Selasa, 13 Julai 2010

HIDUPLAH SEADANYA...

Aku sering merasakan bahawa terlalu banyak rintangan dan dugaan yang melanda hidupku. Satu demi satu sehinggakan tak tersaringkan lagi. Realitinya...aku jadi sangat letih menahan jerih yang terpaksa aku lalui..yang terkadang serasa tak pernah Allah berhenti menduga aku...hemmm

Sejak aku pandai berfacebook ni ...positifnya ...aku temui semula ramai rakan-rakan lama..yang sudah puluhan tahun tidak bertemu dan bertamu. Masing-masing bertanya khabar dan berkisah..menzahirkan kerinduan tidak terkira dan aku turut menjadi ahli yang agak aktif ..penyambung talian kasih ini..walaupun cuma di alam siber.

Dalam diam rupanya...talian kasih di alam siber ini semakin menyedarkan aku bahawa aku bukan keseorangan melalui liku-liku hidup yang penuh onak dan duri ini. Dalam aku merasakan kesihatan aku ini celan celum jernihnya..ada insan lain yang sedang dan telah melalui masalah kekeruhan kesihatan yang agak setara malah ada lebih teruk daripada aku...dan aku tangkas mengambil peranan menjadi 'doktor tidak bertauliah' memberi petua dan nasihat ala-ala kaunselor perubatan ...gitu. Dalam aku merasakan kesunyian dan kerinduan yang sering benar mengekori hidupku..rupanya ada insan lain yang baru belajar merasakannya..menyebabkan aku dengan bangganya menyatakan betapa lalinya aku dengan perasaan tandus sedemikian. Dalam aku nyaris tewas mengharungi dilema kewanitaan 40'an ini ...rupanya ada insan lain yang dilemanya dua kali lima dengan aku..dan aku sekali lagi dengan bangganya menyatakan..alhamdulillah aku telah berjaya melepasi jerut dilema itu. Lagi dan lagi dan lagi...aku merasakan...rupanya aku jauh bernasib baik.

Namun...kebanggaan dan rasa nasib baik itu juga kekadang melurut jatuhnya... apabila aku melihat kejayaan orang lain yang telah dua tiga kali bertamu ke Baitullah...melihat keakraban hidup berpasangan mereka ..melihat kejernihan wajah wanita-wanita bergelar isteri dan ibu itu ..sehingga tiada sedikitpun calitan noda aura diri..haaaaaahhhh...terasa diri begitu kecil..aku kembali tersorot jauh ke sudut gelap yang pernah aku bina..

Benarlah kata orang mungkin...selagi kita bergelar manusia... kita tidak akan pernah puas dan terkadang terlupa mensyukuri apa yang telah dianugerahkan oleh Allah. Allah itu maha adil tentunya ... tepatlah sudah akan segala ketentuannya...agar hambanya tidak terlalu leka ...bangga diri dan serba manika perasaan yang jahat dan nakal-nakal belaka...maka disorong tarikNya mana perlu....supaya kita senantiasa berikhtiar untuk belajar hidup seadanya..wallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...