Isnin, 31 Ogos 2009

CHIK...

Masjid kristal Kuala Terengganu : Kiriman adik ipar saya Zairi Baharom
Entry saya kali ini lebih bersifat saje-saje...hehehe. Nothing to talk about actually. Tengah membelek gambar yang ada dalam notebook , terpandang gambar masjid kristal yang cantik ini. Tak berapa pasti tengah malam ke atau sebelum subuh. Adik ipar saya sangat berminat keje shooting ni...part time dia shooting untuk majlis perkahwinan. Gambar semua cantik-cantik...
He is the only one yang ramah tamah dalam keluarga hubby saya. Saya mengenalinya semasa berumur tujuh tahun dan pernah duduk sebumbung 1 setengah tahun. Semenjak bertunang...hingga punya anak 1. Pendek kata dah macam anak sendiri dan pernah pulak se kolej di Perlis tatkala dia di matrik dan saya mengajar di sana.
Saya lebih senang memanggilnya Chik sahaja. Banyak perkara kami kongsi bersama...termasuk hal keluarga sebelah hubby saya..hal mertua saya dan adik beradik dia. Tetapi setakat kongsi pendapat sahaja..saya tidak berani masuk campur sangat...siapa saya...bukan siapa-siapa buat hubby yang tak pernah bersuara tentang keluarganya kepada saya.
Saya cuma berupaya mendengar sahaja..tak boleh membantu walaupun hati saya sering sahaja terkinja-kinja mahu membantu. Kepincangan demi kepincangan datang dan pergi...dan saya cuma dibenarkan melihat sahaja..melihat dan terus melihat dengan hati yang sering sebu di dalam. Sebagai ipar yang sulung saya turut merasai ...tapi tak berdaya berbuat apa-apa.
Positifnya..hubby saya mungkin tak mahu saya berfikir banyak...menyelesaikan masalah orang lain..but the point of sharing ...tiadalah...bukan begitu?
Chik is so nice and anak-anak saya sangat teruja ingin bertemu dengannya. Pipa terutamanya..sering mencuri peluang contact and tanya macam-macam terutama kisah cintanya. Chik akan melayani...dia dah ada special girlfriend...bakal doktor lagi...sangat sesuai dengan kerjaya Chik yang kini masih bergelar tutor engineering di UMP.
We always keep in touch either by sms or blogging macam ni. Sesekali call kalau mendesak. Sekurang-kurang saya mengetahui hal keluarga melaluinya..alhamdulillah. Bila bercuti di kampung pun saya ambil peluang berkisah dengannya kerana saya sering menganggap dia seperti saudara kandung sendiri.
Anyway this hari raya insyaallah kami akan bertemu lagi..senyum manis dan ketawa manja anak-anak akan terukir bila bertemu dengan Chik kesayangan mereka...ok la..tak sembahyang subuh lagi ni...ok Chik..jumpa nanti..luv from us...adios....

1 ulasan:

  1. haha.tq long for this sweet entry!!lame xblogging cz bz sket long. achik rindu kamu semua!!!=) nnt raye kite jumpe, & kite amik gmbr byk2!!yeay!!=)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...