Selasa, 4 Ogos 2009

MIMPI...


4 Ogos...begitu cepat masa berlalu. Hati bertambah bimbang...saya cuba dan cuba tenangkan diri. Editing dah siap cuma nak buat isi kandungan and binding. Slide bidang tugas tak tahu hujung pangkal lagi.

Saya masih belum berapa sihat. Cuaca pulak kat sini tak berapa baik. Jerebu..perut yang sakit tak lega lagi..badan rasa nak runtuh dan tekak pun sakit. Rasa macam rehidration je. Si bongsu sibuk petang tadi...ibu nampak dah kurus...positifnya ok. Tapi memikirkan saya tak sihat sebenarnya...bimbang jugak. Pergi kerja kena pakai mask...ramai student diserang flu...ujian saringan H1N1 dah dua malam dibuat...bimbang saya akan anak-anak yang merata tempatnya. Saya cuma mampu berdoa semoga anak-anak saya dilindungi allah...tak mampu nak melindungi..itu yang buat saya bertambah tidak sihat.

Hari ini..4 Ogos... ada beribu makna dalam hidup saya...yang pahit dan yang manis. Kata orang kalau nak hidup kita ceria fikirkanlah yang manis-manis sahaja. Kenapa nak fikirkan yang pahitnya. Apa yang dah berlalu biarkan berlalu..pandang ke hadapan dan hadapi dunia baru. Tapi mampukah saya menentang arus yang menyerang ganas dan belum reda-reda?...mampukah saya menepis mimpi setiap tibanya malam hari..saya letih menyeberangi lautan, berlari di padang rumput yang luas, mendaki gunung yang tinggi...semuanya meletihkan.

Hem...setiap hari saya mengharap dan berdoa semoga malam ini tiada mimpi. Semua serba hitam dan saya boleh berehat..supaya dapat berhenti berlari, mengejar, dikejar, mendaki dan menuruni lembah...sesungguhnya saya sangat letih...menghadapi dunia yang memerlukan saya terus-terusan berfikir...siang dan malam...
sambungan....
Just now near 10.00 balik makan. Hubby ajak keluar makan naik kereta proton saga merah yang baru dibelinya. RM 4,000 tak tahu dia nak buat apa. Kata nak buat kenderaan jalan-jalan sekitar Changlun...pening gak fikir...ini kali kedua dia beli kereta secondhand macam tu...nak kata apa pun tak boleh. Kete dah ada dua...tambah satu lagi. Cuma mampu kata...mengapalah ayah beli kereta proton ni...ibu sedih...teringat masa anak-anak kecik-kecik dulu...naik kereta macam ni la. Balik tadi terasa gegarnya...tak yah pi massage dah..bergegar habis badan-badan sampat ke urat nadi...ish..ish...pening fikirkan...pipa' pun terkekeh-kekeh gelak dalam kete tu..suamiku..satu dalam seribu ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...