Masa datang dan berlalu ...begitu juga dugaan hidup..datang dan pergi tanpa henti ..begitulah kehendak Illahi..
Sipau nampak dah beransur pulih hari ini. Aku terpaksa mengambil cuti ..kerana pagi tadi badan Sipau panas semula. Petang tadi aku tertidur agak lama. Dah dua malam aku tak nyenyak tidur kerana menjaga Sipau kesayanganku itu...yang banyak keletah dan kerenah...diharapkan sihat nanti. Petang ni bila rasa dah sihat sikit mulalah merengek nak pergi Choral Speaking esok...merengek dan memeluk..macam biasa cium dan gigit aku..hehe..species apa tah?
On the way ambil Madiha tadi...terfikir jugak aku ...banyaknya rintangan dan dugaan dalam hidup ini yang terpaksa aku lalui. Kekadang jadi takut..kekadang aku rasa sangat bersyukur kerana dugaan-dugaan itulah yang mendewasakan dan menuakan aku..lebih sesuai frasa menuakan kot kerana aku semakin tua nih...era dewasa dah semakin jauh aku tinggalkan.
Cerita pasal tua ...baru-baru ini aku dapat menjejaki beberapa orang rakan semasa di UKM dulu..antara tahun 1984-1988 dari facebook. Rupanya ada juga positifnya facebook ni ye.. Tag gambar...dapatlah gambar lama dahulu daripada rakan sekelas aku Habullah Zakaria (tu yang paling tinggi dalam gambar)..semasa aku masih di English Department. Ish..bila dikenang-kenangkan nak tergelak pun ada..bila aku tengok gambar aku sendiri..hahahahaha...cute jugak!..hem perasan tak sudah...Bul pun adalah call imbau kisah dulu-dulu membuat aku teruja mengenang kisah silam yang manis dan campur pelbagai perisa lagi..hehehe
Masa di Eng. Dept. kami menimba pelbagai ilmu yang rencam..Linguistic pe benda..termasuk berdrama sampai tengah malam. Al kisah Pak Guard pernah datang dan halau kami dari DECTAR kerana dah kul 1.00 pagi dok leka berlatih tak habis-habis. Sebenarnya aku takut-takut berani gak masa tu kerana ada jugak aku dengar memacam cerita seram tentang DECTAR. Kata kekawan... terutama senior dan Pak Guard..memalam selalu kedengaran bunyi orang main gamelan sedangkan tak ade siapa yang main..bayangkan tengah malam..siapa pulak yang berlatih..selain HANTU...hish..seram aku. Tapi alhamdulillah..tak de la pulak aku terdengar...ke aku ni pekak badak?
Namun dek asyik masyuk berlatih..terlupa pulak cerita-cerita seram tu..terutama kisah terjumpa orang tak berkepala merayau di kawasan kampus. Pn. Maznah pun mungkin tak terasa masa berlalu..komited betul buat kerja. Nak tau..Pn. Maznah ni kawan baik Faridah Merican..pelakon dan pengarah teater terkenal tuh..Hasilnya ok..kami buat sitcom 'atap genting atap rumbia'...in english beb...Pada pandangan aku masa tu..kerja keras kami berjaya...kerana ucapan tahniah bertalu-talu datangnya daripada para pensyarah Eng.Depart. Masa tu...seronok sangat rasanya. Namun part yang tak seronoknya bila kami terpaksa cover 12 jam seminggu untuk english je...tiap-tiap petang. Rasa nak termuntah aku. Tapi yang aku suka..bila tiba part English Literature..belajar komen drama Macbeth...belajar tentang Zeus..Pandora..Eros dan lain-lain...akukan suka part-part merapu meroyan memacam ni..dan aku sangat rindukan saat manis tu. Sampai ke IB aku masih berdrama lagi. Ni jadi nenek kebayan la pulak dalam sitcom 'Puteri Gunung Ledang'. Sampai lekat nama Mak Nenek kat aku. Gegak gempita gelak ketawa rakan sekuliah . Agaknya memang aku ni ada bakat jadi pelakon ..ishish..perasan tak sudah...hihihi.
Fasa itu telah berlalu pergi dengan pantas ..sepantas kilat..dan baru kini aku sedari. Namun yang pastinya aku tak akan dapat melupakannya sampai bila-bila..hanya ucapan terima kasih sahaja yang dapat aku titipkan buat semua yang pernah melalui saat-saat itu bersama-sama aku ...dan aku rindui kamu semua...huhuhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan