Khamis, 22 Oktober 2009

LAMAN...

terbengkalai....

masih dalam proses....

Hari ini penat sangat..letih melayani fikiran..banyak benda perlu disiapkan dan difikirkan.. Lanskap tu hampir 100% siap. Tinggal batu putih kecil tak cukup dalam 2 beg lagi. Itu sahaja lah yg Yatiyati, saya, Mek Ros, Lan n geng boleh buat. Jangan tak ade sahaja.

Apapun hati sedikit lapang. Petang tadi lawat orang mengecat di pintu gerbang kolej. Tidak berapa puashati. Minta tolong mereka baiki semula dan cuba cat warna lain. Janjinya tona warna lain..sedikit tersasar. Diharapkan boleh dicat semula..seronok kalau dapat mencipta yang terbaik untuk kolej. Kami tak harapkan ape-ape..tumpang seronok tengok laman kolej sedikit berbeza..itu sahaja. Nak kata cantik tidak juga..kerana cantik ini adalah sesuatu yang sangat subjektif...Yati dan Mek Ros pergi marking paper. Tinggal saya dan Nora serta Mek Nab nak minta pandangan. Sorang-sorang.. terteleng-teleng tak jadi juga.
Hati saya terasa sedikit sesal dan sebal. Entah mengapa..tinta hidup bermain rakus dua hari ini..mungkin saya yang bersalah...kesalnya membawa hingga ke hujung waktu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...