Rabu, 19 Ogos 2009

TERIMA KASIH...

Tamatlah sebuah episod paling duka buat saya. Menghadapi ujian demi ujian yang terus-terusan mengasak fikiran dan perasaan.
Hari ini saya mencatat di rumah ..tiba di rumah jam 5 petang lebih kurang...pipa nampak sangat gembira. Saya yang tidak sihat melangkah lemah dan suami turun tolong angkatkan beg. Dia pun demam. Sehari okey dan demam semula.
Peperiksaan tadi adalah peperiksaan yang paling teruk pernah saya hadapi seumur hidup. Bukan kerana soalannya...kerana saya tersangat tension , sakit dan saya tak boleh berfikir rasional lagi. Badan pun terasa melayang sahaja. Saya tulis sahaja apa yang terdetik di hati...bukan lagi menjawab soalan yang ditanya. Janji tulis...dan saya tidak yakin saya akan melepasi tahap lulus pun... apa lagi cemerlang.
Apapun terserahlah kepada takdir menentukan. Mungkin terpaksa mengulang...mengulang pun mengulang lah. Buat esei sahaja...mungkin tak berapa tension macam ni. Ramai juga yang mengadu perkara yang sama. Tulis dan potong di sana sini...tak tau hujung pangkal persoalannya.
Saya benar-benar tak berdaya lagi...tengok muka kat cermin..pucat lesi. Tangan pun terasa menggigil sehingga kini..tapi dayakan juga mencatat...meluahkan rasa hati...Doakan saya sihat semula...anak-anak balik minggu ni. Ramadhan pulak...ya allah berilah aku kekuatan..dan terima kasih buat semua yang mendoakan....

2 ulasan:

  1. everything uis over...now we must be prepared for the real test from Allah....semoga ramadhan kita lulus dgn cemerlang

    BalasPadam
  2. ok ummi...i cuba nak lupakan semuanya...ramadhan dah tiba...giliran untuk fikirkan exam anak-anak pulak. ada rezeki ada lah..tak de nak buat macam mana. alhamdulillah coz i tak tumbang ari tu...thanx for ur support...nice to have a friend like u..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...