Khamis, 22 Julai 2010

'KAKOM' DATANG LAGI....


Suamiku dalam perjalanan ke KM Johor untuk bersama-sama meraikan Karnival Kokurikulum Kolej-kolej Matrikulasi seMalaysia..KAKOM. Semoga dia selamat dalam perjalanan dan semoga hatinya terus berbunga..berkat dapat bertemu rakan-rakan seMalaysia dan bersorak sorai menyokong pasukan masing--masing yang bakal berhempas pulas ...tertonggang dan tertonggeng merebut gelaran dalam karnival tersebut..

Aku di sini..terpaksa menghela nafas sepanjang-panjangnya kerana bermakna aku akan ditinggalkan selama seminggu mengurusi rumahtangga yang bak Akak kata pagi tadi..first time aku dengar dan nak tergelak pun ade...ibu.. rumah ni dah jadi macam sarang tikus!hehehehe...sudut negatifnya ..menunjukkan bagaimana malasnya aku sekarang ..positifnya..maksudnya ..anak aku sudah pandai rupanya membezakan yang kemas dengan yang berselerak ...macam tongkang pecah tuh.

Asalnya..pagi tadi..aku mencari beg Adidas suamiku..nak pergi karnival mana sesuai seret beg tarik Polo kan?..mesti bawa beg ala-ala atlet gitu..jadi aku punggah dan punggah..tendang dan terajang sana sini..kerana tangan aku dah tak berkederat nak angkat beg-beg yang berat di bilik belakang tu..tak jumpa-jumpa dan aku tinggalkan semuanya bergelimpangan di situ..tu yg Akak terkejut beruk tengok..beg Adidas tu pulak rupanya ada di stor ..elok je terselit di tepi almari ...aku sebenarnya berniat nak mengemas segala yang bergelimpangan itu...setelah siapkan bagasi suamiku..saje ala-ala tunjuk perasaan kononnya.....padahal..suamiku itu jeling pun tidak...buat letih tunjuk perasaan je..kihkihkih

Hem...hari ni memang aku terasa sedikit tidak sihat..entahlah..trauma kot. Setiap kali tibanya KAKOM suamiku akan berpergian...dan setiap kali KAKOM serasa kenyiluan menyusuk ke sanubariku. Aku kan pernah cerita yang aku pernah collapse...tepat di pertengahan tempoh KAKOM berlangsung. Suamiku punyalah komitednya..sanggup tunggu sehingga KAKOM tamat baru pulang menjenguk aku yang terlantar di hospital...4 hari..3 malam dah..dengan alasan cermin kereta pecah. Aku fikir cermin depan...fahamlah aku kononnya..macamana nak drive balik...rupa-rupanya hanya cermin sisi di belakang sahaja dan sempat pula dia bertandang ke Kuala Lumpur dari Gambang untuk mencari ganti cermin kereta daripada berkejar pulang mencari isterinya yang berisiko untuk 'pergi' buat selama-lamanya...

Entahlah...ada rakan yang kata aku negatif..fikir yang buruk-buruk belaka dan senantiasa melihat dari sudut negatif suamiku..akupun tak tau macamana nak menerangkan kerana sebenarnya dalam hidup ini..sekiranya kita sendiri tidak mengalami walau sebesar kuman pun masalah itu.. kita tidak akan mungkin dapat menyelami dan merasai masalah orang lain...bak kata S.R Covey dalam buku 7 Tabiat Berkesan...empatinya...pakailah kasut buruk orang lain..barulah kite memahami masalah orang lain ..kerana kita sepatutnya melihat setiap masalah yang wujud di dunia ini menurut rangka rujukan mereka yang mengalami masalah itu barulah kita layak digelar manusia sejati.

Teori ini mungkin agak berat untuk difikirkan...jadi tak payah fikirlah..ada masa.. cari sahaja buku tu dan baca. Tetapi aku tak jamin semua orang memahami kerana aku yang cuba mati-matian nak memahaminya pun (kerana ianya isi silabus pengajaran)... puas duduk..baring..jenuh baring..menonggeng..puas menonggeng..tutup mata dan terlelap terus sampai esok pagi untuk cuba faham. Namun alhamdulillah... melalui pengalaman... aku dah pun faham...cuma persoalannya..sama ada aku nak aplikasi atau tidak aje...

Sudah empat tahun pengalaman pahit nan ngeri itu berlalu..tetapi serasa baru semalam ia pergi. Aku bukan tidak pernah cuba mengikis kenyiluan itu ...tetapi ia datang dan datang bagai gelombang... kerana kekecewaan yang terlampau aku kira. Rakan baik aku sering mengusulkan aku positive thinking aje. Andaikan suami aku sangat penting adanya..sehinggakan kalau ditinggalkan kontijen KMK tu..tiada siapa yang boleh mengurusi..kerana hanya dia yang tahu segalanya...tetapi logiknya....betul ke????

Herm...aku telah cuba dan cuba menerima hakikat sebagaimana yang terusul di atas..tetapi yang datang semula kepadaku adalah satu persepsi..betapa kecilnya diriku dibandingkan kontijen KMK di bawah pinpinan suamiku itu..seolah tanpa suamiku akan bergelimpanganlah isi kontijen ibaratnya kapal tanpa nakhoda..namun tidak siapa pun termasuk suamiku memikirkan jika tergelimpangnya aku jatuh tidak sedarkan diri pada waktu itu...ke mana anak-anakku yang masih kecil nak berpaut kerana tiada saudara mara yang boleh mengurusi...haihhh...terasa nyilu dan nyilu bagai sembilu menghiris nuraniku...KAKOM...jadi titik hitam yang tidak mungkin terpadam....

Jam 12.00 lebih kurang ...sebentar tadi..suamiku membuat panggilan..menyuruh aku isi angin tayar kereta di sebelah penumpang hadapan..dan yang terkeluar dari mulutku hanya gumaman..herm..ok...kerana tergerak di hatiku...itulah nilai diri aku di matanya mungkin...sekadar pengendali kehidupan serata-rata yang setia...fuhhhhh..letihnya menghadapi hari-hari mendatang ini rupanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...