Dua hari ini ...Zu hadir ke pejabat semula. Dengan wajah pucat dan lesu..ada masa membisu dan aku tidak berniat mengganggu. Aku mengadap desktop sahaja..update kehadiran pelajar dengan harapan dia akan pulih sendiri. Aku tidak mahu ingatannya terus berputar kembali kerana aku amat memahami..kisah sedih jika diungkit dan terus diungkiti..sakitnya akan menjalar ke urat nadi..sangat pedih. Aku sebagai yang tua di sekitar kubikal tu memesani adik-adik di situ..jangan bertanya lagi asal perkara..cerita kisah gembira..dengan harapan lara beransur tiada. Jika ada yang datang bertandang aku biarkan sahaja...tidak mahu ikut serta..kerana aku dah jelas duduk perkara.
Namun sekembali dari makan tengahari hari ini..terdetik untuk aku menyinggahi..macam biasa..niat cuma nak bertanya...urusan dah selesai..begitu begini..setelah tiga adik-adik tu pergi. Zu terdiam...melarikan matanya..menghalakan tubuh ke dinding kubikal dan bangun ke laci. Menyimpan sesuatu..terasa juga di hati..dia berkecil hatikah?..sehingga tidak menjawab sepatah pun.
Aku terus menunggu..melihat perlakuannya..dia menoleh ke arah aku...ya Allah terasa sangat sebu di hati ni untuk terus menulis sebenarnya..airmataku ..meluruti pipi satu..satu..satu...
Kak. Ida...Zu tak boleh tengok K.Ida...
Zu berkata sayu dalam esakkan dengan suaranya bergetaran. Kakiku berbelah bagi rasanya.. bagai mahu melangkah meninggalkan atau menghampiri meleraikan perasaan. Aku biarkan kaki membuat keputusannya sendiri..bukan lagi hati..kerana tak dapat meneliti lagi. Aku bergerak menghampiri..aku peluk Zu...Zu menangis teresak-esak.
K.Ida..Zu tak boleh tengok K.ida..Zu tak boleh tengok K.Ida..
Berkali-kali ayat yang sama terkeluar dari mulutnya..aku biarkan...
Sayu sesayu-sayunya...dan dalam lautan airmata..aku menasihati..
Zu..Zu kena kuat...Zu jangan terus puasa setiap hari macamni..nanti kalau sakit...anak-anak macamana. Zu je tempat mereka bergantung. Kuatkan semangat ye..dah..dah..astghfirullahalazim...ya Allah...
Hanya kata-kata itu sahaja yang terkeluar dari mulut aku. Zu terus menangis..aku pun turut sama..sambil terus memujuknya supaya bersabar
Zu nak pergi kelas K.Ida..
Ye..ye..pergilah
dan aku lepaskan pelukan itu perlahan-lahan
Zu mengesat airmatanya dan berlalu pergi... dan aku yang tinggal..termanggu di meja sendirian..sama-sama merasai keperitan dengan kepala ligat berfikir..bagaimana aku dapat membantu?..sangat syahdunya isteri yang ditinggalkan pergi ..dek suami yang sangat mencintai. Senantiasa mengambil tahu perihal isteri..tiba atau belum ke tempat kerja..makan tengahari atau belumnya...ada kelas atau tidak..tiba-tiba ia hilang bagai di tiup angin lalu..hilang sudah suara..hilang sudah segalanya
Sampai ke petang ini..aku masih terasa pelukan itu...rasanya sangat serupa semasa aku memeluknya ketika berada di luar rumah mayat pada hari Rabu seminggu yang lalu. Ya Allah berkatilah hidup adik itu..bekalilah kekuatan dan semangat untuknya meneruskan hidup yang penuh liku.

Sebentar tadi aku meneliti telefon bimbit...entah mengapa jejari ini tergerak mencari...terpapar di skrin..Maliki 0134351165..
K.ida...Zu pi mana ni?..telefon tak angkat dari tadi...
airmataku tak dapat diseka lagi...kerana aku pasti suara dan pertanyaan itu takkan kudengari lagi...

Pesanku pada kak zu ambillah masa sehari dua lagi untuk menenangkan diri dan mencari kekuatan diri. Ziarahi si 'dia' beberapa pagi lagi semoga hati benar-benar menerima yang 'dia' telah kembali menghadap Ilahi. Tinggalkan si 'dia' dengan senyuman dan berjanji akan kembali lagi kerana 'dia' senantiasa lekat di HATI... Dariku, Elly
BalasPadamsekarang ni...aku sendiri tak boleh nak buat ape. tadi sekadar melintasi..berhenti sekejap sangat ..sembang sikit pasal product avon dan pergi kelas. entry ni sangat meruntun hati aku..seiap kali membaca menitis airmata. nanti..bila keadaan dah reda..aku sembang dengan dia..dia tak boleh tengok aku sekarang..detik kehilangan itu kembali lagi agaknya...kite doakan semoga dia cepat pulih...
BalasPadam