Kedah saya tentu tak tergamak nak beli). Ramai pelanggan. Ingat nak makan nasi dagang..dah habis dan saya minta nasi putih dan ayam kerutup..jarang ada di Kedah.

Kami makan pelbagai jenis makanan...dari kekok jadi ok..tengok ramai orang yang keluar masuk kedai tu. Sedap juga dan licin pinggan. Suasana sempit dan anak-anak saya mula-mula nampak sangat tidak selesa..cari tempat nak basuh tangan..apa lagi di kedai..tetapi boleh pulak beli kedai lain..buka bungkus di kedai tu..hem..pengalaman baru buat mereka..kami beredar dan shopping sikit kat pasar Siti Khatijah.

Petangnya setelah shopping sakan di Parkson..duit hadiah Along dan Angah..dan hadiah dari Angah buat Sipau..sempena birthdaynya yang ke 11..sepasang kasut Caspia (Angah limitkan bawah R50.00..dia beli RM 59.90..jadi Angah suruh pulangkan RM10.00..weh skema betul putera ku itu..hihihi) Kami kembali lapar dan makan pulak di A&W. Haaaaa...anak-anak saya tersenyum lebar..lega agaknya..tak payah tumpang menumpang kedai..cari kerusi..hehehehe. Mereka makan dengan lahapnya dan nampak puas sekali.

Saya sangat berpuashati dengan percutian kali ini. Walaupun masa agak singkat...saya dapat mendampingi anak-anak saya sepenuh masa...bergandingan berpegang tangan dengan mereka...banyak pengalaman baru mereka timba..termasuk makan jagung rebus yang direbus dengan kulitnya..selalunya saya bogelkan jagung tu baru rebus!...Pulangnya kami semua dengan senyuman..selamat tinggal Kelantan Darul Naim..insyaallah kami akan datang lagi..terima kasih kerana mengajar anak-anakku erti hidup di rantau orang....SMIP..aku lupa lorong di mana kau berada..maafkan daku..apapun kau tetap terpahat di hatiku...fewwwwttt..

Selasa, 23 Mac 2010

YANG DATANG DAN PERGI....



Anak-anak yang dikasihi ...sesi 2009/2010

Setiap akhir sesi..adegan ini akan kelihatan...dan kata-kata ini akan muncul dan menjadi bahan ketawa....wei..mana Puan hah?. Sibuk berkumpul..dalam gelak ketawa..mencari Puan tua ni ..entah di mana terperuk..ye lah..dah sama besar dan ada yang besar lagi dari Puannya..kihkihkih...

Mereka datang dan pergi bagai mentari pagi yang terbit ceria dan menghilang kala senja menjelang. Meninggalkan bekas-bekas rindu dengan rakaman wajah indah, mulus dan tulus...'anak-anakku' semoga anda semua berjaya mencapai cita-cita...jangan lupa kat Puan tua yang complicated ni tau...wei..mana dapat label complicated tuh?
ada student maklumkan kepada saya ...
mama saya pun macam puan..complicated..saya beritahu mama ..Puan yang ajar Kemahiran Dinamika tu sebijik macam perangai mama..
mama dia respon...
eloklah tu...bolehlah share perasaan dengan anak dia...
saya ketawa besar...sambil sambung lagi pelbagai perangai mamanya yang sama dengan saya...

Rupanya mereka labelkan saya Puan Complicated...haaaaa..puas hati...stress kot dapat ibu seperti saya ni ye...hahahaha..dunia..dunia...

Isnin, 22 Mac 2010

DILEMA DIRI...

Tulislah segala kejahatan di atas pasir kerana angin akan membawanya pergi akan tetapi pahatlah segala kebaikan di atas batu kerana tiada apa yang boleh memadamkannya.

Sepanjang perjalanan melayari kehidupan ini rupanya terlalu banyak dugaan dan galangan yang dihadapi. Terkadang membuat kita menjadi manusia yang paling keji dan jahat..berhati kering...hilang punca ...dan akal sudah tidak boleh memainkan peranan rasionalnya. Hidup semakin hari semakin pandai bermain sandiwara...kerana sudah semakin sukar berkata benar sehingga kita tidak dapat lagi mengelak daripada menjadi pelakon jalanan.

Namun dalam melakonkan sandiwara itu..bukan tidak ada sekelumit hati yang masih bersih dan suci. Walaupun jika mahu dicari terpaksa disiat dan dikerobek di sana sini mungkin baru boleh diketemu..namun saya pasti ianya masih ada. Secebis jiwa yang sangat suci dan lembut sehingga jika disentuh terasa sejuk dan dinginnya menusuk jauh ke sanubari...

Sesungguhnya terlalu banyaknya manusia yang mengalami dilema diri sebegini..mahu dikatakan baik..sesungguhnya ada wajah hitam disebaliknya... mencipta pelbagai onar dan tanpa sedar barangkali ..telah menghancur punahkan hidup dan jiwa orang lain . Sebaliknya ada manusia berwajah hitam dan muram dan yang dikatakan jahat...rupanya dia senantiasa menyorokkan tangannya sambil menghulurkan bantuan kepada orang lain...ikhlas mencipta perasaan tanpa mengharapkan balasan.

Sebagai manusia biasa kita tidak sunyi dari berbuat dosa...siapa yang tidak pernah berbuat dosa..sila angkat tangannya!...beranikah tuan-tuan dan puan-puan mengangkat tangan? Saya rasa tentu tidak..saya sendiri pun tidak berani...kerana walaupun sekadar terniat dihati untuk berbuat jahat ..itu sudah dikira berdosa....

Oleh itu bak dikata..segala keburukan kita sesama manusia ini harap diampuni..kalau pernah mendendami...segeralah kita padamkan..bagai kita menulis sesuatu di atas pasir ..biarlah terpadam apabila dibawa angin pergi. Sebaliknya segala kebaikan... simpan dan pahatlah di hati bagai memahat sesuatu di atas batu ...biar ia kemas bersemadi hingga ke mati...Saya adalah sebahagian daripada manusia itu...mengharapkan semoga insan-insan yang pernah mengenali diri saya..maafilah segala kekhilafan yang pernah saya lakukan..biarlah kekurangan itu dibawa angin lalu...dan andainya ada... walau sekelumit kebaikan yang saya lakukan biarlah tersimpan kemas di hati ...sehingga kita dijemput 'pergi' untuk selama-lamanya....

Ahad, 21 Mac 2010

KEBENARAN...


Saya terjaga hampir jam 6.00 pagi..terasa sakit urat dan nadi...mungkin kerana perjalanan jauh atau mungkin terlalu banyak perkara bersarang dalam kepala...terutama soal Akak yang akan melanjutkan pelajaran.

Saya sudah puas melayari internet bersama Akak. Sudah puas memberi suggestion apa yang terbaik..sudah puas berfikir dan serasa semakin mual perut ni. Saya tidak boleh berada dalam keadaan stress begini. Ada orang kata..jangan fikir sangat..biarlah dia buat pilihan sendiri..tetapi kalau tersilap pilih yang susahnya balik kepada saya juga..seperti keputusannya mahu masuk SBP dulu..akhirnya mengikat dan menjerut dirinya dan saya terheret sama...Saya sudah sepatutnya berhenti mengadu hal kepada orang lain kerana orang lain pun saya fikir sudah jemu mendengar dan semakin malas melayan..saya harus selesaikan masalah ini dengan cara sendiri walaupun mungkin cara saya berfikir agak konservatif...

Kelmarin Saira sempat hubungi saya...things getting better saya harap. Cuma yang saya sempat quote adalah usahanya untuk melupakan. Dia dah padamkan semua gambar dan kenangan Husaini yang ada tersimpan. Suara agak serak...lepas menangis barangkali..tetapi saya fikir semangatnya semakin kuat menghadapi dugaan. Saya pun tak banyak menasihati...kerana fikiran saya pun celaru...cuma yang menyentuh hati saya akan kata-katanya di akhir perbualan...Ida...aku boleh menipu semua orang di dunia tentang perasaan aku ni... tetapi aku tak boleh menipu diriku sendiri sehingga ke akhir hayat ...benar..sesungguhnya itu adalah kenyataan tanpa penafian...hemmmmmm...saya menarik nafas panjang yang amat dalam sedalam lautan perasaan Saira yang tidak terselamkan...

Sabtu, 20 Mac 2010

BIRUNYA LANGIT...











Sepanjang perjalanan melontarkan pandangan keluar jendela...melintasi Banjaran Titiwangsa..menyeberangi Tasik Banding..menelusuri Pantai Cahaya Bulan (yang tidak seindah dulu)...ada masa langit membiru..ada masa langit kelabu..ombak kuat memukul pantai tiada henti...bagai hati yang ada kalanya membiru ..kelabu..dan dipukul badai..hemmmmmm...
Saira jom ke Pantai Cahaya Bulan!...kita angkat batu-batu tu letak ke tepi..biar ombak sampai ke daratan...oppsss kita bukan sezalim itu..betul tak?

Rabu, 17 Mac 2010

'MEREKA'...

Saya terlupa jam berapa kami sampai. Tapi dah rehat agak lama. Anak-anak seronok..Pipa terutamanya..melompat..menari dan ketawa terkekeh-kekeh..siap menari sakan lagi...Angah asyik memeluk Pipa ..kelihatan geram sangat dengan adiknya yang gebu itu..dipeluk dan digigit manja. pipa menjerit pekik...saya tumpang ketawa.

Perjalanan yang panjang dan meletihkan..tak kisahlah..janji dapat keluar dari rumah yang dirasakan semakin hari semakin menjadi penjara buat kami. Tak dapat nak ke mana. Balik kerja dah lewat petang..masak..makan..lipat kain...rutin yang tak habis-habis...sangat menjemukan,

Saira sms dalam perjalanan tadi...dia kata keadaan semakin ok. Dia hantar fotonya yang terkini. Nampak cengkung dan tak bermaya. Rambutnya pun semakin panjang ..anyway nampak semakin cute pulak..hehehehe..sorry Saira..aku melawak je... Dalam mengucap kata ok..dari kata-katanya saya tahu masih ada sedikit lagi pendaman perasaan yang tersimpan jauh dilubuk hatinya. Menurutnya..apapun yang Husaini buat dia masih sayangkan Husaini seperti dulu..dia doakan Husaini terus sihat dan bahagia. Saya termenung sepanjang jalan memikirkan selama mana dia mampu menahan perasaan..menelan pil anti stress tu...hish..

Saya tak dapat menahan airmata...Rupanya dalam dunia ini masih ada insan yang terus-terusan memaafkan insan lain yang telah merobek hatinya sehingga berkecai dan berderai. Kalau saya..entahlah..terbalik bumi ni kotnya. Wei..sejuknya...nak demam lagi kot nih...

MENCARI KESEMPURNAAN...


Malam ni saya tidak boleh tidur dengan lena. Macam-macam perkara bersarang dalam kepala. Terjaga 3 kali dan rasa denyutan jantung kuat menendang dada. Pagi ini bangun dengan rasa yang sangat lesu.

Setelah solat subuh dan mengemas bilik saya terus mengadap laptop ini. Tak boleh jadi nih..kena luahkan apa yang dirasa...kerana kalau terus terpendam bagai sekam menyimpan bara api..Teringat kat api..malam tadi saya bermimpi kebakaran besar di sawah yang penuh air..ada air tapi terbakar..hem..macam dicurakhan minyak di atas air tu..letihnya saya berlari ke sana dan ke mari menyelamatkan diri...hemmmmmm...

