Saya sangat sukakan ladybugs. Apa-apa sahaja yang benda yang berimejkan ladybugs pasti akan akan menjadi renungan dan tumpuan saya. Entah kenapa...
Malam tadi saya dan anak-anak mencari-cari wallpaper yang ada imej ladybugs ni..angah layan la si ibu...dan mereka terkekeh-kekeh ketawa. Bila saya terjumpa wallpaper ni...saya rasa gembira tak terkata...pipa kata... ibu...chamelion nak kawan dengan ladybug tu..tu sebab dia tukar rupa dia biar serupa ...hem..pandai pipa...
Hakikat hidup memang begini mungkin. Adakala kita perlu mengubah corak hidup kita walaupun sebenarnya kita tak pernah suka jalan hidup sedemikian supaya kita nampak serasi walaupun sebenar tidak. Tetapi kadang-kadang saya sering berfikir selama mana keadaan ini boleh berterusan dan menjadikan kelangsungan hidup sangat menyiksakan kerana kita harus terus berpura-pura.
Hidup memang sesuatu yang amat rumit sebenarnya. Di sebaliknya terlalu banyak tersirat daripada yang tersurat. Keredhaan kepada sesuatu kekurangan di dalamnya amat perlu demi masa depan orang lain yang berada di sekitar kita.
Saya tidak pasti siapa yang akan faham bicara saya ini...mungkin saya sahaja yang memahami. Yang pasti anak bongsu saya faham apa yang tersurat...ladybug tetap ladybug dan chamelion tetap chamelion dalam apa keadaan sekalipun....
falsafah ini memang kena ikut..kalau tidak hidup tak tenteram jadikan semangt ramadhan pelerai segala kedukaan...cheh....aku lagi teruk.
BalasPadami faham tu...i kan ajar komunikasi asertif...tapi bak kata orang berat mata memandang berat lagi bahu memikul...apapun inilah habuan kita masing-masing..u dgn masalah u..i camni lak ...kt kena redha je la..
BalasPadam