Ahad, 20 Jun 2010

BUAT SANG BAPA..

Tahun berganti tahun dan Hari Bapa datang dan pergi. Tahun ini aku pun belum ambil keputusan nak hadiahkan ape buat suamiku yang dikasihi. Tahun lepas belikan kasut buat si manja nih..tahun ni..mungkin sekadar ciuman..aku dah tak ade idea..fulus sudah kekeringan...bulan Ogos ni harijadi dia pulak. Aku fikir nak kampui sekali je lah...Abah..aku dah call tadi..ucapkan Selamat Hari Bapa dan dia terkekeh ketawa...lega bercampur sayu mendengar suara abah..sedang makan rojak katanya. Kalau dekat..aku dah peluk abah..seeratnya...

Kali ini aku tidak mahu mencipta kata-kata kontroversi..mungkin kerana aku sudah sedikit insaf..hahaha...ye ke?...tak tahulah. Ada masa aku okay..ada masa kurang sikit...ada masa teramatlah kurang..boleh makan orang oiiii....

Kebelakangan ni aku selalu pesani anak-anak murid supaya cuba mencipta hubungan yang baik dengan keluarga. Aku memang suka provoke mereka. Setiap kali masuk kelas aku curi masa minta anak murid aku buat speech sikit. Just a simple speech..seperti abang saya..ayah saya..ibu saya..ape-ape je lah. Niat aku cuma nak mereka bercakap..tapi dalam niat kecil itu ada niat mikro ..nak tau isi hati seorang anak..terutama yang lelaki nih. Macam mana agaknya tanggapan mereka terhadap ayah masing-masing.

Salah seorang pelajar aku yang berasal dari Kelantan...aku ringkaskan namanya N je lah berkata lebih kurang begini...

Ayah saya bernama Harun (bukan nama sebenar)
Dia bekerja sebagai buruh binaan
Umurnya 50 tahun
dia...aaaaa....aaaa...aaa (ada pause la pulak)

tak taulah puan..(dia nampak gelisah sangat)
puan nak soh saya cakap ape lagi

sambil tersenyum dan kekawan dah gegak gempita di dalam kelas aku bertanya?

perawakan ayah awak bagaimana?
perawakan?..tak paham puan
ish..bentuk fizikal

dia melongo..tak tahu nak jawap ape lagi

eh..eh..rupa dia..badan dia..ketinggian dia...takkan awak tak tau?
oooooo...dia besar...garang...

N..masih mencari-mencari kata-kata untuk diteruskan

ada misai ke?
eh..tak perasanlah puan
kulit?

N renung saya dengan pandangan kosong seolah-olah dia tak pernah jumpa bapanya atau dah lama tak bertemu dengan bapanya?...
ish..bapa sendiri ni..takkan tak perasan..rambut dia kerinting ke lurus?
Saja ingin aku menduga anak ini
hmmm...macam saya agaknya
haaaaaa...agaknya? (soal aku)

N nampak semakin keliru..terkedu bila diserang dengan soalan bertalu-talu. Rakan-rakan yang tadinya tersenyum dan ada yang terkekeh ketawa melihat dia terkial-kial menjawab mulai senyap dan mata terumpu ke arahnya...aku cepat-cepat cover line.

ok..N...duduklah...terima kasih..
dia betul-betul garang ke? (terpacul jugak soalan dari mulut aku yang jahat ini)
ha puan..bukan boleh tanya sedikit...nak marah je!

ish...tak baik cakap macam tu..mungkin dia letih bekerja.
tak tau la...dahinya berkerut...

aku cuba menenangkan...

suasana sepi seketika..aku lihat kesemua 23 orang pelajar tu terkebil-kebil. Ada yang memandang ke lantai..ada yang merenung aku..menanti-nanti apa yang akan keluar dari mulut aku...

Siapa pelajar lelaki di sini yang bila nak balik ke sini semula..peluk ayahnya?
tanya aku memecah kesunyian.... tanpa hujung pangkal...daripada lebih kurang 8 orang tu...3 yang angkat tangan. Yang lain memandang ke lantai dan ada yang tersenyum sinis.

Aku menarik nafas panjang...kesal datang dan sangat menjolok ruang hati...nak jadi apa dunia dan anak-anak ini kelak...sampaikan rupa ayah pun tak berapa pasti...kalau gitu..tentu tak berani angkat muka tengok rupa ayah atau sebaliknya...tak pernah berminat nak mendekati sang ayah..ataupun..ayah tak pernah terfikir nak mendekati anak-anak..kompleks ayat aku ni..tapi bacalah 4 atau 5 kali boleh faham kot.