Seminggu ni saya terpaksa berkejar ke sana ke mari..ambil Deeha tuisyen..ke hospital pula untuk check up dan hujung minggu lepas pun letih mengurusi rumah kerana suami tiada..ke kl...Apatah kepala terus berbisik dan berfikir tentang Akak..entah ke mana patut saya halakan dia. Ke matrik ke atau buat diploma sahaja. Kedua-duanya ada pro dan kontra.

Hampir setiap hari kami berdua ambil sedikit masa dok study kursus yang ada. Akak mahu keluar dari kotak kebiasaan. Tidak mahu terus dalam kotak pengurusan dan akauntansi..katanya turun temurun dok belajar dan mengajar benda yang sama sahaja..boring...mahu ambil bio..saya fahami niatnya tetapi saya bimbang dia tidak mampu mengharungi dugaannya nanti. Semakin hari semakin letih memikirkan jalan yang paling sempurna buatnya.

Setelah mengharungi pelbagai masalah..onak dan duri ..bermula dari diri sendiri sehinggalah kepada pemasalahan Akak saya semakin sedar bahawa bukan mudah untuk mencari kesempurnaan. Sebagai manusia itulah yang kita harapkan..tetapi sehingga kini masih belum diketemukan. Benarlah bahawa yang kesempurnaan itu hanya milik Allah dan kita sebagai manusia perlu redha dengan segala kekurangan yang ada...

The good news is ...hari ini kami akan bercuti ke Kelantan..semoga sedikit kegembiraan akan tercalit dalam diari hidup saya..doakan ye..ameen...

Khamis, 11 Mac 2010

YANG TELAH TERTULIS...

Anakandaku Nurul'Ain Nabilah (berkacamata pink)
bersama rakannya Jannah
Saya tidak berniat untuk menulis panjang. Cuma kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana
usai sudah segala tanda tanya yang bersarang di hati dan kepala. Puteri sulungku lulus dalam semua mata pelajaran peperiksaan SPM.
Walaupun sekadar 4A dan yang lainnya B+ , B dan addmathsnya C sudah sangat memadai bagi saya kerana saya amat faham kemampuannya . Cuma agak terkilan kerana dia memperolehi B+ sahaja dalam Bahasa Inggeris sedangkan dia bercita-cita untuk meneruskan pelajaran dalam bidang TESL. Bukan rezeki barangkali..walaupun sepanjang dua tahun di menengah atas dia terus-terusan skor A dalam b.Inggeris. (rezeki nak dok dekat ngan ibu kot ni..hehehehe)
Begitulah yang telah tertulis..saya redha dengan kehendakNya dan saya sangat percaya bahawa itulah laluan yang terbaik buatnya. Harapan saya semoga Allah terus mencurahkan rahmatnya ke atas kami sekeluarga. Hujung tahun ini fokus kepada PMR Deeha pula...Deeha..buktikan sesuatu! Otei la tu..hem...tomei ibu....

Rabu, 10 Mac 2010

LUPA

Ada masanya kita terlupa bahawa Allah maha mengetahui...bahawa kita cuba menyorokkan banyak rencana nakal dan bencana akal dalam hidup kita.

Ada masanya kita sengaja buat-buat lupa bahawa Allah maha mengetahui..apa yang terdorong dan terniat dalam jiwa kita

Ada masanya kita curi-curi melupakan bahawa Allah maha mengetahui...banyak onar yang terpendam dan terperap menjeruk dalam minda kita

Ada masanya kita seolah-olah lupa bahawa Allah maha mengetahui...ada kasih naif yang masih tersemai di hati kita

Ada masa kita terlalu lupa bahawa Allah maha mengetahui...ada insan yang semakin melupakan diri kita dan Allah tidak

Ada masa kita kais datang rasa lupa bahawa Allah maha mengetahui...ada rasa malu yang semakin membeku terbit dari bilik perasaan kita

Alpa dan kelupaan sering menguasai kita rupanya....dan hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Isnin, 8 Mac 2010

AKU YANG DUNGU...


aku jadi dungu
ketika terus menunggu
cinta yang satu
bermain kata berlagu

aku jadi haru
ketika pilu meluru
kasih membiru
kian padam kelabu

aku jadi bisu
ketika kesakitan merusuh
tubuh jadi lesu
wajah kian lasu

aku jadi kelu
ketika menuduh melulu
perasaan jadi syahdu
jiwa kian pilu

kekadang...
diri yang dunggu, haru. bisu dan kelu
bertanya malu
akukah itu??????

Sabtu, 6 Mac 2010

TUTTTTTT....

Petang ini saya ke Jitra melawat Deeha...berseorangan...Pipa dan Akak terpaksa temani mak..suami ke Johor..golfing..saya tidak terdaya nak bawa mak bersama. Kelmarin melawat Angah..Nuoi adik bongsu suami ada temankan. Lagi pun bimbang mak tak larat tunggu lama-lama menyembang. Cuaca pun panasnya terlalu. Sakit dan perit menjamah kulit.

Drive berseorangan memang membosankan. Entah mengapa hari ini perasaan agak terbalik. Rasa sedikit release..drive secara santai..sambil fikiran melayang...banyak benda yang terbuku di hati. Kuatkan volume radio dan bernyanyi sendiri...helain demi helaian masalah yang datang dan pergi saya semak kembali. Mencanai rasa selagi peluang masih ada..selagi masih bernyawa...

Sekarang dah jam 7.12 malam. Rasa sakit mula menyerang berdikit-dikit. Aduhai...hampir setiap malam saya demam..firasat yang sangat tidak menyedapkan hati. Ke klinik katanya tak ada apa..mungkin rehidrate je..tapi rasanya berbotol-botol saya minum air kosong. Mungkin perlu ke hospital kot..esok..kalau ada kesempatan.

Kebimbangan menjengah sekali lagi..result SPM akan keluar mungkin hujung minggu ini. Akak nampak relax sahaja. Katanya..ibu nak risau apa. Allah dah tentukan semuanya..dulu masa UPSR Akak ingat Akak dapat 5A tapi dapat 4A je. Masa PMR dulu Akak tak sangka Akak dapat 8A tapi Akak dapat. Risau pun buat pe...hehehe. Saya menyampuk..jadi Akak agaklah habis ok pun Akak dapat berapa?. Hahahahha..dia ketawa besar..Akak rasa macam nak dapat..tutttttttt....tapi yang peliknya tak tau kat mana nak dapat A tu..Ai..senangnya dia cakap. Kata boleh nak dapat tapi kat mana nak dapat pulak...hei..perut saya mula sakit mengenangkan. Berkali-kali pulak dia dan Pipa menyakat saya dan mengingatkan supaya tak perlu pergi tengok result..biar dia dan ayahnya sahaja yang pergi...takut berjuraian airmata saya menangis tanpa henti..pengalaman mereka melihat saya menangis semasa tengok result Angah jadi bahan ketawa ..hish..memang dia orang ni suka menyakat...saya nak pergi jugak!

Saya cuma mampu berdoa dari dahulu sehingga kini...tanpa mengharapkan suatu keajaiban akan berlaku. Sekadar harapan ...resultnya mampu membolehkannya melanjutkan pelajaran di mana-mana...sudah memadai . Saya faham dan tahu setakat mana keupayaan dan kebolehannya..saya redha insyaallah...Hurmmm...detik semakin hampir...rasanya seolah nafas menjadi semakin pendek ...dan demamku semakin menyelinap keseluruh urat dan nadi...ya Allah tenangkanlah hatiku...wei Saira...ok kot hari ini..tak kirim berita pun!

Jumaat, 5 Mac 2010

TAHAJJUD CINTA...

kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

kuhaus di tengah alur
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Kusunyi dalam gembira
perit pedih tangggung derita
sungguh aku bukan wali
nan suci dari hina dan benci

kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak cinta yang kudamba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
tuhan ampuni hambamu

kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

kurebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
kutanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga

yang tuhanku
hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahiku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Rintihan hati Saira...setulusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...