Alhamdullilah...saya baru sahaja menamatkan assignment beberapa minit yang lalu. Bermula dari tengahari kelmarin hingga ke malam ini. Just nice..20 mukasurat termasuk ringkasan eksekutif dan bibliografi. tekad saya dah tercapai..saya harus menyiapkannya sebelum semester bermula semula. Isi..tuhan sahaja yang tahu..main redah apa yang terlintas difikiran...saya dah tak boleh berfikir banyak lagi.
Dua hari ini adalah hari yang sangat mendukacitakan mungkin buat si bongsu...saya terus-terusan mengadap laptop dan dia merengek itu dan ini. Bila saya jeling dia terdiam, dan saya terus-terusan meminta dia jangan menggangu saya buat sementara waktu...ibu..boleh adik main game dak lepas ni?...ibu pergilah tido sat..boleh adik main game...saya berehat dan ketiduran..hampir sejam. Bila saya terjaga dan marah dia ketawakan saya macam ape lagi.
Tengahari tadi dia merajuk dan warning saya jangan dok daftar PTK lagi. Tak kesian ke tengok adik..ibu tak layan adik pun ..dan rajuk datang lagi. Petang tadi dia minta saya bancuhkan teachino..boleh ke ibu? Ya allah sayu hati saya. Saya kata boleh dan bancuhkan satu mug. Saya ambil masa untuk makan dan sembang sedikit. Sambil tu tengok majalah 3 tentang Yasmin Ahmad. Sedih saya kerana saya sangat suka menonton filem arahannya yang sememangnya berbeza daripada pengarah lain. Itu lah..orang yang ada kelebihan...sangat kasih akan ibu bapanya...tuhan segera mengambilnya pergi...al fatihah buatnya.
Ketika menyambung semula kerja mengedit..si bongsu datang bawa segelas air..ibu..adik nak tido..ni ibu minum tau..seperti biasa dia akan cium tangan dan pipi saya sebelum tido..maafkan adik sebab adik kacau ibu buat keje...alahai...menitis airmata saya...tadi melintas di bilik kelihatan baju sekolah dah siap di seterika...adik dah siap iron baju adik..adik kesian tengok ibu...anakku sayang...hanya syurga buatmu...terima kasih kerana sangat-sangat memahami...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan