Sabtu, 22 Ogos 2009

RAMADHAN TIBA LAGI...

Alang dan Pipa

Ramadhan tiba lagi dan saya menanam seribu tekad di dada. Saya ingin menumpukan perhatian kepada ibadah dan mengharapkan allah akan memadamkan segala kegelisahan dalam hidup saya.

Saya sudah tidak mampu menghadapinya lagi. Saya sangat bimbangkan si bongsu yang sangat dikasihi. Saya bimbangkan anak-anak saya yang lain. Akak dan angah nak exam cuma selangkah dua sahaja ke hadapan. Sedangkan keadaan saya masih belum stabil.

Kelmarin saya hanya mampu menyapu rumah serba sedikit, masak pun ala kadar untuk mengisi perut kerana semua anak-anak berada di rumah bercuti. Petang semalam semangat saya sedikit pulih walaupun kesakitan masih terasa...saya keluar membeli pakaian untuk anak-anak kerana kesuntukan masa. Bulan ramadhan...hubby saya tidak suka keluar membeli belah. Alhamdulillah dah selesai semuanya. Cuma nanti terpaksa curi masa untuk membeli baju melayu sahaja.

Tersangat mengujakan melihat orang di sekeliling saya hidup sihat dan gembira. Dan saya akan terus berusaha dan berusaha untuk hidup seperti mereka...semoga niat murni saya diberkati allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...