Sabtu, 29 Ogos 2009

KESAL...

Membaca catatan ummi saya turut terpanggil untuk menulis pada subuh buta ni.

Kelmarin ada gantian kelas..last minute decission kot...untuk hari raya. Jumaat...hari yang sebenarnya paling sibuk dalam hidup. Masa itulah saya mengemas, membelek pokok bunga, belek lipatan kain, membasuh, memasak dan segala-gala rutin seorang suri rumahtangga harus diselesaikan. Tetapi kelmarin kami bekerja...sangat pelek rasanya dan perasaan semua warga kolej yang bertugas sangatlah terdera. Bermula jam 8.00 pagi dan tamat jam 5.30 petang dan saya seperti ummi..the only kelas adalah jam 4.35-5.30 petang. tak ke pelek? Student memang tak larat tp alhamdulillah ..saya mengajar table etiket dan nampaknya mereka enjoy sakan and drag jugak hampir lima minit. Macam tak nak balik je...sedangkan saya terkejar-kejar nak berbuka di luar coz nak beli tudung baru buat anak dara tiga orang tu...

Hari raya diraikan setiap tahun tidak boleh tidak...mungkin lebih rasional diganti lebih awal kerana natijahnya kita dah tahu dari awal yang student takkan balik awal. Lecturer ada.. student tiada..nak buat ape? Saya faham kekadang perkara ini nampak kecil dan mungkin terlepas pandang...tapi fahamilah kesannya kepada kami ini yang terlalu banyak urusan pd hujung minggu dan cuti yang ada sekadar cuti rehat 7 hari itu.

Balik dari Alor Setar saya ketiduran dalam kereta and sambung pulak di rumah. Jam 2.00 pagi terkial-kial bangun ...tersedar masih berseluar jeans .... sembahyang isyak dan saya boleh tidur lagi ..macam seminggu tidak tidur kerana terlalu letih. 4,15 pagi bangun kemas dapur serba sedikit dan masak nasi goreng pulak untuk bersahur...ni..mata saya dah semakin layu...6 hari bekerja seminggu untuk 3 minggu..well..nak kata apa...cuma sedikit kesal memanah di hati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...