Adik-adik manis..dari kiri Rose dan Nora depan..belakang Nurul n Yati..Nurul tu tak salahnya anak murid Yati di matrik UUM..Nurul makin tua ke?..kami makin muda?..hahahaha..jangan marah Nurul....
Aku yang dah tak larat menyengeh!
Pagi kelmarin hiruk pikuk di kubikal aku..kami tak peduli orang dah..Entah mengapa aku teringat nak rakamkan kenangan untuk kami 4 serangkai..aku, Nora, Yati dan Rose...geng giler ..
Pakai webcam ni ..walau gambarnya nampak blur... senang dan seronok sikit..boleh adjust kedudukan dan senyuman...tu yang sengeh sakan. Insyaallah aku akan simpan gambar ni. Dalam facebook ade..kat blog pun ade..ye lah...nak tunjuk kat cucu aku nanti..ni opah masa dedulu..happy je..ish..sure cucu aku bangga...punya opah vogue macam kami berempat..hihihi
Mengabadikan kenangan adalah kerja rutin aku sejak kebelakangan ni...aku dok mengadap laptop sampai ke malam buta..sampai sakit urat pinggang aku nih..tak peduli..tulis dan terus menulis..kerana inilah escapism aku..kerana cakera kepala aku dan sudut paling dalam jiwa aku ni padat sepadat-padatnya..serba serbi menyucuk dan menghimpit..sampai ade masa aku blur. Kena luahkan sikit-sikit...aku dah bertekad tak mahu memendam rasa banyak sesangat...takut jadi tapai... meletup...
Aku amat mengerti jika ada yang mengatakan..dah tak begitu sesuai keletah aku macam ni...kalah student matrik lagi..kalau anak-anak murid aku tengok tentu sakit tengkuk mereka geleng kepala...apalah nak jadi dengan puan-puan berempat tu..terutama yang pakai tudung purple...border warga emas dah tuh...
Namun...dugaan mengharungi cabaran hidup ini lebih hebat peritnya daripada umpatan orang. Jadi aku selalu bertekad untuk mengabaikan sahaja. Sama ada sampai ke telinga aku atau sebaliknya..nyahlah dari fikiran aku..biarkan aku dengan dunia aku sekarang ..kerana aku rasa hidup aku dah banyak improvement..sejak ada mereka dan laptop nih ...sampai ..tengok.. dah kembang semangkuk muka aku...dok makan tak bertampi..semua sedap aje kebelakangan ini. Macam aku selalu kata..petanda ape tu?...seronok ke stress..mana-mana je lah...
Kepada mereka bertiga..Nora. Yati dan Rose...aku rakamkan ucapan terima kasih teramat..kerana banyak membantu memulihkan semangat aku..menyuntik kegembiraan di hati dengan kata-kata yang kerap kali sedikit giler..sedikit mengangkat diri sendiri..bagai bakul angkat sendiri..pantang di puji baju cantik..akan dibalas dengan kata-kata yg boleh menyakitkan hati..mengapa puji baju ni je cantik..katalah tuannya pun cantik..dan kalau dipuji cantik atau menerima apa-apa perkhabaran gembira dan mengejutkan..terlompat-lompat macam katak ditimpa hujan ..namun itulah rupanya pengubat jiwaku...bertaburan benih kegembiraan dan kenangan manis dalam hidupku kini...sering membuat aku tersenyum sendiri. Parah kalau selalu macam ni...kuang..kuang..kuang
Rose dan Nora boleh dikategorikan sebagai muda. Aku dan Yati hampir sebaya..tetapi aku sign mati ...layaknya dipanggil kakak di kalangan mereka..kekadang riuh terjerit-jerit..di balik kubikal..k.ida..k.ida...mai la sini lekas..mai la minum..jom p makan dan kalau ada rahsia bersekutu..syyy..kami gossip..tetapi perlu diingat..jangan bertanggapan jahat...kami bukan gossip sebarangan..berkisah sesama kami je...insyaallah..tak lah mengata orang. Selalunya kami ini jadi agen penyelesai masalah..peh tu..nak tido malam pun susah..dok fikir masalah orang..sms memalam..hem...silap-silap haribulan suami masing-masing memendam rasa..kot-kot isteri ni ada kekasih gelap..ish tak de la bang oii...abang je gelap jadilah..kalau ada niat nak cari kekasih ...baik cari yang cerah sikit...gelap jugak macam abang buat pe???...hahahaha
Akhir kalam..diharapkan hubungan ini akan terus akrab...diharapkan ikatan ini terus kekal tak terlerai..diharap senyuman manis ini tak akan lekang-lekang dari bibir kami ... diharapkan hati bersih kami tidak akan ada yang mencalar ...sehingga tiba saat kami menutup mata..dan semoga Allah senantiasa meredhai niat murni dalam perhubungan kami ...amennnnn....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan