Tulislah segala kejahatan di atas pasir kerana angin akan membawanya pergi akan tetapi pahatlah segala kebaikan di atas batu kerana tiada apa yang boleh memadamkannya.
Sepanjang perjalanan melayari kehidupan ini rupanya terlalu banyak dugaan dan galangan yang dihadapi. Terkadang membuat kita menjadi manusia yang paling keji dan jahat..berhati kering...hilang punca ...dan akal sudah tidak boleh memainkan peranan rasionalnya. Hidup semakin hari semakin pandai bermain sandiwara...kerana sudah semakin sukar berkata benar sehingga kita tidak dapat lagi mengelak daripada menjadi pelakon jalanan.
Namun dalam melakonkan sandiwara itu..bukan tidak ada sekelumit hati yang masih bersih dan suci. Walaupun jika mahu dicari terpaksa disiat dan dikerobek di sana sini mungkin baru boleh diketemu..namun saya pasti ianya masih ada. Secebis jiwa yang sangat suci dan lembut sehingga jika disentuh terasa sejuk dan dinginnya menusuk jauh ke sanubari...
Sesungguhnya terlalu banyaknya manusia yang mengalami dilema diri sebegini..mahu dikatakan baik..sesungguhnya ada wajah hitam disebaliknya... mencipta pelbagai onar dan tanpa sedar barangkali ..telah menghancur punahkan hidup dan jiwa orang lain . Sebaliknya ada manusia berwajah hitam dan muram dan yang dikatakan jahat...rupanya dia senantiasa menyorokkan tangannya sambil menghulurkan bantuan kepada orang lain...ikhlas mencipta perasaan tanpa mengharapkan balasan.
Sebagai manusia biasa kita tidak sunyi dari berbuat dosa...siapa yang tidak pernah berbuat dosa..sila angkat tangannya!...beranikah tuan-tuan dan puan-puan mengangkat tangan? Saya rasa tentu tidak..saya sendiri pun tidak berani...kerana walaupun sekadar terniat dihati untuk berbuat jahat ..itu sudah dikira berdosa....
Oleh itu bak dikata..segala keburukan kita sesama manusia ini harap diampuni..kalau pernah mendendami...segeralah kita padamkan..bagai kita menulis sesuatu di atas pasir ..biarlah terpadam apabila dibawa angin pergi. Sebaliknya segala kebaikan... simpan dan pahatlah di hati bagai memahat sesuatu di atas batu ...biar ia kemas bersemadi hingga ke mati...Saya adalah sebahagian daripada manusia itu...mengharapkan semoga insan-insan yang pernah mengenali diri saya..maafilah segala kekhilafan yang pernah saya lakukan..biarlah kekurangan itu dibawa angin lalu...dan andainya ada... walau sekelumit kebaikan yang saya lakukan biarlah tersimpan kemas di hati ...sehingga kita dijemput 'pergi' untuk selama-lamanya....
chik juga mtk maaf ats ape jua slh chik pd along. i just being myself. a naughty boy that you know since the last 19 years maybe.. chik syg kak long & semua org..tc long..& sorry for everything before..=)
BalasPadamchik..i wrote it for myself..tidak ada kena mengena dengan orang lain. K long yang patut minta maaf kepada semua orang yang pernah tercalar hatinya..newey sesama lah kita saling memaafi..kekurangan itu datangnya dari kita dan segala yang sempurna itu datangnya dari Allah...harap dah semakin sihat sekarang. Luv u...
BalasPadam