Saya baru sahaja bangun tidur....dah tiga kali tidur..rehat..badan tak berdaya..mc hari ini. Sakit saya menyerang lagi..jam 4 pagi terasa sakitnya..tak tertahan. Pagi tadi bangun terbongkok-bongkok sediakan sarapan untuk si bongsu.
Sibongsu nampak bimbang dan asyik merasa dahi saya...ibu sibu demam ke?...sakit perut ke.?..hem jawab saya. Terharu kerana keprihatinannya. Cuba minum air panas..tak jadi juga..makan ubat dan saya tidur hingga jam 10.45 pagi. hubby call pun tak sedar. Dia bawa ke klinik. Saya betul-betul tak berdaya.
Balik dari klinik tidur lagi. Si bongsu balik bawa makanan. Dia hidang . Seolah-olah saya dah boleh berjalan lagi. Ambilkan air suruh minum. Lepas sembahyang saya biarkan dia main game dan dia berpesan yang ayah tak bagi saya buat kerja apa pun hari ni. Tu lah...ayah tu sayang kat ibu...saya cuma terdaya untuk senyum dan saya tidur lagi.
Sampai jam 5. Tengok laptop terpasang saya curi masa mencatat. Hem...saya sangat letih berfikir..memang saya kena rehat sedikit kot...masa terasa berlalu pantas...takdir tuhan tiada siapa yang tahu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan