Selasa, 6 Julai 2010

KEPERCAYAAN

Malam ni entah mengapa..terasa airmata macam nak gugur saje..tak tahu sebab musabab sebenarnya...mungkin dalam minggu ini banyak perkara yang bertindan lapis berlaku..datang dan pergi...penat rasanya bila aku recall fikiran aku..masalah biasa..kalau tak de apa nak fikir..aku mula cari lubang untuk fikir...ish.....

Entah mengapa ye..aku teringat sangat kat dua beradik yang aku jumpa di masjid kat Alor Setar tu. Aku singgah sembahyang asar jam 5.00 petang..on the way nak pergi shooping kasut dan handbag aku yang dah expired tuh...selesai sembahyang aku nampak dua beradik ..si kakak dan adik lelakinya..Aku terlupa nama mereka..siapa ye?..masalah betul aku nak recall nama nih. Hati terdetik berkata..mak dia orang sembahyang ke?...percayanya dia..pandai pulak si kakak tu jaga adiknya yang baru pandai menjulur . Anak-anak aku memang tak ade kemahiran tu..kerana aku tidak pernah percaya mereka menjaga adik. Itu sebabnya kalau beranak kecik..nak ke toilet..aku letak anak aku depan toilet..sanggup buka pintu tu..bimbang akak atau abang angkat adik..takut terjatuh..ish ngerinya aku bila membayangkan

Sambil membetulkan tudung aku terus-terusan memerhati. Ada instinct juga kot...si kakak tu tak semena-mena mengangkat adiknya ke depan aku..eh..dia ni silap mak ke?...tapi si kakak tu terus tersengeh tengok aku dan dudukkan adiknya diribaan. Sambil menyapu bedak ke muka aku bertanya..

Kakak dari mana nih?
..dari Guaq
...hah..makcik tak dengar la kakak..
dari Guaq
..ohhh...Guar Cempedak ke?
.haa betui..katanya sambil tersengeh..penuh ikhlas..
mai sini buat ape?
..p kenuri..
hah kenuri kat mana?
..sik..
haaaa...sik?..

pelik juga macamana sampai ke Alor Setar..kenduri di Sik..tinggal di Guar Cempedak...aku tak mahu menyiasat lebih lanjut..kerana aku tertarik sangat tengok si adik tu terngangga mulutnya tengok aku sapukan lipliner pulak...

Kakak sekolah dah darjah berapa dah?
..tiga..
ooo..tapi nampak kecik la kakak ni..

dia tersenyum senang dan menampakkan giginya yang masih berlohong di sana sini..baru gugur gigi susu kot..aku tersenyum tengok...si adik terus-terusan melopong..terutama bila dia tengok aku sapu lipstick ke bibir..hati aku bagai di garu dan aku ketawa terkekeh tengok lopongan mulutnya ..siap bergincu..aku cecahkan lipstick tu ke mulutnya yang melopong tu
...mak!..mak!..tengok ..makcik buh mulut merah kat adik..
aku menoleh dan aku lihat ibunya baru selesai sembahyang..ibunya menjengukkan kepala sambil tersenyum melihat aku...aku cuit dagu adik dan si kakak..mereka berdua berpandangan dan tersenyum lebar...baru terdetik nak snap gambar mereka berdua..tiba-tiba datang dua remaja perempuan tersenyum dan mengangkat si adik..si kakak masih tersenyum mengadap muka aku..hati aku terasa sangat tersentuh entah kenapa...aku tarik ke sisi dan aku ciumi dahinya..
kakak belajar rajin-rajin tau..makcik doakan insyaallah.
Sama ada dia faham atau tidak terpulanglah..tapi dia mengangguk-nganggukan kepala dan aku tinggalkan dia dengan remaja berdua itu...

Sesampai di ruang legar masjid..Sipau bertanya sambil ketawa..
ibu..ibu buh gincu ke kat adik tu?
tak lah..ibu cecahkan aje..dia teringin kot..lagi pun dia lelaki...
ye ke ibu?.
..dia pakai baju lengan pink..bukan pompuan ke?
..ish..baju tak leh kire..agaknya baju kakaknya dulu..
Sipau terdiam dan mungkin terima alasan aku...

Dalam kereta aku terus terbayangkan dua beradik tu..kenapa mereka berdua selamba duduk depan aku..tertarik tengok aku berbedak kot?..budak perempuan kan..teringin bersiap..tapi yang lelaki tu ..apa yang dia tahu..melopong je tengok aku..aih..heran lah jugak ...

Semakin lama aku fikir...semakin aku memahami..mungkin Allah mahu aku membandingkan kekuatan diri dan ketawakalan aku dengan ibunya barangkali..menyuruh aku berkongsi kepercayaan...dalam hidup ini ...separuh adalah untuk aku usahakan dan separuh lagi serahkan sahaja kepada Allah menentukan. Aku yang tidak pernah percaya bahawa anak-anak boleh menjaga diri mereka sendiri mahupun adik-adik ...bahawa aku tidak boleh menyekat kehendakdan takdir Allah...bahawa Allah akan memelihara anak-anak kita insyaallah di mana jua apalagi jika berada di rumah Allah...teruskanlah beribadat..buangkan segala keraguan dan kerisauan ...kerana segala ketentuan adalah di tangannya...lihat sahaja sendiri..anak-anak berdua itu selamat sehingga ibunya tamat sembahyang..bila aku renung-renungkan...fahamlah aku kini betapa perlunya aku memberi sedikit ruang dan kepercayaan kepada anak-anakku untuk membuktikan bahawa mereka berupaya mengurus diri sendiri dan adik-adik..walaupun mungkin tanpa aku disisi..kerana apa yang penting.... bekalilah mereka dengan doa ibu yang sejati....wallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...