Sabtu, 31 Oktober 2009

DEEHA.....



Deeha is my second daughter and the third one..semasa kecil sangat pendiam..ke hospital selang seminggu..asma menyerang ikut cuaca dan kerap demam..jangkitan bronkitis ..saya teramat bimbangkan kesihatannya..mungkin kesan saya ambil ubat batuk..saya pun tidak sihat semasa hamilkan dia..ye la..dia dan Haziq hanya selang setahun..seperti kembar apabila semakin dewasa.
Alhamdulillah sekarang penyakitnya semakin jarang menyerang..dia pun tinggal di asrama..pandai jaga sendiri..apabila sakit ke hospital sedut gas..semakin banyak bercakap..semakin kerap tersenyum dan saya amat-amat bersyukur..perubahan yang sangat positif.
Tentang pelajaran..sangat sempoi..bukan scorer..lahir pun hujung tahun..kata orang slow learner sedikit..but di akhirnya buat kejutan..setara dengan yang lain...saya sangat-sangat bersyukur. Deeha sekarang semakin dewasa semakin manis pada pandangan mata saya..walaupun agak kurus..wajah lebih mirip wajah ayahnya dan ada yang kata seperti wajah arwah ibu saya..pastinya bukan macam saya.
30 Oktober adalah hari lahirnya..kelmarin..sambut sederhana di sekolah sains Perlis..bersekali ambil angah dan lawat along kerana along tak boleh balik..nak exam. Beli cake dan ayam goreng marrybrown sahaja. Hubby demam..tinggal di rumah..sedikit muram..tetapi asalkan ada sambutan sudahlah. Saya belikan jam tangan BUM dan Pipa beli zebra Big Headz utk dia. Deeha sebenarnya tidak suka anak patung ni..tp nampaknya dah dua hari ini peluk zebra tu..bermakna jugalah pemberian adik yang manja tu...hubby saya hadiahkan jeans dan t shirt levi's ...just nice for her...nampak Deeha begitu seronok...pandai juga hubby saya membeli...hehehe
Dalam gembira ada dukanya..along nampak sebal..tak tahu hujung pangkal..mungkin kes handset tak boleh digunakan..saya minta angah pinjamkan dan nampak dia begitu sedih menolak..saya paksa dia ambil..dan dalam tangisan dan airmata berguguran itu diambilnya juga...Kadang-kadang saya kesal..kesal kerana semakin sukar mendekati anak saya yang seorang ini. Sangat berahsia..sehingga benda kecil begitu tak terluahkan..tengok lah petang ini kalau ada duit saya belikan yang baru..kesian pulak...dia pun dah nak exam..tak mahu perasaan terperenyuk dalam kedukaan dan kesebalan begitu..
Kelmarin juga ada luka yang terpalit..sangat menyakitkan..tetapi tidak mengapa..ada hikmah di sebaliknya..baik untuk semua pihak dan manusia di sekeliling saya. Akhir kalam ...Selamat Hari Lahir Deeha..Selamat Menempuhi Peperiksaan Along..Selamat menempuhi hari mendatang dengan lebih ceria dan bahagia buat yang jauh...selamat semuanya...insyaallah... untuk saya...hem..once upon a time...kekasiihhhh hatiku...maaafkan aku (lagu laaa...tak ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati) hohohohoo...

Khamis, 29 Oktober 2009

SEADANYA...

Nora dan Mek Rose beraksi di bilik mesyuarat..perasan



Ain santai di taman kami...seadanya


Kuntuman bunga mekar di bilik mesyuarat... segar

Berlalunya hari ini..bermakna banyaknya kerja sudah beres....Yati dah balik...saya hanya perlu membantu..kurang sikit beban di bahu.

Sejak awal pagi ..memulakan hari dengan bertemu Lan..minta touch up sedikit lagi dinding yang dicat dan tiang besar berhampiran. Kerja menyusun pokok dimulakan hampir 11.30 pagi...pening juga..pokok yang sedia ada boleh digunakan..tapi terlalu rencam...banyak yang ditanam semula..masih kurang segar. Anyway..cari dan terus mencari sampai terciptalah taman seadanya itu..jangan tak ada je...habis menyusun hampir jam 4 petang dibantu pekerja kontrak..

Chuan hantar lebihan bunga yang masih belum siap di bilik mesyuarat .Satu kelegaan lagi...complete. Saya dan Yati pergi menempah..hem..ikut taste saya..masalah la..Anyway..tujuannya hanya satu untuk cantikkan dan beri suntikan baru kepada kolej.

Apapun saya cukup lega walaupun rasa penat di hujung hari..sangat-sangat memenatkan kerana terpaksa try and error meletakkan pasu bersama nora dan mek rose..sakit juga belakang ni..tapi berkeras nak siapkan kerja..tak larat fikir. Esok kalau ada masa saya ngintai lagi kalau ada pokok yang sesuai untuk di letakkan.

Sebenarnya sangat menyusahkan hati apabila diberi tanggungjawap sebegini besar...kalau tak menjadi..ada suara yang berbunyi. Risik suara dah kedengaran ...dan saya, yati, rose and nora perlu pekakkan telinga sahaja...kami sekadar membantu....

Persekitaran kolej adalah gambaran warganya..kalau diabaikan...semuanya akan terpalit..setakat ini saje yang kami mampu buat ..yelah..seadanya kudrat kami.....namun saya sangat bersyukur..saya boleh memindahkan ingatan dan masalah saya ke tempat yang sangat jauh...nun jauh dilubuk hati...

Ahad, 25 Oktober 2009

KANTUNG HATI

Ada titis hujan di jendela hati. Dingin, basah dan nyilu rasanya. Hari berlalu sangat pantas tanpa disedari..tanpa sebarang kerja yang selesai..tergantung di kantung hati.
Pipa sedikit lega..tidak demam..esok nak exam seni..tu dah bawa kentang..carrot..bendi dan minta bawang besar lagi. Saya tersangat letih hari ni..over dos ubat kot..tertidur hampir maghrib..selepasnya terlena lagi..bagai anak kecil terlena setelah rajuk tangis. Terjaga..dengan hati yang sangat sedih dan sebal...
Pipa minta diukir carrot dan kentang..hem..mampukah saya hari ini? Melakar sesuatu yang indah untuk anakku itu..sedangkan yang indah itu entah ke mana berlari perginya hari ini...terus berlari dan pergi....
sambungan.....
baru sebentar menamatkan kerja mengukir...pipa berkata dalam senyuman dan ketawa kecil..ibu..ibu belajar kat mana buat ni..pandai ibu buat ..cantik...nanti bila adik jadi ibu... adik kena buat semua ni untuk anak adik pulak la ye..macam ibu buat semuanya untuk adik..aduhai anakku..kata-kata yang menyentuh kantung hatiku yang kosong....

Jumaat, 23 Oktober 2009

KELABU

Banyak perkara berlaku minggu ini. Ada yang rasanya menggembirakan..tapi lebih banyak mendukacitakan. Saya pun tak tahu nak cerita macamana rasanya.
Ada masanya saya cuba pejamkan mata..cari dan mencari kesimpulan apa sebenarnya terjadi pada diri saya. Sepanjang perjalanan bagai meninggalkan batu-batu kecil dan apabila saya toleh ke belakang batu-batu itu tetap ada di situ tetapi saya masih tidak dapat mencari jalan pulang. Mungkin dah tertutup rapat untuk saya...
Kadang-kadang rasa menyesakkan dada dan fikiran. Kadang-kadang rasa itulah sedikit kebahagiaan yang saya boleh rasai..entah..perasaan bercampur baur...Kadang-kadang rasa sayu dan sedih..kadang-kadang rasa gembira teramat..tersenyum sendiri dibawa kenangan manis.
Masa terus berlalu pergi..bersama harapan yang turut sama meninggalkan saya bersama impian kosong yang semakin bodoh, dunggu, tolol, bahlul..semua yang kelabu berjerebu. Saya semakin letih menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang bakal tiba...semakin letih....

Khamis, 22 Oktober 2009

LAMAN...

terbengkalai....

masih dalam proses....

Hari ini penat sangat..letih melayani fikiran..banyak benda perlu disiapkan dan difikirkan.. Lanskap tu hampir 100% siap. Tinggal batu putih kecil tak cukup dalam 2 beg lagi. Itu sahaja lah yg Yatiyati, saya, Mek Ros, Lan n geng boleh buat. Jangan tak ade sahaja.

Apapun hati sedikit lapang. Petang tadi lawat orang mengecat di pintu gerbang kolej. Tidak berapa puashati. Minta tolong mereka baiki semula dan cuba cat warna lain. Janjinya tona warna lain..sedikit tersasar. Diharapkan boleh dicat semula..seronok kalau dapat mencipta yang terbaik untuk kolej. Kami tak harapkan ape-ape..tumpang seronok tengok laman kolej sedikit berbeza..itu sahaja. Nak kata cantik tidak juga..kerana cantik ini adalah sesuatu yang sangat subjektif...Yati dan Mek Ros pergi marking paper. Tinggal saya dan Nora serta Mek Nab nak minta pandangan. Sorang-sorang.. terteleng-teleng tak jadi juga.
Hati saya terasa sedikit sesal dan sebal. Entah mengapa..tinta hidup bermain rakus dua hari ini..mungkin saya yang bersalah...kesalnya membawa hingga ke hujung waktu....

Selasa, 20 Oktober 2009

MAAFKAN AKU

Sebaik sampai di rumah petang tadi..saya terus berbaring di bilik. Bukan rutin sebenarnya..tetapi saya rasa terlalu letih. Kat kolej..just tolong Yati dan Lan tambah sedikit lagi pokok petang tadi. Esok nak tambah batu kat laman pentadbiran...seronok..tension sedikit hilang..leka fikir mana nak dicucukkan pokok-pokok tu...
Pagi bantu Yati survey cat pintu gerbang dengan Nora dan Rose..seronok juga...rasa macam arkitek lak..hehehe...letih tapi puas hati...
Petang tadi saya terus terlena sampai maghrib..keletihan..positifnya saya boleh rehat..negatifnya..saya terlepas asar..ya allah..nak jadi ape aku ni?..bangun terhoyong hayang dikejutkan Pipa. Mandi..sembahyang maghrib..keluar makan berdua..hubby keluar main bowling dengan kekawan..tinggallah kami berdua..penjaga rumah yang sangat setia...hemmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!
Balik ke rumah..hubby baru dah balik. Saya mengadap notebook dengan lagu Krisdayanti ini berkumandang terus-terusan..saya sangat tersentuh...banyak perkara yang mengelirukan berlaku dalam hidup saya..apa yang saya cari sebenarnya dalam hidup ini...buat mereka yang sangat ..sangat ... saya kasihi..maafkan aku...maafkan....

AKU WANITA BIASA..

On the way back from Alor Setar terdengar lagu ni....sayu dan pilu..airmata bergenangan..dengarlah bila ada masa...aku wanita biasa...terus terluka...

aku ini wanita biasa
bisa sakit...
luka kerana cinta

dingin sedih
kerap menyapa
airmata jatuh
lukisan rasa

kadangku kuat setegar karang
kadang ku rapuh
lemah
liar merana

maafkan aku
bila hasratku keliru
suluh ghairah jiwamu
ku yg dosakan cinta
kekasih ....
hatiku...
maafkan aku...

Sabtu, 17 Oktober 2009

PAPADOM


Malam kelmarin pergi tengok movie dengan anak-anak. Tajuk...baca kat atas...nice movie..tak beratkan kepala..relax..tapi sarat dengan maksud tersirat. Kisah ayah yg kehilangan isteri menjaga anak gadisnya..sedangkan sebelum ini dia selalu terlepas pandang banyak perkara berkaitan isteri dan anaknya itu.
Kalau para bapa dan anak-anak semua nak tahu..peranan yang dimainkan oleh afdlin shauki itu adalah cerminan perasaan seorang ibu yang sebenar. Ibu yang kalau boleh mahu senantiasa berada di samping anaknya walau di mana pun dia berada. Kerana ibu sangat bimbang ..diusik orangkah..ditipukah..makan ke tidak..tinggal di mana..apa aktiviti dia..dan selamatkah dia dari segala cabaran yang diharunginya.
Namun tidak semua anak dan bapa tahu..bapa selalu menganggap ibu ni suka susah hati tak tentu fasal..benda remeh jadi besar..Anak pula menganggap..ibu suka mengongkong tak tentu sebab..nak pergi Genting Highland..Penang..camping semua tak bagi. Orang lain mak dia bagi..kenapa ibu suka halang...sebabnya cuma satu..ibu terlalu sayangkan anak-anak ibu. Ibu takut perkara tak baik berlaku.
Anak-anak memang selalu ketawakan saya kerana begitulah saya...jika mereka kata mereka nak pergi overseas..saya kata ..ibu nak ikut..dan merahai-rahailah mereka ketawa..saje suka mengusik perasaan saya. Pipa pun selalu kata nak tinggal di asrama..nanti kesian ibu kan tinggal sorang..saya kata..ibu ikut adik nanti..buat khemah kat tepi sekolah..dia gelakkan saya.
Apapun itulah kenyataannya..ibu tetap ibu..sama ada dia dapat membendung perasaannya atau tidak..sama ada imannya kental menyerahkan segala-galanya kepada takdir atau tidak..saya sedikit lemah..kalau boleh saya mahu semua anak-anak di depan mata..peluk dan belai mereka...dan pastikan segala-galanya adalah yang terbaik untuk mereka...ada masa pergilah menonton..kerana dalam ketawa.. ada airmata yang bergenangan dan menitisnya ke dalam hati...

Jumaat, 16 Oktober 2009

TAKDIR

My hubby kelewatan pagi ni..hem..dah sume diuruskan isteri sehingga kunci jam kul 6.00 kul 9.00 baru berdering..nak tergelak ada..rasa kesal pun ada..cik abang oi..umur dah 45 tahun dah ni..kunci jam pun tak reti ke?.
Saya sedikit suram hari ini. pagi buta mengadap notebook ada e mail masuk. Terharu juga..baca pulak blog adik ipar..tambah haru. Ye lah apa yang dapat saya buat nak membantu..tak ade apa. Semuanya sudah suratan takdir. Nak menasihati..siapalah saya kerana saya sendiri pun bersarang dengan segala masalah.
Hari ni tak selera nak makan. Rasa tekak pun pahit aje..makan ape terasa kosong..badan pun semakin lemah. Didayakan juga hantar pipa ke tuisyen jam 8.00 pg..ke pasar..anak-anak semua ada di rumah..kena masak sedikit..kesian mereka..tentu nak makan masakan ibu yang tak pandai masak ni..angah pun puasa hari ini. Lemak ketam, ayam goreng tiram dan tumis kailan..dah lah.. tak larat. Lutut pun rasa mengigil. Saya makan sedikit roti canai lebih pagi tadi..itu je yang selera sedikit. Buat alas perut..Jam 10 pagi tadi dah tido sekejap..tu yang ada tenaga boleh nak buat keje.
Ni rasa mengantuk balik. Saya nak tido sekejap. Badan sangat letih..mata pun semakin layu..anak-anak sedang makan di dapur. Hem..bye..see u next entry nanti..jika dizinkan allah

Rabu, 14 Oktober 2009

LIDAH JIN...

Cewah...menonggeng tanam pokok lidah jin tu mek oii...hari ni saya , Yati, Mek Ros, Razak dan Lan serta pembantunya buat projek tanam pokok dan tanam batu..hehehe...batu pun kami tanam..jangan tak tau...
Dalam badan melayang-layang pagi tadi turun juga. Ye lah dok memerap kat cubic pun tak buat kerja jugak. Tak berapa nak boleh fikir sekarang...nampak pokok hijau...sihat sikit rasanya..ubat ..stop dulu...sampai bengang telinga..macam-macam dos masuk perut ni. Panas pagi..udara segar ..dalam gelak ketawa kami berpayungan..bagi arahan. Lan n the geng tolong tanam...kami kan bos..Lan panggil kami berdua ngan Yati 'pengarah'. Tapi kami berdua tak pernah kecik hati...Lan tu baik orangnya dan sabar dengan kerenah kami. Apa sahaja diarah..cepat aje siap.
Petang tadi saya dan Yati pergi survey bunga untuk bilik mesyuarat pulak..jumpa yang berkenan..tapi kena tunggu kelulusan esok..singgah pulak di kedai jati..cari guri tapi tiada . Saya agak hampa jugak..Sesampai ke kolej...tengok Razak sambung kerja terbengkalai tadi kerana panas tengahari. Saya bantu susun semula pokok yang tersasar lokasi tanamannya...masih tak puas hati...esok kami janji sambung lagi.
Hem...dalam tak larat ni saya berlagak sihat. Tetapi nak tunggu sihat tak sihat-sihat. Sibukkan diri adalah terapi yang baik buat saya. Lupakan itu semua..tengok pepohon hijau..batu lombong besar yang disusun kreatif membuat saya rasa lega dan seronok. Terfikir sesekali..saya mungkin perlu buat part time di nursery tanaman...mungkin saya boleh sihat..boleh mencurahkan isi hati kepada pepohon yang tentunya saban hari bertasbih..tulus mendoakan saya...hem..semoga esok lebih menggembirakan saya...lidah jin...esok kita jumpe lagi ye...yeah!!!!

Selasa, 13 Oktober 2009

MENYIBUK...

Hampir setahun lepas saya beli lampu yang menjurai tergantung tu...tapi baru minggu ini saya jumpa lokasi yang sesuai untuk menggantungnya...lembab betui hang ni...Bukan senang nak fikir tau dak..itulah saya...adakalanya terlalu sukar nak buat keputusan kerana sangat pentingkan kesempurnaan dan akhirnya..ish..senang je..sebelah Saira dan Apek ni..hahaha
Beli di night market Feringgi, Penang Island..jauh tu. Harga... beberapa sen je..tapi nampak seni..dan sempena hari raya teringat la nak pasang..selama ini tergantung je kat pemidang rotan jalan masuk ke dapur. Setiap hari saya lalu lalang tak teringat nak pasang..tetiba hari Jumaat baru ni..wow..idea baru tiba dari planet mana tah...sangkut instantly kat situ..Pipa dan Alang tersenyum lebar tengok. Kalau pasang sebelah malam lagi cantik...isi bakul angkat sendiri!!!
Hari ini perasaan sedikit lega..Angah dah habis PMR dan hujung minggu ini semua akan berada di rumah. Sakit saya akan lega seketika insyaallah. Ni nak mengadap Along pulak..mulai 18 Nov SPM pulak. Perut saya mula terasa kecut memikirkannya.
Petang tadi agak penat. Pagi bantu Yati ubah sikit sofa pejabat dan survey berapa ketul batu lagi perlu nak letak kat laman bangunan pentadbiran. Lepas tu ke Alor Setar cari bunga..tak jumpa yang okey..taste tinggi..payah la kan...Hehehe... gelihati pun ade. Tak ade keje cari keje. Sakit gak badan tolong sorong dan tarik sofa tu. Dah lah tak berapa nak sihat. Cewah depan orang macam kebal sangat. Balik jadi kain buruk..terperuk tersorok..
Elok juga saya sibukkan diri. Supaya tidak banyak benda yang datang ke dalam fikiran saya ni. Supaya saya tak sibuk menganggu orang lain...terus menyibuk dan menyibuk. Stop it Ida...stop it please!!!!!!!

Isnin, 12 Oktober 2009

APA NAK JADI?

Hari ini nak tulis pendek je...perihal non stick pan saya terbakar pagi tadi. Saya goreng telur dengan sedikit minyak ..nak makan dengan roti dan 1 mug susu. Selamat telur di goreng saya masukkan dalam piring..ambil dua keping roti dan semug susu bawa ke depan tv..teman pipa sarapan. Sambil makan saya terdengar bunyi percikan semakin lama semakin kuat.
Air pili tak tutup ke?..intai kat dapur..nah..asap penuh dengan pan dah terbakar..tak tahu nak buat ape. Saya terpaku lama jugak. Tekad padamkan api gas...tapi api dari pan terus menjulang..asap dah memenuhi ruang dapur..Saya tekad jugak angkat dan bawa pan ke singki...alhamdulillah..perlahan-lahan api mulai padam. Pan tu saya buang..rentung mak oiii....
Semasa menggoreng saya asyik teringatkan angah ada paper math dan sej hari ini...sampai lupa nak padamkan api dapur...hem...saya semakin pelupa sekarang...pipa ketawakan saya dalam mengah menyedut asap tebal dalam rumah..ibu...ibu..ape nak jadi ni!!!!!!!!

Ahad, 11 Oktober 2009

FACEBOOK...

Pukul 11.34 malam dah ni. Tetapi masih tak dapat lelapkan mata. Bawa ke tempat tidur notebook ni. Pipa pun nampak gelisah. Asmanya masih belum lega. Saya pun dah telan lima jenis ubat...tak tahu jadi apa dalam perut, hanya allah yang tahu. Hari ini mc. Harap Pipa ok esok..saya terpaksa pergi kerja juga. Terdaya tidak..apapun kelas dah tak ada..exam.
Hubby ke Pendang mengawasi exam dan tidur di sana sedangkan dia sebenarnya mampu berulang..Saya sedikit kesal. Setiap malam saya terpaksa mengurusi pipa ke tuisyen...dalam keadaan sekarang..tentu saya tak terdaya..terpaksa dayakan juga..
Sepanjang hari ini saya terbaring..sesekali terlelap..nak buat kerja rumah tak terdaya. Cuma mampu renehkan sup ayam dan goreng telur untuk makan tengahari. Ke klinik pun drive sendiri dalam pening lalat. Tetapi ini bukan di luar kebiasaan. Selalunya..saya carilah ubat untuk ubatkan diri sendiri..untuk kesinambungan hidup..demi anak-anak yang sangat-sangat saya kasihi. I'm a superwomen ...yang nak expired dah ni...hohohoho
Hati berasa sangat kosong...senantiasa membelek skrin handset...membuka lipatan kenangan dari koleksi foto di dalam. Sesekali saya tersenyum..sesekali sedikit serius dan selalunya airmata bergenangan. Ada gambar sendiri..gambar famili saya dan orang lain..buat seribu macam perasaan menyerbu masuk ke ruang sanubari saya..membuat saya rasa perit dan terus perit.
Kekadang terfikir...sampai bila saya akan hidup begini..mungkin saya perlu berhijrah ke dunia lain supaya saya boleh keluar dari lubang yang gelap, sejuk dan menyakitkan ini...cuma nak ke mana ye? Ke utarid panas sangat..ke pluto..sejuk sangat kot..ke mana???
Buka facebook..nak main-main ...terjumpa nama tiga orang yang rasanya saya kenali. Wajah tulus dan mulus... buat saya semakin sedar...saya ni nak jadi ape??? Gambar siapa? Jeng..jeng..jeng..biarlah saya seorang sahaja yang tahu...sesungguhnya allah itu maha besar... kembalikanlah daku ke pangkal jalan...

Sabtu, 10 Oktober 2009

BIMBANG..

Saya baru sahaja pulang ke rumah dengan hubby dan Pipa setelah menghantar Alang yang sedang makan asam pedas dengan roti canai pulang ke asrama..hahaha..dalam demam selsema ni saya masih boleh tersenyum lebar melihat telatah anak saya yang seorang ini. Dia makan dengan berselera sekali. Boleh lah cuba kalau teringin.
Alang sangat sukakan masakan ni. Sebenarnya kelmarin saya masakkan untuknya...dengan sambal tempe dan sedikit ulam pegaga. Pipa minta masakkan telur separuh masak..hish macam-macam. Daripada seekor ikan.. tinggal bahagian ekor dan sampai ke tengahari tadi dia makan. Saya cuma melihat sambil baring berselimut. Apabila rasa sedikit sihat setelah telan ubat..saya bangun memasak lagi..masak lemak cili padi, telur dadar , sayur sawi, sambal belacan dan ulam petai pulak ari ni. Pipa marah..time dia tidak sihat ibu buat ulam petai pulak. Ni kegemaran hubby saya..dan saya hanya makan isi ikan, telur dan sayur sahaja.
Apapun melihat anak-anak makan dengan selera sudah cukup. Walau amat memenatkan kerana tidak sihat. Kelmarin jumpa anak-anak di Perlis agak lewat kerana Angah dan Along ada kelas. Jadi saya belikan burger sahaja memikirkan masa sangat singkat dan tentu tidak sempat makan nasi bekalan seperti selalu. Angah relaks macam biasa. Saya tanya tentang PMR dan dia seperti biasa.. tersenyum. Dalam senyum boleh pulak menyahut "angah tido". Oii mak tuan..jawapan yang tak pernah saya duga keluar dari mulut anak saya yang seorang ni. Along memang tidur pun semasa paper sejarah PMR. Dia kata asyik fikir jawapan lima soalan yang memeningkan sampai terlena sekejap.
Saya bertanya..time paper yang mana satu.."semua" jawabnya ringkas dan tersenyum sambil membimbit bekalan yang saya bawa untuknya. Senangnya mereka ketiduran..dalam dewan exam boleh tidur...Saya mula meleteri dan disambut putera saya itu dengan senyuman demi senyuman sambil berlalu pergi setelah memeluk dan menciumi saya. Berleter ke tidak.. tidak pernah diendahkan..beredar awal kerana hendak bermain bola kerana jam hampir pukul 6 petang.
Terlintas diingatan saya pelajar-pelajar matrikulasi yang ketiduran tatkala menjawab soalan exam. Kadang-kadang saya kejutkan..kekadang saya biarkan..saya hairan..bagaimana boleh tidur..tidakkah mereka terfikir betapa pentingnya menyemak semula jawapan setelah siap menjawab? Tambahlah apa yang patut bila ada masa lebih..hairan bin ajaib anak-anak sekarang ni. Ambil mudah semua perkara.
Saya bimbang keadaan ini berterusan. Isnin ini paper maths dan sejarah..adakah dia akan ketiduran lagi? Aduhai anakku..tidurlah di tempat dan waktu yang sesuai dan bukan di dewan peperiksaan...ibu bimbang ...sangat-sangat bimbang.....

Jumaat, 9 Oktober 2009

FIKIR-FIKIRKAN...

Dalam melayari kehidupan... cinta datang dan pergi...adakala dengan ucapan selamat tinggal..kadang-kadang tiada sebarang isyarat dan datangnya bagai kehadiran tsunami...melanda dan hilang meninggalkan puing-puing kehancuran perasaan yang sangat sakit dan melukakan
Ada orang berkata..cinta adalah budaya hindu yang ketaksubannya tersangat..dan kita orang Melayu dan Islam terikut-ikut sehingga lena dibuai kasih yang tiada penghujung dan kadang-kadang boleh meranapkan kehidupan yang bakal mendatang...itu sejarahnya...betul atau tidak saya sendiri masih mencari bukti sahihnya.
Apapun cinta bagi saya adalah sesuatu yang sangat murni..kurniaan Allah kepada manusia. Yang perlu dipupuk kemurniaannya. Kesetiaan adalah tunggak segala-galanya dan suburlah cinta itu jika selalu dibajai . Jangan seminggu...sebulan..setahun..dibajai..selepas itu kita biarkan ianya hilang dibawa angin lalu..tanpa menoleh lagi segala usaha memupuk kasih itu..Alangkah ruginya kita membazirkan masa..membiarkan segala kenangan manis berlalu pergi..menumpahkan airmata orang yang pernah kita kasihi.
Dalam hidup ini manusia mencari-cari cinta sejati yang sempurna..impian yang tidak mungkin kita perolehi sampai ke hujung waktu. Kita akan dikurniakan 'ketawanya' tapi tanpa harta..kita akan dikurniakan 'harta ' tanpa suaranya...kita akan dikurniakan "suara' tapi mungkin tanpa sentuhannya..dan soal..'tanpa' dan 'tanpa' itulah yang sering berlari dalam hati dan perasaan kita..yang kita kejari bagai mengejar bayang-bayang yang sampai ke mati tidak dapat kita tangkap.
Aduhai..insan-insan yang saya kasihi..mengertilah..cinta ini sering memperdayakan kita..hanyut dan hanyut...cinta sejati tidak pernah punya kayu pengukur. Yang mengerti hanya hati kecil kita...sejauhmana kita 'mencintainya'...fikir-fikirkan....

Rabu, 7 Oktober 2009

PMR..

Hari ini 7 Oktober 2009..anakku yang dikasihi Haziq akan mulai menduduki peperiksaan PMR. Getarnya menusuk ke dalam jiwaku yang semakin hari semakin kecil rasanya. Malam tadi agak sukar melelapkan mata kerana asyik memikirkan dirinya..bersediakah belum...

Saya pasrah kepada ketentuannya. Ini adalah duri kehidupan yang mahu tak mahu terpaksa saya tempuhi jua demi masa depan masa depan anak-anak yang sangat saya kasihi. Hampir sebulan ini saya bekalkan bacaan surah yasin dan solat hajat jika terdaya..kerana saya tidak berupaya membantu dari sudut yang lain. Sementelah anak-anak jauh di mata ketiga-tiganya..cuma saya bermohon dan bermohon allah memelihara dan melindungi mereka dari segala kesulitan.

Hari ini paper BM dan PI. Haziq sedikit bermasalah dan ini adalah paper criticalnya..hehehe..kesian anakku itu..sejak UPSR hingga kini...masalah dengan bahasa Melayu..pelik juga. Nak menunggu tamatnya 5 hari peperiksaan tentu terasa begitu panjang ditambah break 2 hari dah jadi 7 hari...hish..menyiksakan. Lepas ni Along pulak... bermula SPM 18 Nov...itu lagi masalah...kayu pengukur masa depannya..

Seperti biasa saya cuma mampu berdoa dan berdoa semoga allah mempermudahkan segalanya untuk mereka..itulah yang mampu dilakukan oleh seorang ibu ...semoga kedua-duanya berjaya mencapai mercu kejayaan...

Ahad, 4 Oktober 2009

KASIH ITU....

Saya menghabiskan masa selepas solat magrib menghadap notebook, menyelak kenangan demi kenangan yang tercalit dalam foto-foto yang saya rakamkan menggunakan handset saya. Lutut saya sakit semula..agak menyukarkan pergerakan saya..saya berbaring sahaja bersebelah Pipa yang sedang menyiapkan kerja sekolah. Dia nampak gembira hari ini..setelah tertunaikan kehendak untuk memiliki senaskah novel yang menjadi dua apabila saya menghulurkan sedikit wang..ditambah wang hari raya..berganda perbelanjaannya hari ini...biarlah asalkan dia bahagia.

Gambar di atas adalah gambar perjalanan pulang dari Felda Gunung Besout, Sungkai Perak. Lebih kurang 15km daripada jalan besar. Banyak perubahan berlaku rupanya kerana sudah lama saya tak jejakkan kaki ke sana kerana mak mertua saya telah berpindah ke Tapah Road beberapa tahun yang lalu. Sudah ada MRSM di persimpangan jalan rupanya...

Kenangan banyak tertanam di situ. Saya bertemu suami saya..membesarkan anak sehingga setahun lebih..segala yang manis dan pahit terlakar...Kami ke rumah En. Isa jiran mak..rumah mereka rupanya dah besar..bersih dan cantik..saya terharu. Saya tiba sedikit lewat kerana anak-anak tumpang sembahyang di rumah angah di Trolak. Sesampai di sana saya terus ke dapur jumpa Cik Jah. Masih seperti dulu..kalut bercakap..dia peluk saya..cium dan alangkah murninya hubungan kami...walau saya tiada tali persaudaraan..hanya menantu jirannya yang dikenali hanya lebih kurang 2 tahun setengah...Anak-anaknya mencium tangan saya..sambil senyum dan berseloroh bertanya..sihat cik ida..cikgu..? Saya juga cikgu mereka semasa di sekolah menengah.

