Rabu, 10 Mac 2010

LUPA

Ada masanya kita terlupa bahawa Allah maha mengetahui...bahawa kita cuba menyorokkan banyak rencana nakal dan bencana akal dalam hidup kita.

Ada masanya kita sengaja buat-buat lupa bahawa Allah maha mengetahui..apa yang terdorong dan terniat dalam jiwa kita

Ada masanya kita curi-curi melupakan bahawa Allah maha mengetahui...banyak onar yang terpendam dan terperap menjeruk dalam minda kita

Ada masanya kita seolah-olah lupa bahawa Allah maha mengetahui...ada kasih naif yang masih tersemai di hati kita

Ada masa kita terlalu lupa bahawa Allah maha mengetahui...ada insan yang semakin melupakan diri kita dan Allah tidak

Ada masa kita kais datang rasa lupa bahawa Allah maha mengetahui...ada rasa malu yang semakin membeku terbit dari bilik perasaan kita

Alpa dan kelupaan sering menguasai kita rupanya....dan hanya Allah Yang Maha Mengetahui

2 ulasan:

  1. Allah maha mengetahui segalanya... insyaAllah xkn lupe lagi :)

    BalasPadam
  2. Entry tertunggak nih...semakin tua semakin lupe... kerana terbiasa cuba untuk melupakan....hehehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...