Aku telah sekian kali melihat tangisan..tangisan seorang suami ditinggal pergi buat selama-lamanya oleh seorang isteri dan isteri yang ditinggal pergi oleh suaminya..bercerai mati...
Kelmarin sahabat baikku Zuraida telah kehilangan suami yang dikasihi..dijemput Allah agak awal..tatkala anak-anak dan isteri masih terlalu memerlukan...tatkala musim menuai hasil mendidik anak-anak hampir tiba...tatkala kasih lama ..tika hidup berdua hampir kembali menjengah. Namun Allah sangat mendambakan suaminya... mahukan aruah Maliki kembali kedakapannya...apalah daya kita menghalang selain daripada melepaskannya dengan penuh kerelaan...
Suaminya sakit hampir tiga bulan...demam..datang dan pergi..segala penawar yang tercatat di diari bumi Allah ini telah dicari dan diusahakan..namun tiada satu dapat mengubati..akhirnya dia terus pergi meninggalkan anak-anak dan isteri dicintai...menangisi dan meratapi...
Apalah daya aku dan rakan-rakan. Di luar bilik mayat aku dakapi Zu..seeratnya ..merasai betapa sesaknya... menahan hiba seorang isteri yang ditinggalkan..betapa sesaknya fikiran seorang isteri yang mahu meneruskan hidup bersama tiga anak perempuan yang kini tiada lagi berwali...kerana ayahnya anak tunggal di dunia ini..aduhai...jauh di sudut hatiku...erat dakapanku mahu memberi sedikit kekuatan dan harapan...bahawa dugaan Allah ini ada batasannya..sekadar yang termampu oleh dia.
Pandangan aku lemparkan kepada keranda yang diusung naik ke kereta jenazah..anak-anak bertiga itu setabah ibunya..naik sopan mengiringi ayah pergi buat kali terakhir. Hatiku berkata sayu...ya Allah berkati anak-anak ini..yang ditinggalkan ayah yang murni jiwa nuraninya...sangat kasih dan senantiasa bersedia melayani mesra insan-insan ini.
Kembali ke rumah aku termanggu memikiri...segala-galanya telah dipersiapkannya sebelum pergi...rumah yang baru siap direnovasi... sejumlah pelaburan untuk anak-anak dan isteri...malah persiapan menemui Illahi telah dipersiapkan sejak azali. Begitulah mungkin serba sedikit yang aku ketahui...hasil berbual dengan Zu saban hari.
Malam kelmarin aku tidak lena tidur melayani fikiran...memeluk erat suamiku didinihari...kerana aku sangat yakin aku belum lagi mempersiapkan diri untuk pergi... atau ditinggalkan pergi...ampunilah segala dosaku ya Illahi...sesungguhnya ini adalah peringatan buat diri kerdil ini... yang sering lalai dan terlalu asyik mencari...Al Fatihah jua buat dia yang telah pergi...

saya suka mengikuti blog puan
BalasPadamkate-kate yang diukir pade hamparan sangat membuatkan seorang anak yang jauh dari keluarga insaf dan menghargai jase keluarge..
setiap entry puan yang saya bace disusuli gelak dan air mate
;)
terima kasih enani... kerana ikuti blog saya. Nama saya tak berapa ingat. Student saya ke?.. saya menulis bersama perasaan saya...bersama airmata dan gelak tawa..terima kasih sekali lagi.
BalasPadamx puan
BalasPadamsy ex-student poli shah alam
skrg dh keje kt shah alm jgk
minat saya membace novel
tp dek kerana kekangan waktu semua itu terbatas
2 yg mengubah minat bace entry blog plak
huhuh
setiap kali saya bace entry puan,
waktu itu bayangan dan senyuman ibu bapa saya berlegar di tumbir mate saya.
huhu
tq puan.
entry puan banyak memberi saya erti kehidupan dan mengenang jasa ibu dan bapa tercinta.
oh..gitu..faham lah..bukan ape..sebab addrs entry ni tak ramai tau..kawan terdekat aje..
BalasPadamsaya pun berminat menulis
tetapi saya belum berani
pernah bermula sampai 6 bab terhenti
saya sunyi anak-anak jauh
jadi blog ni tempat curah perasaan
hari tu ada yg komen wajah anak saya tu
enani jugak ke?
apapun tq kerana beri sokongan moral
harap dapat bertemu suatu hari nanti
mst ibu dan ayh saya mempunyai perasaan mcm puan kan bile ank2 jauh
BalasPadamsaya ank last dari 8beradik.
hmpr setiap bulan parents saya dtg kl
sbb saya dan abg2 ramai duk kl
mungkin rindu die pada ank2 yang jauh
penah satu ketika dlu waktu saya br nk menjejak kaki ke poli shah alam ni,
parents saya menyewa di shah alam selama 2bln untuk bagi masa pada saya sesuaikan diri berjauhan dengan die org.
betapa besar jasa seorg ibu dan ayah.
hehehe..saya ingat saya dan kawan saya saje yang teruk..sampai anak p camping..ibu pergi camping sekali..tak berani lepaskan anak-anak. ibu dan ayah anda amat bertuah punya anak yang mengerti jasa mereka. doa saya semoga anda mewarisi alur kasih sayang mereka. apabila kita sendiri punya anak..kite akan mengerti mengapa ibu bapa kite bertindak demikian...kekadang di luar kebiasaan...percayalah..segala-galanya demi kasih sayang yang tidak berbelah bagi...wallahualam..
BalasPadam