Naik berkarat entry yang lepas...aku tak dan nak update..banyak kerja..kain baju dua tiga lori nak lipat. Sekarang cuti sekolah..anak-anak... tiga orang ada kat rumah. Nasib baiklah putera aku satu-satunya tu rajin basuh kain dan sapu rumah...jadilah...tak teruklah aku bila balik kerja..kalau rajin aku masak untuk makan malam...tak rajin...biarlah kedai yang masakkan...
Dua hari ini aku rasa ade yang tak kena...entahlah..akupun sedar yang aku selalu terlebih emo sikit. Mulanya aku janji ngan Mr. Chin. untuk ajar fizik kat Angah. Dia cikgu sekolah yang sangat berpengalaman. Janji nak hantar dengan anak Yati sekali. Aku pun yakin yang Angah akan pergi tetapi sayangnya sampai hari yang dijanji..Angah keberatan nak pergi dengan alasan dia tak tau apa yang nak ditanya..ish..tak munasabah langsung alasan tu. Aku tolong hantarkan anak Yati sambil minta maaf pada Mr. Chin kerana Angah keberatan nak datang.
Asal kisahnya kecil sahaja..tetapi kepala aku ni tak renti-renti berfikir dan tak boleh terima alasan yang Angah bagi..kerana pada pendapat aku..kalau kita tak tahu ...apa yang kita tak tahu ...bermakna banyak sebenarnya yang kita tak tahu atau tak faham..tak taulah sama ada kekawan faham atau tidak maksud aku....
Akak pulak sekarang aku post kat Mr. Chow...harapan aku Chow boleh bantu Akak ...kerana add maths dia tak strong..bimbang kecundang nanti.. Itupun separuh mati jugak aku kena fikirkan macamana nak push dia supaya berusaha dan terus berusaha memperbaiki keadaan. Beberapa hari ini bila nampak aku ...dia cepat-cepat lambaikan tangan..mama..ok..ok..ok..Akak ada kelas ni!..jawapan tragis bila aku bertembung dengan dia ... tanpa aku sempat membuka mulut bertanya. Dia pun agaknya tak larat tengok aku dan dengar aku berkhutbah siang malam..tak cukup dengan itu... sms lagi...supaya dia terus study mengejar masa tanpa henti..yelah...pejam celik...pejam celik dah sebulan berlalu dan bulan Julai ini dah nak UPS..entahlah..aku yang takut..kerana pengalaman anak-anak murid sangat banyak mengajar aku..tiada erti belajar halai balai di matrikulasi. Once dah jejakkan kaki..terus kena masuk gear 3..kalau kekal gear 1..petanda akan ketinggalanlah tu...
Sebelum pulang tadi..sempat juga aku melongo sekejap...review balik ..betul ke tidak tindakan aku. Aku yakin yang aku betul!..yakin!..yakin!...yakin!..Siapa lagi nak gerakkan mereka? Walaupun mereka sudah boleh berfikir sendiri tetapi sikap masih di peringkat transisi..Angah fikir dia masih di peringkat PMR ..Akak pulak ingat dia masih di peringkat SPM..tak nampak yang ke depan sana..dan semuanya tersuluh dengan terangnya buat aku..biarlah apa jua bisikan hati mereka..biarlah..insyaallah suatu hari nanti mereka akan faham.
Mr. Chin bertembung dengan aku jam 10.00 pagi tadi. Masih bertanya tentang Angah dan suruh Angah buat latihan dan datanglah jumpa dia hari Rabu nanti. Mr. Chow pula..petang tadi melaporkan Akak sedang buat latihan dan bila dia beri pilihan .. sama ada nak balik atau terus buat latihan ..dia memilih untuk buat latihan..hahhh..lega aku. Aku bukan mengharapkan Akak atau Angah akan dapat markah A+..perfect...tetapi dengan harapan mereka belajar berusaha secara berterusan dan jadikan ia sebagai kebiasaan...kerana aku sangat percaya..orang yang terus berusaha walau apa sekalipun rintangannya sahaja akan berjaya dalam hidup...
Ucapan terima kasih yang teramat aku rakamkan buat Mr. Chin and Mr. Chow kerana sudi membantu anak-anakku..dunia ini terus berputar pada paksinya dan menyaksikan kenyataan ...bahawa Allah akan memberi kemudahan dan ruang seluas-luasnya buat mereka yang senantisa memberi ruang dan kemudahan seluas-luasnya buat orang lain...wallahualam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan