Selasa, 13 Oktober 2009

MENYIBUK...

Hampir setahun lepas saya beli lampu yang menjurai tergantung tu...tapi baru minggu ini saya jumpa lokasi yang sesuai untuk menggantungnya...lembab betui hang ni...Bukan senang nak fikir tau dak..itulah saya...adakalanya terlalu sukar nak buat keputusan kerana sangat pentingkan kesempurnaan dan akhirnya..ish..senang je..sebelah Saira dan Apek ni..hahaha
Beli di night market Feringgi, Penang Island..jauh tu. Harga... beberapa sen je..tapi nampak seni..dan sempena hari raya teringat la nak pasang..selama ini tergantung je kat pemidang rotan jalan masuk ke dapur. Setiap hari saya lalu lalang tak teringat nak pasang..tetiba hari Jumaat baru ni..wow..idea baru tiba dari planet mana tah...sangkut instantly kat situ..Pipa dan Alang tersenyum lebar tengok. Kalau pasang sebelah malam lagi cantik...isi bakul angkat sendiri!!!
Hari ini perasaan sedikit lega..Angah dah habis PMR dan hujung minggu ini semua akan berada di rumah. Sakit saya akan lega seketika insyaallah. Ni nak mengadap Along pulak..mulai 18 Nov SPM pulak. Perut saya mula terasa kecut memikirkannya.
Petang tadi agak penat. Pagi bantu Yati ubah sikit sofa pejabat dan survey berapa ketul batu lagi perlu nak letak kat laman bangunan pentadbiran. Lepas tu ke Alor Setar cari bunga..tak jumpa yang okey..taste tinggi..payah la kan...Hehehe... gelihati pun ade. Tak ade keje cari keje. Sakit gak badan tolong sorong dan tarik sofa tu. Dah lah tak berapa nak sihat. Cewah depan orang macam kebal sangat. Balik jadi kain buruk..terperuk tersorok..
Elok juga saya sibukkan diri. Supaya tidak banyak benda yang datang ke dalam fikiran saya ni. Supaya saya tak sibuk menganggu orang lain...terus menyibuk dan menyibuk. Stop it Ida...stop it please!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...