Khamis, 25 Mac 2010

YANG TIDAK DAPAT DIBELI...

Birthday girl..Sipau le..sape ke agi????


Minum pagi..sedapnya masih terasa hingga kini..Sipau bedal ayam goreng..masih panas..

Angah pun rancak makan..curi ayam goreng Sipau..hehehehe


Puas hati nampak!....di A&W...just burger sorang satu dan root beer 3 gelas

Baru aku sedar...hitam dan tuanya aku...aiyaa!!!!

Pengalaman hidup tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Pun tidak dapat ditimba dari cerita orang lain...walau didengar mahupun dibaca...tidak sama sebagaimana dilalui sendiri.

Sudah menjadi kebiasaan anak-anak saya menjamu selera di restoran. Daripada sebesar-besarnya sehingga sekecil-kecilnya..tetapi yang kecil pun adalah di restoran Ala Thai. Ibu mereka ni kan rajin masak di kedai..jadi mereka pun dah boleh adaptasi makan di kedai selalu..hehehe

Namun pengalaman urusan makan memakan di Kelantan hari tu agak unik sedikit...saya tersenyum lebar di hati tengok anak saya agak kekok..sering membesarkan biji mata mereka yang dah sedia besar tu kerana terpaksa sesuaikan diri dengan keadaan 'nak' makan di sana.

Soal menu dah sepasal. Nasi kerabu, dagang, berlauk...puding tembikai, akok, taik itik...satay perut ayam (saya tak berani mencuba yang ni), ayam percik, sotong sumbat, laksam...wei ada budu pulak..fuhh..memacam lagi yang tidak tersenaraikan.

Memalam buta first day sampai pergi cari makan...Pn. Timbalan..orang Kelantan..boleh lah jadi tourist guide..bawa makan kat 'pasar malam'..tempat kat tengah pekan..tapi kalau pergi sekali lagi saya tak akan jumpa kat mana..ish..berat tu. Nampak orang ramai..anak-anak sangat tidak selesa..masing-masing kerut dahi...saya buat-buat confident..padahal saya pun takut nak makan macam tu..selama bermastautin di Kelantan saya tidak pernah makan di pasar malam begitu..beli bawa balik adalah sekali sekala.

Lastly jumpa gerai jual pelbagai nasi dan nasib baiklah ibu mithali ni pernah ajar anaknya makan nasi kerabu. Kami membungkus seorang sebungkus..nak makan di mana? Pn. Timbalan kata..duduklah di mana-mana meja..boleh buka bungkus di situ dan makan..kami ternganga gak dengar...kalau di sebelah sini...dah lama kena halau. Betullah...kami makan dengan aman..suami saya makan nasi berlauk..begitu juga angah dan Sipau...Pn. Timbalan dan Kinah serta kami bertiga makan nasi kerabu. Kami order air dan mata saya melilau tengok orang yang lalu lalang..tak biasa dengan keadaan ni..apapun habis nasi sebungkus...sedap..makan sambil sembang panjang...kami beredar dan pergi tengok pakaian pulak di pasar malam..tetapi cuma sehelai tudung sahaja yang terbeli..cantik..tu..yang pink Sipau pakai...harga..lebih kurang di Kedah sahaja.

Pagi esoknya kami keluar cari makan lagi... saya sempat snap gambar. Kami ke gerai kecil di sudut deretan kedai..rendah dan saya terpaksa menundukkan kepala. Anak-anak saya bagai rusa masuk kampung...nak duduk macamana ni ibu?...saya geram juga..suruh duduk saje...di kedai tu cuma jual air , roti canai dan nasi lemak. Saya beli nasi di sudut jalan (kalau di Kedah saya tentu tak tergamak nak beli). Ramai pelanggan. Ingat nak makan nasi dagang..dah habis dan saya minta nasi putih dan ayam kerutup..jarang ada di Kedah.

Kami makan pelbagai jenis makanan...dari kekok jadi ok..tengok ramai orang yang keluar masuk kedai tu. Sedap juga dan licin pinggan. Suasana sempit dan anak-anak saya mula-mula nampak sangat tidak selesa..cari tempat nak basuh tangan..apa lagi di kedai..tetapi boleh pulak beli kedai lain..buka bungkus di kedai tu..hem..pengalaman baru buat mereka..kami beredar dan shopping sikit kat pasar Siti Khatijah.

Petangnya setelah shopping sakan di Parkson..duit hadiah Along dan Angah..dan hadiah dari Angah buat Sipau..sempena birthdaynya yang ke 11..sepasang kasut Caspia (Angah limitkan bawah R50.00..dia beli RM 59.90..jadi Angah suruh pulangkan RM10.00..weh skema betul putera ku itu..hihihi) Kami kembali lapar dan makan pulak di A&W. Haaaaa...anak-anak saya tersenyum lebar..lega agaknya..tak payah tumpang menumpang kedai..cari kerusi..hehehehe. Mereka makan dengan lahapnya dan nampak puas sekali.

Saya sangat berpuashati dengan percutian kali ini. Walaupun masa agak singkat...saya dapat mendampingi anak-anak saya sepenuh masa...bergandingan berpegang tangan dengan mereka...banyak pengalaman baru mereka timba..termasuk makan jagung rebus yang direbus dengan kulitnya..selalunya saya bogelkan jagung tu baru rebus!...Pulangnya kami semua dengan senyuman..selamat tinggal Kelantan Darul Naim..insyaallah kami akan datang lagi..terima kasih kerana mengajar anak-anakku erti hidup di rantau orang....SMIP..aku lupa lorong di mana kau berada..maafkan daku..apapun kau tetap terpahat di hatiku...fewwwwttt..

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...