Ni..saya nak nasihat ni....dengar..saya tak tahulah sama ada cikgu di sekolah pernah maklumkan awak tentang ini atau tidak..tetapi saya rasa dah jadi tanggungjawab saya mengingatkan....

Anak-anak itu menumpukan sepenuh perhatian..yang memanggung kepala...yang tersandar rapat ke kerusi ada..yang bongkok ke depan berniat mendengar bersungguh-sungguh yang ramai...kesian pulak aku tengok.

Saya tahu bukan N sahaja yang hadapi masalah ni..betul tak...ramai...saya nak tanya..mengapa kamu tak peluk ayah kamu?...terdiam kelompok itu..pandang memandang...angguk mengangguk...terdengar bisikan kecil..cepat-cepat aku toleh..

tak pernah buat puan...segan pulak.
ha? ..peluk ayah pun segan...
alahai..

yelah..tak pernah peluk..pelik kalau nak buat..sampuk N

Ya Allah..peluk ayah pelik?..Ni dengar nih...ayah kamu semua tu macam buluh tua dan dah nak reput ...silap-silap lentur patah..lompong di dalam..kamu tak boleh dah nak nasihat dia..betul tak?...
ada yang mengangguk-ngangguk..
kalu kamu nasihat mungkin dia dia akan kata kamu kurang ajar..betul?

betul puan..
dah tu apa rasanya yang kamu boleh buat?

masing-masing mengangkat bahu..

saya nak ajar ni..nak dengar tidak?

mereka mengangguk-ngangguk..nampak excited sangat.

mulakan macam ni...
balik hujung minggu ni ..kamu bersalamanlah dengan ayah kamu..boleh?

boleh!!!! terjerit mereka..ada yang ambil kesempatan terkekeh ketawa lagi tu

lepas tu perlahan-lahan peluk ayah kamu
untuk pertama kalinya jangan kata apa-apa
pastikan terasa degupan jantungnya di dada kamu
dah terasa baru lepaskan perlahan-lahan
biarlah dia nak kata ape
kamu buang tebiat ke ape

ada yang ketawa ..ada yang nampak malu-malu..ada jugak yang nampak serius

kali kedua..bila-bila kamu balik pulak...peluk..sentuh pipinya ke pipi kamu
ucapkan..terimakasih abah..ayah..walid ke ape
kali ketiga..tambah sikit...maafkan jika ada dosa saya abah
kali keempat tambah sikit lagi...abah..terima kasih dan halalkan segala makan minum saya..
tambah skrip sedikit..
insyaallah..hati ayah awak akan cair..yang garang akan kendur sedikit..
tau kenapa saya suruh buat begitu?

ayah kamu dah tua..susah nak berubah..dia akan rasa pelik dan segan jika dia tetiba peluk kamu... jadi sekarang ni tanggungjawab kamulah untuk mengubah sikap kamu..kamu dikira intelek..hati masih bersih dan lembut dan lorong untuk kebaikan masih terbuka dengan luas...peluklah dia..biarlah orang yang kamu peluk tu keras macam batu pun..tanpa respon...nanti dua tiga kali..kelembutan akan datang..dan dia akan sangat-sangat berterima kasih...tau dia berterima kasih kat siapa?..

Terima kasihlah KMK ...kerana telah berjaya mendidik anakku dan yang paling penting menyedarkan aku..
...aku berdrama...berderaian ketawa mereka sambil ada yang mengesat airmata... dan tatkala nak meninggalkan kelas..N menoleh ke arah aku sambil mengucapkan terima kasih dengan renungan yang dalam jauh melurut masuk ke kolam hatiku..ertinya..hanya dia yang mengerti...

Sesungguhnya bukan seorang dua rupanya anak-anak yang tidak pernah memeluk ayahnya..ramai!..dari kelas ke kelas aku bertanya..aku beri soalan yang sama dan dapatannya hampir sama...anak-anak ini jelas dambakan kasih..pelukan mesra seorang ayah...Ayah kini perlu ingat bahawa mereka tidak perlu lagi menjadi diktator rumahtangga seperti zaman Jepun dulu..kerana ini cuma akan mewujudkan jurang kasih yang semakin hari semakin dalam dan semakin luas..
Ingatan saya buat sang bapa...jangan sampai nanti..nak menggapai tangan anak pun tak sampai apatah lagi untuk berpaut... pabila tiba hari tua kita nanti...pada saat itu...jangan salahkan mereka...kerana hasil kealpaan kita...

ececeh..tak kontroversi ke nih?..hehehehe

2 ulasan:

  1. macam tau je bait2 akhir tu tuju kat sape....hehehe

    BalasPadam
  2. hehehe...mujurlah ada insan yang sangat memahami..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...