Makan tak tengok orang dah....
Kelmarin aku terkejut beruk..tetiba Angah bangun dari tidur lebih kurang jam 6.00 petang kelmarin (11 Jun) ..mata merah lagi sambil bercakap..aku ingatkan dia mengigau...ibu! hari ni birthday Angah!...ya Allah ibu terlupa..aku terjerit sakan...Sipau tergelak berguling-guling..dan Deeha pulak nampak blur je..hehehe
Tak pernah aku terlupa macamni..rasa sedikit kesal...tapi yang lucunya..tuan punya badan pun terlupa..aku call hubby...dia macam selalu ..selambe badak..tapi aku rasa dia ingat..coz siap beli hadiah untuk Angah..Hari ni aku ingat nak ke Alor Setar beli hadiah untuk dia..kesian lah pulak.
Yang aku tahu beberapa minggu kebelakangan ni dalam kepala aku cuma kebimbangan tentang Akak. Kepala ligat fikir ke mana aku nak hantar Akak berguru. Maths dah ada...yang lain dia kata no problem..tapi macam besa..aku tak berapa nak percaya. Ini adalah peluang terakhir dia menentukan untung nasibnya..hish..rupanya ada orang lain jadi mangsa. Aku memang teringat birthday Angah bulan ni..tapi terasa jauh lagi.
Kami tak beli kek besar kali ini. Pergi Pizza Hut je malam tadi ...order Chocolate Valcano 3..dan itu memang favourite Angah. Order pizza, deli chicken , baked rice n spaggeti..biasalah aku ada anak klon Italian ..Deeha!. Akak tak boleh keluar..jadi suasana tak meriah sangat..sebab..Akak n Sipau tak berkelahi..Deeha..geng baik Sipau..siap kissing-kissing lagi. Angah seperti adanya senyum simpul bertalu-talu.
Aku nak add image tapi tak leh pulak nih..nantilah bila-bila. Nak siapkan sarapan. Apapun aku semakin sedar sekarang bahawa dalam hidup ini janganlah kita terlalu taksub memikirkan sesuatu perkara sedangkan hidup ini rencam adanya... berusahalah memperbaiki keadaan dan selebihnya serahkan sahaja kepada Allah untuk menentukannya...dan Allah tidak akan.. dan pernah menzalimi hambanya...huhuhu..aku sedih ni..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan