Sabtu, 8 Ogos 2009

Cayoooooo......


Pipa is getting better..cuma tak lalu makan..tekak pahit dan rasa mual...perut kosong la dah tak mahu makan. Saya beli macam-macam jenis roti...dia asyik kata..awat roti ni suma rasa lain macam...hehe gelihati la pulak dibuatnya.

Tadi ke pejabat...ikutkan hati tak berdaya...tapi terpaksa pergi...kerja saya tak siap-siap lagi. At least today...teks public speaking mungkin dah selesai n power point untuk presentation dah half way. Esok..kalau betul-betul buat boleh siap kot. Tak kira dah...saya tak larat.

Halangan terlalu banyak..dari mula sampai saat akhir kat tengkok je lagi. Saya timbang semalam berat saya dah turun 1 kg lagi. Hujung minggu ni appointment tak tahu dia nak kata apa pulak. Yang pasti...saya rasa badan semakin lemah..tak cukup tidur..tak rehat dan otak ligat fikir macam-macam. Ini lah masa anak nak sakit, inilah masa komputer lingkup, inilah masa cermin mata akak retak, inilah masa untuk segala-gala yang tidak saya duga...Petang tadi balik dari pejabat jam 4.30 petang...iron di bilik on dari jam 9.30 pagi ...nasib tak terbakar satu rumah. Saya melalut jalan sana sini...lupa nak ambil apa tadi.

Pipa cuba cool kan saya...ibu jangan risau sangat pasai assignment tu..mesti boleh siap...kena ingat semua akan siap...jangan risau sangat. Cayoo..cayoo...cayoo...Ibu jalan sana sini sana sini mesti risau pasal assignment tu...anakku..fikiran dan perasaan ibu benar-benar terdera kini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...