Dah dua hari Assyifaa' demam...Malam tadi aku tak lena tido...terdengar dia mengerang je. Aku asyik jelum kepala dan belakang dia. Hari ini kami janji nak tengok wayang cerita "The Prince of Persia". Nampaknya kena tunda la..
Kena bawa dia ke klinik biasa. Kelmarin main singgah di klinik yang buka..Jumaat kan kebanyakan klinik tutup di sini. Malam tadi aku renung je muka dia...bila dia demam aku rasa sedih sangat...dialah peneman aku setiap hari. Kawan aku bergaduh dan berebut laptop. Panas badan dia..kekadang aku rasa takut. Bila aku suruh dia makan ubat n makan roti tengah malam buta tu dia bangun dan senyum kat aku...tersentuh hati. Bila dia tertidur semula aku ciumi dia sambil mendoakan semoga dia cepat sembuh dan selalu berkata dalam hati... kalaulah Allah boleh memindahkan kesakitannya kepada aku...pindahkanlah. Pagi ni aku menulis pun di sebelah dia..ibu sangat sayangkan adik dan ibu sangat sedih wahai anakku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan