Saya menghabiskan masa selepas solat magrib menghadap notebook, menyelak kenangan demi kenangan yang tercalit dalam foto-foto yang saya rakamkan menggunakan handset saya. Lutut saya sakit semula..agak menyukarkan pergerakan saya..saya berbaring sahaja bersebelah Pipa yang sedang menyiapkan kerja sekolah. Dia nampak gembira hari ini..setelah tertunaikan kehendak untuk memiliki senaskah novel yang menjadi dua apabila saya menghulurkan sedikit wang..ditambah wang hari raya..berganda perbelanjaannya hari ini...biarlah asalkan dia bahagia.
Gambar di atas adalah gambar perjalanan pulang dari Felda Gunung Besout, Sungkai Perak. Lebih kurang 15km daripada jalan besar. Banyak perubahan berlaku rupanya kerana sudah lama saya tak jejakkan kaki ke sana kerana mak mertua saya telah berpindah ke Tapah Road beberapa tahun yang lalu. Sudah ada MRSM di persimpangan jalan rupanya...
Kenangan banyak tertanam di situ. Saya bertemu suami saya..membesarkan anak sehingga setahun lebih..segala yang manis dan pahit terlakar...Kami ke rumah En. Isa jiran mak..rumah mereka rupanya dah besar..bersih dan cantik..saya terharu. Saya tiba sedikit lewat kerana anak-anak tumpang sembahyang di rumah angah di Trolak. Sesampai di sana saya terus ke dapur jumpa Cik Jah. Masih seperti dulu..kalut bercakap..dia peluk saya..cium dan alangkah murninya hubungan kami...walau saya tiada tali persaudaraan..hanya menantu jirannya yang dikenali hanya lebih kurang 2 tahun setengah...Anak-anaknya mencium tangan saya..sambil senyum dan berseloroh bertanya..sihat cik ida..cikgu..? Saya juga cikgu mereka semasa di sekolah menengah.
Lama juga kami di situ..meluruskan lutut yang kepenatan dan sakit. Saya bantu Cik Jah mana yang patut..mengelap sudu dan pinggan yang sebenarnya memang bersih sambil bertanya khabar...Cik Jah terus-terusan bercerita tentang kisah silam..kisah anak saya Haziq yang menegurnya supaya bersanggul kerana katanya tidak cantik jika tak bersanggul..dia peluk Haziq dengan rasa terharu..tergambar jelas dari raut wajahnya.
Saya intai dari jendela..jelas rumah lama suami saya. Tinggal begitu sahaja tidak bertunggu lagi.Debaran datang melanda..kisah silam mengusik jiwa..rumah itu begitu meriah dan besar dan mak mertuaku telah meninggalkannya atas sebab tertentu. Terbayang wajah Chik dan Nuoi semasa kecil...berlari dan naik basikal..mak hanya perlu menyidai kain dalam rumah kerana panas haba felda sudah cukup utk mengeringkan jemuran..anakku Nabilah yang kecil..hitam melekit..ditimang opahnya..lompat dan terus melompat..tak tergambarkan perasaan saya..saya alihkan pandangan kerana hati mulai sebak..semakin kuat debaran di dada...
Kami sempat bergambar..kami keluarga terakhir bertolak. Jumpa Cik Tah..nampak agak berisi dan uzur sedikit..sangat berbesarkan hati kerana kehadiran kami..walaupun tidak singgah ke rumahnya kerana masing-masing dah kepenatan kerana perjalanan agak jauh...saya peluk Cik Jah dan Cik Tah..melambaikan tangan dengan harapan dapat bertemu lagi suatu hari nanti
Apapun..saya sangat terharu dengan pertemuan ini...pertemuan insan-insan yang tiada hubungan persaudaraan tapi penuh kasih sayang..kerana kasih itu datangnya dari hati yang ikhlas..terima kasih Cik Jah dan Cik Tah..kerana kasih itu...semoga Allah terus memberkati hidup mereka...aaaminnnn..
aah long. best sgt2 balik besout kan. byk gile kenangan akat sane..apepun, smg hbgn kekeluargaan family kite subur & epi2 slalu..=)
BalasPadamchik..kan seronok kalau kita terus kat sana kan..tapi takdir allah telah menentukan segalanya...harap-harap gitulah termasuk 'ahli baru' kita nanti...boleh geng ngan k.long kot...hehehe
BalasPadam