Adik bongsuku..Elly dan suami tiba ke rumah lebih kurang jam 3.00 petang kelmarin. Aku tidak mahu sesekali memaklumkan kepada anak-anak di rumah. Al maklum..anak-anak aku alergik sungguh jika mendengar mak ucu n pak ucu akan ke rumah. Tak senang duduk..asyik menelefon selagi tak sampai. Untuk mengelakkan sebarang 'gangguan' dalam perjalanan mereka..kerana aku sangat memahami...pasangan romantik ni suka meronda ke sana dan ke mari sebelum sampai ke destinasi.
Seperti biasa..adikku merahsiakan kehadiran. Sebaik tiba terus mengetuk pintu..Sipau buka pintu dan menjenguk keluar..dia terkebil-kebil sedikit kebingungan kata adikku..dan seperti biasa jugak...yang terkeluar dari mulutnya ialah kata-kata..hampa selalu macamni tau..mai tak habaq... sambil buat-buat marah..dalam hati tentu sahaja gembira bukan kepalang....
Jam 4.15 petang kami terus ke Padang Besar..mencari ganti kismis yang telah termakan dek suku sakat aku akibat salah faham suamiku akan arahan yang aku beri..woish..arahan beb...lain aku kata lain yang dia buat..geram jugak aku..tapi kismis pun dah habis di makan dan dah pun jadi bahan kumuhan...lupakan sahajalah...hahahaha.
Kedai dah nak tutup pun semasa kami sampai. Apapun alhamdulillah..apa yang diniatkan tercapai. Adik aku beli jam tangan..broach..sedikit biji gajus dan yang paling menggelikan hati anak pokok buluh madu sempat diusung balik...berat..tapi dengan selambe suaminya usung..tanpa sebarang rungutan..dia tu..dok tergelak sakan tengok..ade ke patut...
Pagi tadi anak-anakku ke Alor Setar Mall. Tak lama kerana nak hantar Sipau berlatih Choral Speaking jam 12.30. Sempat jugak mereka beli ole-ole buat abah. Makan tengahari dan sarapan mereka urusi sendiri. Aku ni kakak mithali..sumenya beli...jadi daripada aku beli..agaknya mereka lebih prefer cari sendiri bagi memenuhi selera...tu lah..siapa yang ada adik seperti aku cuba angkat tangan!!!!.. jadi tamu..tapi cari makan sendiri dan kekadang siap masakkan makan tengahari dan pergi pasar sendiri lagi..ish tentu susah nak jumpa..1 dalam 1000 kot...
Aku dan adik bongsuku ini sangat akrab. Apa sahaja masalah... kami sesama bantu selesaikan. Malah adikku ini pernah jadi banker aku sewaktu suami aku masih study ...anak berderetan...gaji aku tak memadai nak cover semua perbelanjaan..dia bantu aku dengan wang biasiswanya..tapi aku akan ganti sebaik dapat gaji..selalunya dalam rm200.00 macam tu. Paling menyayukan..uri anakku Deeha juga ..dia yang bersihkan kerana tiada saudara mara berdekatan. Hanya dia yang ada..tinggal di Kampus UUM ketika itu...sehinggakan dia naik mabuk semasa menduduki peperiksaan..terbayangkan uri Deeha..nasib baiklah lulus jugak..kalau tidak..rasa bersalah besar jugak aku. Anak sakit ke ape..dia lah tempat aku mengadu. Dalam pantang dialah yang memandikan dan menjaga anak-anakku. Agaknya ..itulah sebabnya dia sangat lekat di hati anak-anakku..umpama ibu susuan mereka...tersangat manja.
Semasa aku sakit teruk tiga tahun dahulu..aku sering jugak sms dia..meninggalkan pesanan..kalau jadi ape-ape kat aku..ambil dan jagalah anak-anak aku kerana aku sangat percaya hidup mereka akan bahagia dan terjamin bersamanya...
Adikku dah pulang petang tadi...bila balik ke rumah rasa sayu mendatangi diri..kerana kawan aku bersembang sudah pergi..diri dihimpit sepi kembali...Buat adikku Elly..terima kasih daun keladi..ada masa datang lagi..dan diharap tak akan serik datang ke sini...kakakmu pohon permisi...semoga kita bertemu lagi.

***gambar aku dan Elly di sebelah kanan ni saje daaa...dia marah kerana katanya aku masukkan gambar mata dia tertutup macam tido je..hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan