Khamis, 11 Mac 2010

YANG TELAH TERTULIS...

Anakandaku Nurul'Ain Nabilah (berkacamata pink)
bersama rakannya Jannah
Saya tidak berniat untuk menulis panjang. Cuma kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana
usai sudah segala tanda tanya yang bersarang di hati dan kepala. Puteri sulungku lulus dalam semua mata pelajaran peperiksaan SPM.
Walaupun sekadar 4A dan yang lainnya B+ , B dan addmathsnya C sudah sangat memadai bagi saya kerana saya amat faham kemampuannya . Cuma agak terkilan kerana dia memperolehi B+ sahaja dalam Bahasa Inggeris sedangkan dia bercita-cita untuk meneruskan pelajaran dalam bidang TESL. Bukan rezeki barangkali..walaupun sepanjang dua tahun di menengah atas dia terus-terusan skor A dalam b.Inggeris. (rezeki nak dok dekat ngan ibu kot ni..hehehehe)
Begitulah yang telah tertulis..saya redha dengan kehendakNya dan saya sangat percaya bahawa itulah laluan yang terbaik buatnya. Harapan saya semoga Allah terus mencurahkan rahmatnya ke atas kami sekeluarga. Hujung tahun ini fokus kepada PMR Deeha pula...Deeha..buktikan sesuatu! Otei la tu..hem...tomei ibu....

2 ulasan:

  1. salam kak.. saya sama la ngan anak akak.. nak buat tesl, tapi BI dapat B+ aje.. so anak akak sambung apa skarang???

    BalasPadam
  2. salam shazrin..sekarang anak akak di matrik kedah..buat sains hayat..laluan yang bukan calang2 buat dia..newey akak tau inilah yg terbaik buat dia..semoga laluan seterusnya akan dipermudahkan..then..shazrin nak TESL gak ke?..B+ susah ckit..tp kalau MUET dapat band 4 leh mohon nanti..by the way shazrin tau dr mana blog ni

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...