Khamis, 6 Ogos 2009

ASSALAMUALAIKUM...

Demam pipa' melarat rupanya hari ini. Saya ke kelas jam 8-9 pagi. Balik tengok pipa' masih demam. Hubby pergi kerja dan saya tiada pilihan...nak bawa ke cubic..takut flu dia tersebar kat orang lain. Nak ambil cuti...kesian student kena ganti kelas. Jalan tengah...itu sahaja nampaknya.

Menjelang petang..badannya semakin panas. Airmata meleleh dibirai mata...kesian tengok. Saya bancuhkan air teh dan beri dia makan roti. Habiskan separuh...disuap..tengahari sup ayam n nasi...disuap gak. Dalam demam masih senyum.

Saya sangat sedih sebenarnya . Rasanya dua tiga kali kami berpelukan dan menangis. Pipa' seorang periang. Bila demam...alahai siapa nak hiburkan hati saya. Tu lah...bila dia asyik chatting saya marah..baby oi..boleh senyap kejap tak...ibu runsing ni. Ni bila dia demam...rupanya saya lebih runsing...tak cukup tidur...bimbang.

Petang tadi saya bawa dia ke hospital untuk ujian saringan. Dr. kata tonsil dia bengkak. Sekarang virus sedang merebak dan itu sebabnya lambat sihat. Teringat saya kes di hospital tadi yang sampai malam ni. Kami sampai hampir jam 5. Jam 6.30 baru dapat jumpa dr. Biasalah tu...nama dipanggil...saya masuk beri salam...nurse tu nampak pelik bila saya beri salam dan salam tak berjawab...saya intai gak muka dia..melayu..bertudung. Jumpa Dr. saya beri salam lagi. Dia pun renung muka saya..salam tak berjawab dan saya curi renung muka dia..ish Melayu..Islam la tu. Salam tu memelikkan ke di hospital?. Pulang saya ucapkan terima kasih kat Dr. ,kat nurse dan nampak nurse tu tergesa-gesa carikan plastik mengisi ubat...sedangkan orang yg masuk sebelumnya...layan diri...kena ambil beg plastik sendiri..hem..positif impact nampaknya...hati saya berkata. Stail kat hospital tak jawab salam kot?..hehehe.

On the way balik saya rasa badan pipa berpeluh..belum makan ubat lagi tu...tapi psikologinya...dia sangat takut tengok darah angah hari tu. Pagi ni 7/8/2009 saya rasa suhu badannya dah mulai stabil. Saya pulak tambah pusing...tak dapat tido lena dah berapa malam. Alhamdulillah..diharapkan si bongsu akan ceria kembali...dan saya akan cuba bersedia mendengar kembali pelbagai soalan cepumas daripadanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...