Ahad, 11 Julai 2010

BETAPAKAH...

Aku tak dapat menahan lagi kemarahan yang bernyala maghrib tadi. Aku hempuk handset aku ke meja makan di dining hall. Lama juga screennya paparkan 'inactive sim'..gelap dan nasib baik bernyala semula dan wall papernya kembali ke asal..kalau tidak ...beli telefon baru lagi aku!

Entahlah aku mahu mulakan kisah ini dari mana. Punca kisahnya.. cuma aku call Akak dah 3 ke 4 kali tidak berjawab. Tak pe la tu..sebaik aku tamat ironing pakaian Akak call balik..dia mandi tadi mungkin. Macam biasalah anak dara aku tu ...kalau mandi tak sejam..tak sah...Aku cuma call nak beritahu masa senggang Norienti..pensyarah Biologi supaya dia boleh pergi merujuk apa-apa yang tidak difahami. Norienti dah berapa kali tanyakan Akak. Jadi.. aku pun confirmkan petang tadi.

Bila aku nak maklumkan masa Yanti ade kelas..dia dok minta masa senggang..aku kata salin je lah masa kelas dia..kerana masa senggang dia banyak..lagi kompleks..tak.. dia bertegang urat dengan aku nak masa senggang juga untuk disalin. Suara pun macam tak berapa suka je. Suara aku semakin tinggi dan aku rasa darah aku dah naik sampai ke kepala. Tanpa sedar aku hempuk telefon aku kat meja. Aku tunggu telefon tu sampai ok..airmata aku..semakin lama semakin lebat dan aku sms akak.

Akak..ibu sangat letih mengatur hidup Akak supaya Akak boleh berjaya macam orang lain.
Tapi Akak macam tak peduli. Jadi tak pe la..Akak buatlah apa yang patut..ibu rasa ibu patut berhenti dari berusaha dan memalukan diri kerana asyik bertanya siapa saje untuk bantu Akak... sedangkan anak sendiri tidak mahu. Apapun ibu hanya boleh doakan Akak. Anakku berusahalah ..kerana kesal kemudian tiada gunanya. Fullstop..

Aku beredar secepat mungkin dari situ. Sipau perasan aku menangis..dan di dalam bilik air aku terduduk menangis dan menangis dalam percikan air yang dingin itu. Aku dah tak boleh menahan rasa lagi..aku rasa yang aku sudah sangat letih berfikir..sangat letih bercakap..sangat letih merayu kekawan..bantulah anak saya..sedangkan anak sendiri tak pernah mahu menganjak sikap dan pemikiran

Keluar..aku bersiap dan sembahyang Isyak..terus dengan solat hajat..dan aku rasa..solat hajat inilah yang paling syahdu buatku. Airmata tak dapat kuseka dalam sujud doa setelah tahyat akhir. Terdaya aku bisikkan hanyalah ungkapan-ungkapan ini:
Ya Allah hanya engkau yang maha mengetahui lagi mengasihani..sesungguhnya ya Allah ampunilah segala dosa-dosaku..dosa orangtuaku..suamiku..sahabatku..saudara maraku dan anak-anakku. Dengan setulus ikhlas hati..aku ampuni segala kesalahan anak-anakku..limpahilah cahaya iman dan ilmu buat mereka ya Allah..padamkanlah api kemarahan di hatiku kerana sesungguhnya kasihku sebagai ibu tidak selayaknya menyalakan api sedemikian rupa..Ya Allah engkau berkatilah mereka..lapangkanlah mata hati mereka semasa menghadapi peperiksaan..kerana tiada tempat sebaik-baiknya untuk aku bergantung selain darimu ya Allah...tunaikanlah hajatku ini...

Selesai memberi salam..aku menangis lagi..memekup muka..entahlah dah bengkak ketotong mata aku. Aku kemaskan telekung dan ke dapur untuk makan. Suamiku cuma memandang tanpa sepatah kata..Dia bangun dan membasuh semua pinggan yang ada dalam singki dan basuhkan kain sekali..Terima kasih aku ucapkan dalam hati..kerana fahami perasaan aku. Sipau dah datang peluk aku tadi...biasalah..ayat power..Ibu dah lah..adik tak sukalah tengok ibu nangis camni..adik sedih tau..sambil mencium tanganku..ibu..adik janji ..adik nak belajar sungguh-sungguh..ibu..maafkan adik ye..aku peluk dia seeratnya..pilu menusuk..

Aku makan sedikit..tak selera rasanya. Tapi makan jugaklah takut sakit aku menjenguk lagi.. Tamat makan..Sipau serahkan komputer ni kat aku..nak ambil hati aku barangkali..sedang menaip terdengar dentuman pintu depan..Akak balik..sambil bernyanyi kecil..sakit hati juga aku dengar..lalalalla...ibu..mai nak catat.. sambil menghulur buku catatan..tu dia..selambe badaknya anak aku..aku jawab..pergilah Akak..cari sendiri..ok lah..secepat kilat dia jawab. Aku malas nak argue lagi..geram sungguh rasanya

Dia ke hulu ke hilir angkut bajunya yang baru kering di bilik. Dah siap sume dia jalan selambe ke pintu...tapi mungkin kerana naluri aku memanggilnya...dia patah balik..Ibu..Akak nak balik dah ni...dia hulurkan tangan kepadaku...tak terdaya rasanya aku mengangkat tangan...airmata aku luruh selebat-lebatnya ...aku peluk dia..dan dia peluk aku seeratnya ...sama-sama menangis..Akak amik dalam beg ibu kertas hijau. Yang pink tu tanda dia ada kelas. Aku tak lepaskan dia lagi..cium dan ciumi dia... sepuas-puasnya... dan dia tersedu sedan menahan rasa dalam pelukan aku...Akak belajar betul-betul ye..janji ni...dia cuma mampu mengangguk-nganggukkan kepala dan aku lepaskan dia dengan penuh keikhlasan..dengan doa...dengan segala rasa kasih seorang ibu...

Anakku..sesungguhnya ibu ampuni segala yang mengguris hati ini...semoga engkau berjaya menghadapi segala rintangan..insyaallah...dan hingga kini..airmataku ini masih enggan kering..betapakah...ke mana perginya penawar pilu buat seorang ibu sepertiku?

2 ulasan:

  1. Ni yang malas nak baca nie... aku yang nangis beria-ria... Anak2 sekarang memang begitu. Tak prihatin hasrat ibu bapa. Hanya mengganggap ibu bapa suka campur aduk dalam urusan mereka yang telah 'dewasa'. Sedangkan mereka tak tahu apakah yang menanti mereka di hadapan. Menganggap semua nasihat dan pengorbanan kita sebagai sesuatu yang menyusahkan mereka. Bersabarlah dengan kerenahnya kerana apa yang akan dihadapi di masa depan nanti akan membuatnya memandang kembali apa yang telah kita lakukan untuknya. Sesungguhnya kita tidak mampu mengawal apa yang telah ditetapkan olehNya. Kita telah berusaha...berdoalah sahaja untuknya....uhuk5x...bengkak mata la...malunyeee..mesti kena gelak ngan sabri....wuaaaaaaaaa..

    BalasPadam
  2. hehehe..janganlah nangis..aku pun hari ni baru lega sikit...itulah cabaran besar seorang ibu mendidik anak-anak..alang-alang..entahlah...kemarin sabri kata nak sedia baldi kat hang..aku gelak sorang...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...