Pagi tadi aku belek kereta aku yang tak berbasuh dah berbulan..kereta besar tak berjaga. Kononnya sibuk...sibuk apa?..entah!...Teringat abah di kampung..kereta Viva kecil sahaja ..sampai tidak mahu bawa tempat kerja takut cat dia pudar kena asap kilang. Aku yang berkereta besar ini tidak mampu nak belikan abah kereta baru. Hanya dapat kirimi abah wang yg tak seberapa saban bulan. Abah pula tukang kutipkan duit sewa rumah aku dan asyik tanya sama ada aku nak guna duit ke tak? Ade ke patut?. Aku suruh guna duit tu dia tak mahu guna...takut aku nak pakai duit. Ye lah..anak-anak aku kan dah besar dan perlu banyak duit.
Kereta Viva tu sebenarnya adik aku yang belikan...katanya.. kesian kat abah..tak pernah rasa berkereta baru..asyik pakai yang secondhand. Aku tak boleh kenang kisah pertama kali kami berkereta. Sayu..Masa tu aku baru sekolah darjah berapa ye?...aku tak ingat...kami nak ke Bidor..sepupu aku kawin. Bersiap sakan dua hari. Packing baju bagai nak rak..kami 4 beradik perempuan semua. Bersiap dan kami menunggu bas petang tu..berjalan kaki dah satu hal ..ke bus stop...jauh... Cuaca memang dah kelam dan langit mendung..bas pulak lambat..kami setia menanti. Aku macam biasa terkinja-kinja..tanya abah bila bas nak sampai. Abah kata..nantilah..bas lambat..hari semakin lama semakin kelam..dah berakhir dengan tragedi hujan ribut selebat-lebatnya. Bus stop kecil..atap zink..berlantaikan tanah..basah dan kami sekeluarga lenjun..kasut berlumpur..Aku terbayang riak muka abah..abah nampak sangat kesal dan kata..jomlah kite balik..basah dah sume ni..aku sedikit sedih..sebab masa tu aku je mengerti..nak pergi jalan bukan senang..tak berduit dan terpaksa naik bas. Mak keberatan nak balik..tapi abah naik berang dan kami mengekori abah ..takut..
Sampai di rumah abah kata..kita tak jadi pergilah..hari pun dah nak malam..nak pergi ape? Aku duduk dalam bilik..nangis teresak-esak..sebab aku teringin sangat nak pergi ke Bidor tu. Aku dengar abah mengomel sendirian. Aruah mak aku ada..tapi mak aku memang kurang bercakap..dia dengar je apa abah nak cakap..Ma..kite kena beli kereta..aku akan beli sekecik mana pun asalkan namanya kereta...kesian kat anak-anak...dan abah berjaya tunaikan kata dan janjinya..beli Morris Minor biru secondhand..aduhai..aku paling seronok..Pak Arip dah ade kereta!..orang perumahan kos rendah tu berkata...perli ke ape..aku tak faham..
Kereta tu pernah buat hal kat tol Slim River...mati enjin betul-betul kat kaunter bayar tol..kena tolak..nasib baik enjinnya hidup semula. Ada 4 penumpang kat belakang..aku..mak teh..dan dua adik aku. Seorang lagi duduk di depan..tu dia!!!..7 orang dalam mini minor tu..dengan hantaran perkahwinan Pak Long sekali...kalau di lenyek lorilah dulu..aduhai..tak dapat aku bayangkan. Pernah juga dilanggar lori dari belakang..yang peleknya..kemek sikit tapi lori tu teruk gak bumper depannya..nenek aku semah dengan darah ayam..kononnya nak buang badi..masa tu abah dengan adik aku Syikin dalam kereta nak ke rumah nenek. Mak aku terkejut besar tengok abah bawa balik kereta kemek dan dia menangis tersedu-sedu..bimbangkan adik dan abah aku..
Peristiwa tu juga menjadi titik tolak abah beli kereta Toyota Wagon. Katanya... kene beli besar sikit..Anak-anak semakin besar. Abah beli yang secondhand recond..Beli tahun 1977...abah kerja dan abah wakilkan aku dan mak pergi temankan Pakcik Din ..broker kereta..jiran kami..ambil kereta kat KL. Entahlah..yang aku tahu..abah suruh aku tengok dan berniat nak ajar aku urusan jual beli kereta. Lagi satu dia kata takut syarikat tu tukar part kereta yang ada. Logiknya..apa yang aku tahu ..baru berusia 13 tahun waktu tu. Aku pun pergi temankan mak..dok melangut tengok kereta tu di servis..dan kami pulang ke Kuala Kubu bawa balik kereta baru ke pejabat. Abah tersenyum lebar dan bawa kami balik..ahhhh...terasa besarnya kereta tu..ada aircond dan fan..heater pun ade..ye lah..kereta recond Jepun. Pun..jiran tak berapa suka..dengki kesumat betul!!!..Kereta tu ada sampai ke hari ini..abah bawa ke kebun..Cat dah ditukar entah berapa kali..boleh bawa memacam..berbaloi...
Bila aku nak beli kereta Unser..aku jual kereta secondhand Proton Saga aku kepada adik bongsu aku..dia pulak perturunkan kereta tu kepada abah apabila mereka membeli kereta baru. Abah yang pujuk adik aku beli kereta baru..dan dia ambil kereta tu..Abah pakai kereta secondhand lagi. Cat silver blue ditukar jadi hijau. Dia seronok bukan main lagi..kereta baru baginya..dan kini kereta Proton Saga tu adik aku ambil nak bawa berkebun...Jadi abah ada dua kereta kini..Viva dan Toyota Wagon yang dikasihinya..
Aku menulis tentang keretanya kerana ape?..kerana aku sebenarnya terharu...melihat kereta Serenaku yang tidak berjaga..dibeli dengan wang ringgit yang banyak. Abah pula ..menghargai setiap kereta yang dibelinya ..walaupun sekadar secondhand..dan setiap kali kami cerita pasal kereta..dia asyik sebut..kau orang kalau nak beli kereta belilah kereta baru..jangan beli yang secondhand..tengah sihat dan muda ni merasalah kereta yang baru..itulah semangat yang ditiupkan kepada aku adik beradik. Semasa aku nak beli Unser dulu..fikir macam nak rak jugak..takut tak cukup duit..tapi abah kata..kalau tak beli..mana pergi duit kamu?..ada simpan ke?..tak de kan..jadi..beli je lah. Bila nak tukar ke Serena juga..macam tu. Aku berani-berani takut..cukup ke? Tapi abah kata..beli..cukup tu..aku pun beli.. diiringi semangat abah...
Adik aku sangat kesiankan abah..aku..memang tak mampu nak beli. Aku ajak adikku untuk share beli yang besar sikit..tapi dia menolak. Takut aku tak cukup duit nanti...jadi dia hadiahkan kereta Viva tu kat abah..abah seronok..cuma dia gayat jugak nak bawa kereta kecil tu pada mulanya..tetapi akhirnya dah biasa..ok...speed sakan lagi..abah aku kan Pak Rempit... hihihi
Petang tadi...aku renung semula kereta aku..terimbau kereta-kereta abah..sukarnya untuk memiliki..menyebabkan semuanya dihargai..aku?...suamiku?...kecilnya martabat diri aku ni berbanding abah...terima kasih abah..kerana sering menyedarkan aku dan memberi aku pelajaran berguna yang tak akan dapat aku timba walau di hujung dunia....huhuhu...