Lama juga kami di situ..meluruskan lutut yang kepenatan dan sakit. Saya bantu Cik Jah mana yang patut..mengelap sudu dan pinggan yang sebenarnya memang bersih sambil bertanya khabar...Cik Jah terus-terusan bercerita tentang kisah silam..kisah anak saya Haziq yang menegurnya supaya bersanggul kerana katanya tidak cantik jika tak bersanggul..dia peluk Haziq dengan rasa terharu..tergambar jelas dari raut wajahnya.

Saya intai dari jendela..jelas rumah lama suami saya. Tinggal begitu sahaja tidak bertunggu lagi.Debaran datang melanda..kisah silam mengusik jiwa..rumah itu begitu meriah dan besar dan mak mertuaku telah meninggalkannya atas sebab tertentu. Terbayang wajah Chik dan Nuoi semasa kecil...berlari dan naik basikal..mak hanya perlu menyidai kain dalam rumah kerana panas haba felda sudah cukup utk mengeringkan jemuran..anakku Nabilah yang kecil..hitam melekit..ditimang opahnya..lompat dan terus melompat..tak tergambarkan perasaan saya..saya alihkan pandangan kerana hati mulai sebak..semakin kuat debaran di dada...

Kami sempat bergambar..kami keluarga terakhir bertolak. Jumpa Cik Tah..nampak agak berisi dan uzur sedikit..sangat berbesarkan hati kerana kehadiran kami..walaupun tidak singgah ke rumahnya kerana masing-masing dah kepenatan kerana perjalanan agak jauh...saya peluk Cik Jah dan Cik Tah..melambaikan tangan dengan harapan dapat bertemu lagi suatu hari nanti

Apapun..saya sangat terharu dengan pertemuan ini...pertemuan insan-insan yang tiada hubungan persaudaraan tapi penuh kasih sayang..kerana kasih itu datangnya dari hati yang ikhlas..terima kasih Cik Jah dan Cik Tah..kerana kasih itu...semoga Allah terus memberkati hidup mereka...aaaminnnn..


Khamis, 1 Oktober 2009

SEPI...


Indahnya pemandangan ini..tidak tergambarkan oleh kata-kata...alor yang menuju ke laut luas..tiada batasnya...
Dah lama tak menulis. Kesihatan saya semakin merosot..saya tidak boleh nak menulis dan idea pun semakin susut. Hari ini cuba juga update entry..rasa rindu di hati nak meluahkan apa yang terpendam di hati
Mingu ini agak menyuramkan...nasib baiklah kelas dah nak berakhir..student pun nampak letih dan kusut..study agaknya...be positive. Saya pun semakin suram..suram dan terus suram. Risaukan anak-anak yang beberapa hari sahaja lagi nak menduduki peperiksaan. Membuat saya lemas berfikir dan berfikir mengagak adakah kedua-duanya sudah bersedia? Rakan-rakan terus menasihati supaya jangan bimbang..insyaallah kedua-duanya dah bersedia...saya pun tak pasti sebenarnya
Hari ini solat hajat di sekolah. Suami janji akan menghadiri...saya tak berkesempatan kerana pelajar-pelajar minta diiringi untuk dinner malam ni. Tak sampai hati menghampakan. Namun dah jam 6.28 hubby tak muncul-muncul lagi..entah ke mana. Nak bertanya pun saya semakin malas...malas dan malas....dan hidup saya semakin malas kini...berkemas malas..masak malas..segala-galanya malas. Putus asakah saya memperbaiki kepincangan yang ada?..mungkin ye mungkin tidak..ada masa semacam saya begitu kuat menghadapi dugaan..ada masa ..saya lah orang yang tewas...tewas dengan harapan dan keinginan yang tidak mungkin tercapai sampai ke mati...
Apapun saya tidak pernah lupa berdoa mohon keampunan illahi untuk ibubapa, saudara mara, sahabat handai dan anak-anak semoga segala dosa diampunkan dan hidup mereka terus disuluhi cahaya iman dan ilmu. Ampuni saya dengan penuh keredhaan...kerana saya semakin tidak berdaya menghadapi dugaan yang mendatang....kerana hidup menjadi semakin sepi dan terus sepi.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...